𝓑𝓐𝓑 17

26 6 0
                                    

7 tahun kemudian...

Angin laut bertiup lembut, menyapa lembut wajah Arieshah yang sedang duduk santai di atas kerusi yang terdapat di tepi pantai. Pandangannya mengarah ke lautan luas sambil sesekali tersenyum melihat gelagat rakan-rakannya yang sibuk mengambil gambar sebagai kenangan. Arieshah memilih untuk tidak turut serta, bukan kerana tidak suka, tetapi dia lebih selesa menikmati suasana tenang di pantai itu.

Lagipun, rakan-rakannya sedang asyik bergambar seorang demi seorang. Arieshah tahu, jika tiba saat untuk mengambil gambar bersama, pasti mereka akan memanggilnya untuk turut serta. Buat masa ini, dia hanya menikmati kedamaian dan keindahan alam, ditemani bunyi ombak yang memukul pantai. Dia mahu mencari kenangan dan cuba untuk melupakan kenangan yang pahit selama beberapa tahun ini.

"Wey, Arieshah! Jomlah sini, kita ambil gambar kau pula. Dari tadi asyik duduk je, langsung tak ada gambar!" ujar Kasih sambil menarik tangan Arieshah supaya berdiri. Ya, mereka masih akrab seperti dulu. Mereka mengambil keputusan untuk bercuti empat hari tiga malam di Pulau Langkawi ini menjadi peluang untuk merapatkan hubungan kembali.

"Okay-okay! Tapi pastikan ambil gambar aku cantik-cantik, tau!" Arieshah membalas dengan nada ceria, membuatkan rakan-rakannya tersenyum lega. Dia mula melakukan pelbagai gaya, dan suara ketawa mereka memenuhi udara pantai.

Kasih dan rakan-rakan lain merasa gembira melihat Arieshah tersenyum seperti dulu. Dahulu, Arieshah adalah seorang yang ceria dan penuh keceriaan. Namun, kebelakangan ini, mereka sering melihat dia menjadi lebih pendiam dan menyembunyikan perasaannya di sebalik senyuman palsu. Kehadiran senyuman sebenar Arieshah hari ini membuatkan hati mereka sedikit tenang, walaupun mereka tahu luka di hatinya mungkin belum sepenuhnya sembuh.

Arieshah masih tenggelam dalam kesedihan yang mendalam sejak Mukhriz meninggalkannya tanpa sebarang khabar berita bagaikan 'hilang tanpa bilang'. Sudah tujuh tahun berlalu, namun luka di hatinya tetap terasa pedih. Tiga tahun pertama sebelum Mukhriz pergi, hubungan mereka berjalan dengan baik. Mukhriz sering membuat panggilan video, dan setiap perbualan mereka penuh dengan janji-janji manis yang membahagiakan.

Namun, memasuki tahun keempat, semuanya berubah. Mukhriz tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Tiada panggilan, tiada mesej, bahkan sekadar ucapan selamat tinggal pun tidak ditinggalkan. Semenjak itu, dia lenyap begitu sahaja dari kehidupan Arieshah, membawa bersama kenangan yang manis dan tidak dapat Arieshah melupakan.

Kehilangan Mukhriz membuatkan Arieshah murung selama beberapa tahun. Bertahun-tahun dia cuba memahami mengapa Mukhriz pergi tanpa sebarang penjelasan, tetapi jawapan itu tidak pernah muncul. Meskipun begitu, cinta Arieshah terhadap Mukhriz masih utuh, terikat pada kenangan manis yang mereka kongsi suatu ketika dahulu. Namun, persoalan besar tetap menghantui: mengapa Mukhriz meninggalkan dirinya tanpa sebarang alasan atau berita?

"Arieshah, kau okay tak? Aku tengok kau asyik termenung je. Kau masih ingat dekat dia ke?" ujar Kasih dengan penuh perhatian. Sepanjang mereka bercuti di Pulau Langkawi Arieshah banyak termenung lagi-lagi apabila mereka pergi ke pantai. Bila ditanya okay atau tak Arieshah hanya menjawab dia okay je.

"Aku okay je. Cuma, jujur aku cakap aku masih teringatkan dia. Dia okay dekat sana? Dia dah ada pengganti aku ke? Kalau ada, cuba dia bagitahu jangan diam dan menghilangkan diri macam ni." ujar Arieshah dengan nada sedih. Jujur, dia masih bersedih dengan hilangnya Mukhriz secara tiba-tiba.

Kasih yang mendengarkan keluhan itu segera memeluk erat rakannya, cuba memberikan sokongan tanpa berkata banyak. Alyssa dan Aishah, yang tadinya sibuk mengambil gambar, berhenti serta-merta apabila melihat Kasih dan Arieshah berpelukan. Tanpa berfikir panjang, mereka turut berlari ke arah mereka dan menyertai pelukan itu.

Arieshah yang tadi tenggelam dalam kesedihan akhirnya tertawa kecil melihat gelagat dua sahabatnya itu yang memeluk mereka dengan begitu bersemangat, seolah-olah mahu menghapuskan segala rasa pilu di hatinya.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now