Manusia
Terlalu sukar untuk dimengerti
Disaat kau pasti kau sudah fahami
Ternyata kau sudah salah percaturanTerlalu banyak ragam manusia
Kadang kala kau boleh baca isi hati
Kadang kala kau boleh tersilap baca
Sungguh susah untuk dimengertiManusia itu suka dibelai rasa
Kerana rasa itu mainan agung buat manusia
Sanggup buat apa saja demi rasa yang dipuja
Biar nyawa melayang asal genggam rasaKerana ragam yang pelbagai ragam
Hasilnya satu ragam yang dipanggil iblis
Memakai topeng manusia
Menjual hati tanpa perasaan dan rasaAda yang cuba untuk melawannya
Tapi tak terdaya kerana kekurangan pedoman
Tersesat dalam jalan yang paling nyata
Sehingga tidak dapat beza mana haq dan batilAda yang gunakan agama untuk melawan
Tapi kekurangan pemahaman ilmu agama
Maka disebarkan yang batil bukan haq
Pemikiran yang cetek yang suka dipujaAda yang menindas perbuatan iblis
Tapi dengan cara yang salah
Kerana niat tak menghalalkan cara
Maka mereka pun tiada beza samaTernyata manusia itu pelbagai ragam
Macam macam kerenah dapat dilihat
Mewarnai dunia ini dengan pelbagai warna
Terlalu berwarna warni hingga buta mataManusia di akhir zaman terlalu banyak ragam
Semua mahu berkejar kejaran tunjuk bijak
Namun hanya tin yang dalamnya kosong
Hanya bayang yang besar yang sebenarnya dia kecilBerbalik lah pada nilai nilai agama yang baik
Sebarkan rasa cinta dan sayang di dunia ini
Dunia yang makin di penghujung waktunya
Menunggu masa untuk akhirat menjelma tiba
YOU ARE READING
Puisi Atmaku
PoetryKadang kala aku hanya ingin bersuara melalui aksara tanpa perlu berkata apa-apa. Nafas keretakan Hati