Telah aku berikan kau percaya
Mengapa kau khianati apa yang diberi
Tidak kau tahu itu satu amanah
Menjaga kepercayaan akuJangan pernah kau khianati aku
Aku tak suka dikhianati
Sekali aku dikhianati
Aku akan ingat sampai matiTiada lagi kepercayaan buatmu
Aku sudah tak mahu percayakan kamu
Kamu yang mengkhinati aku
Buat aku lelah untuk percayakan kamuMudahnya kau berbicara harapan
Bila mana kau yang meragut harapan
Tidak kau rasa apa yang aku rasa
Sakit dan luka hingga menitiskan air mataAku sudah penat dengan dunia
Yang sering mendustakan dan terluka
Harapan dipermainkan begitu saja
Menangis hingga aku terlenaDunia takkan pernah adil
Kadang kau atas kadang kau dibawah
Jangan pernah kau tangisi
Itukan suratan dari IllahiTelah aku berikan percaya
Namun kau hancurkan semuanya
Hingga aku lelah dan terluka
Hingga aku bermimpi ngeri kerana didustaUsah kau persendakan aku
Bila kau menang dalam permainkan aku
Aku masih ada empunya waktu
Untuk aku melupakan kau dan memori lalu
YOU ARE READING
Puisi Atmaku
PoetryKadang kala aku hanya ingin bersuara melalui aksara tanpa perlu berkata apa-apa. Nafas keretakan Hati