𝓑𝓐𝓑 20

30 4 0
                                    

Setelah selesai membeli-belah di Pekan Kuah, mereka membuat keputusan untuk singgah di sebuah masjid berhampiran untuk menunaikan solat Zohor. Kasih memberhentikan kereta di perkarangan masjid, dan mereka berempat turun dengan membawa telekung masing-masing.

"Aishah, cepat sikitlah! Kau ni kalau lambat-lambat, nanti kita terlepas flight pula," Alyssa membebel kepada Aishah kerana dari tadi lagi lambat-lambat. Siapa je tak geram. Antara mereka berempat Aishah lah yang selalu lambat.

"Eh, rilekslah. Masih sempat ni. Jangan kelam-kabut," balas Aishah dengan santai, sambil tangannya ligat memakai tudung. Arieshah hanya menggeleng kecil sahaja memerhati mereka berdua. Kasih memerhati dan mencelah, 

"Korang semua dah siap ke belum? Cepat sikit, masa dah tak banyak dah ni." Selesai menunaikan solat, mereka berjalan kembali ke kereta. Kasih menghidupkan enjin dan bertanya, 

"Okay, kita terus ke lapangan terbang, ya? Ada nak singgah mana-mana dulu?"

"Terus ajelah. Kalau singgah lagi, nanti tak cukup masa pula. Aku tak nak terkejar-kejar nanti." jawab Alyssa sambil menyandarkan kepalanya ke kerusi.

"Aku rasa macam nak tidur je dalam kapal terbang nanti. Penat gila pusing-pusing hari ni," ujar Aishah dengan nada yang penuh kepenatan, mereka semua hanya menggeleng sahaja dengan gelagat Aishah. Aishah lah orang yang paling teruja bila bab-bab menyoping ni!

"Aku setuju! Tapi aku tak kisah, asalkan kita semua happy. Dah lama kita tak spend time macam ni," balas Kasih sambil memandu dengan tenang.

Arieshah hanya mendiamkan diri, memandang keluar tingkap. Fikirannya melayang kembali ke insiden di kedai tadi. Hatinya masih terasa berat, tetapi dia cuba untuk tidak menunjukkan perasaannya di depan rakan-rakannya.

Setibanya di lapangan terbang, mereka menyelesaikan proses daftar masuk dengan lancar. Semasa menunggu penerbangan di ruang legar, mereka menikmati minuman ringan di sebuah kafe kecil.

"Aku rasa trip ni memang antara yang paling best kita pernah buat," ujar Alyssa sambil tersenyum, mengimbau kenangan aktiviti pusing-pusing pulau.

"Aku pun rasa macam tu. Banyak benda kelakar weh yang jadi, nak-nak part Aishah terjatuh masa nak naik bot. Kau ingat tak muka dia panik masa tu?" tambah Kasih sambil tertawa kecil.

"Hei! Tak payah ungkitlah! Itu kan sebab lantai licin!" balas Aishah, membuatkan mereka ketawa lebih kuat. Mereka bergelak ketawa tanpa mempeduli orang sekeliling.

Arieshah tersenyum kecil tetapi tidak menyertai gelak tawa mereka. Matanya melirik ke arah luar terminal, seolah-olah berharap melihat seseorang. Namun, dia hanya menghela nafas panjang sebelum kembali menghirup kopinya.

"Sha, kau okay?" tanya Kasih dengan nada lembut sambil menepuk bahu sahabatnya. Arieshah tersenyum kecil dan mengangguk. 

"Aku okay... cuma letih sikit. Jangan risau."

Panggilan untuk penerbangan mereka kedengaran. Mereka bangun dan bergerak ke pintu pelepasan, masing-masing memegang beg kecil mereka. Sebelum melangkah ke pesawat, Arieshah menoleh sekali lagi ke arah luar terminal. Perasaannya bercampur-baur—gembira kerana dapat meluangkan masa dengan sahabat baiknya, tetapi masih dihantui oleh bayangan seseorang dari masa lalu.

"Perhatian kepada penumpang pesawat MH 341, sila menuju ke ruang menunggu. Penerbangan anda akan berlepas sebentar lagi," ujar suara pengumuman di lapangan terbang dengan nada tenang.

"Hah, tu dah ada pengumuman. Dah jom-jom. Nanti dalam flight kita sambung borak lagi," ujar Arieshah sambil pantas bangun, mengambil beg tangannya, dan menepuk lembut bahu Aishah yang kelihatan agak leka membelek telefon.

"Okay, okay! Dah ready ni," balas Aishah dengan nada ceria.

Mereka berempat melangkah menuju ke pintu pelepasan dengan Kasih dan Alyssa memimpin troli barang. Suasana di ruang menunggu semakin sibuk dengan penumpang lain yang bersedia untuk menaiki pesawat.

Setelah selesai pemeriksaan tiket dan dokumen, mereka berbaris dengan tertib untuk masuk ke pesawat. Arieshah mengambil tempat duduknya di sebelah tingkap, diikuti oleh Aishah di sebelahnya. Kasih dan Alyssa pula duduk di barisan hadapan mereka.

"Sha, nasib baik kita dapat tempat sebelah tingkap. Boleh tengok awan nanti," ujar Aishah dengan senyuman lebar.

"Tu la. Aku pun suka tengok awan. Tapi harap-harap, kali ni tak ada turbulence," Arieshah membalas dengan nada santai, sambil menekan butang keselamatan untuk memastikan tali pinggangnya terpasang dengan kemas.

Beberapa minit kemudian, kapten pesawat mula membuat pengumuman melalui pembesar suara. 

"Selamat petang, para penumpang yang dihormati. Saya, Kapten Aryan, bersama anak-anak kapal saya, ingin mengalu-alukan anda ke penerbangan MH341 ke Kuala Lumpur..."

Mendengarkan nama itu, Arieshah menelan air liur dengan kesat. Kapten Aryan. Nama itu sangat familiar. Pemilik nama itu sudah lama hilang tanpa khabar berita. Tak mungkin...

Fikirannya mula memutar kembali memori lama. Nama itu terlalu dekat di hatinya. Aryan, nama yang sama dengan nama suaminya, Muhammad Mukhriz Aryan. Tak mungkin yang bercakap itu adalah Mukhriz. Mukhriz sudah lama menghilang. Mungkin nama sahaja yang lebih kurang sama, bukan orang sama.

"Eh, kau okay ke, Sha? Dari tadi kau macam lain je," tegur Kasih yang duduk di sebelahnya.

"Ha? Eh, aku okay. Tak ada apa-apa," jawab Arieshah pantas, cuba menyembunyikan riak cemasnya.

"Tadi kau macam termenung sangat. Kau sure tak ada apa-apa?" Kasih memandang Arieshah dengan penuh kebimbangan.

"Tak ada apa-apa. Mungkin aku penat sikit je," balas Arieshah sambil tersenyum lemah, cuba menamatkan topik itu.

Namun, hati kecilnya tidak tenang. Setiap kali mendengar suara kapten di pembesar suara, terasa debaran jantungnya semakin menggila. Suara itu begitu dikenali, suara yang suatu ketika dahulu sering membisikkan janji manis kepadanya.

Dia menggeleng perlahan, cuba menyakinkan dirinya. Kapten Aryan itu tak mungkin Mukhriz. Tidak mungkin orang yang sudah menghilangkan diri bertahun-tahun kini berada begitu dekat dengannya.

.......

Setelah sejam lebih, akhirnya mereka berempat telh selamat sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur. Dari jauh, mereka sudah nampak Izzul Shah. Ya, Izzul yang suka dekat Arieshah dulu dan mereka sekarang hanya berkawan.

Izzul bukan sahaja berkawan rapat dengan Arieshah je. Tapi, dengan semua rakan-rakan Arieshah. Izzul tidak mengetahui akan status Arieshah dari zaman sekolah sehingga sekarang ini. Arieshah masih mahu berahsia, baginya Izzul tidak berhak untuk mengetahui akan hal itu.

Aishah sudah tahu akan status Arieshah. Pada mulanya, dia agak terkejut dan marah sedikit, tapi, lama-lama dah okay. Siapa je tak terkejut kawan baik sendiri diam-diam dah kahwin rupanya. Dah lah, tak jemput dia.

"Akhirnya korang sampai juga. Lama betul aku tunggu," gurau Izzul apabila mereka sudah menghampiri.

"Apa yang lamanya, kau yang datang awal sangat. Salah kitaorang pulak lambat sangat." ujar Aishah dengan nada yang agak tidak berpuas hati.

"Hey-hey, aku gurau ja lahh. Tak lama pun tunggu korang." ujar Izzul dengan lembut apabila suara Aishah seperti mahu memarahi. 

'Asal perempuan ni. Period ke ape?' ujar Izzul dalam hati.

"Pergi jalan lah dengan kau punya gurau. Aku lapar niii." ujar Aishah dengan mukanya sudah cemberut.

"Alololo, lapar ke? Jom aku belanje korang berempat makan." ujar Izzul kepada rakan-rakannya. Aishah yang mendengarkan itu berubah terus mukanya, dari murung sekarang, bertukar ceria.

"Biar betul abe Izz kite ni nak lanje makan." ujar Alyssa dengan nada mengusik. Bukan selalu Izzul nak belanje dorang makan. Biasanya, asyik Arieshah je. Alasan sebab Arieshah tu sahabat baik dia.

"Betul lahh, cik Alyssa Humairah. Dah korang cepat-cepat, lambat tinggal." ujar Izzul dengan gurauan.

ᴘᴇʀᴛᴇᴍᴜᴀɴ ᴋᴇᴅᴜᴀWhere stories live. Discover now