Melangkah Pergi Dari Sini

464 3 0
                                    



Mata memilih untuk mengalirkan air mata
Mengenang apa yang dirasa
Sakit dan peritnya bila terluka
Menceritakan segala kecewa

Usah kau palsukan senyuman itu lagi
Aku tahu aku banyak menyakiti dirimu
Bila aku tak mampu menenangkan hatimu
Sering menangis kerana mereka disekelilingmu

Aku menyambut diri kau yang terjatuh
Namun airmata masih menitis
Kerana aku bukanlah seperti dia
Memberi bahagia yang kau dambakan

Aku cuma ada kamu
Telah aku berikan segalanya untuk kau genggam
Namun aku hanya berdelusi tentang rasa dihati
Aku hanya persinggahan untuk kau ubati hati

Akan aku usir rasa dihati ini jauh ke sana
Kerna aku tahu hatimu hanya ada dia
Dia yang kau rindu walau kau terluka
Masih dihantui rasamu terhadapnya

Usah kau bimbang tentang aku
Aku akan melangkah pergi dari sini
Tanpa kau sedari aku akan pudar ditelan malam
Malam yang mengamit luka buatku

Puisi AtmakuWhere stories live. Discover now