Fobiaku apabila malam menjelma
Tika malam mula menemani aku
Tika itu memori semua ligat berputar
Mencengkam atma yang kegersanganSaban hari waktu malam menghantui aku
Insomnia buatkan aku berjaga malam
Meneliti setiap penjuru memori
Sentuh dan merasa segalan kenanganSetiap kali memori mula berputar
Setiap kali itu hembusan asap berkepul
Seperti enjin yang memerlukan minyak disel
Hembusan asap menjadi dadah ketenangankuMalam dan aku sudah terlalu sebati
Apatah lagi ingin merawat rasa ini
Umpama barah yang tiada penawarnya
Memori yang kerap kali buat aku berjagaMungkin aku terlalu rindukan gembira
Kegembiraan pada masa lalu yang aku kecapi
Tiada bandingannya nilai kenangan itu
Kerana tiada apa yang mampu tandinginyaMalam umpama satu fasa ngeri dalam hidupku
Sering menghantui aku tika mata berkelip
Tidak mampu melenakan mata yang kepenatan
Sampai bila entah ini akan berakhir pergiMungkin disaat aku mula merasai gembira itu
Yang sama seperti yang pernah aku kecapi
Akan menamatkan segala sengsara ini
Hanya mampu menunggu
YOU ARE READING
Puisi Atmaku
شِعرKadang kala aku hanya ingin bersuara melalui aksara tanpa perlu berkata apa-apa. Nafas keretakan Hati