Aku Terlalu Naif

349 2 0
                                    



Aku terlalu naif tentang semua perkara
Menjadi baik hingga dipijak orang
Ditikam tapi aku masih senyum
Masih bersangka baik walau dihina

Aku masih naif tentang semua perkara
Menjadi orang suruhan tanpa bertanya
Lakukan saja apa yang diperintah
Menjadi macai yang tiada nilainya

Aku masih naif tentang semua perkara
Dipijak maruah dan diludah ke muka
Aku masih senyum dan tertanya-tanya
Apakah ini semua memang adat dunia

Aku masih naif tentang semua perkara
Tiada manusia kah yang seperti aku
Hanya mahu gembirakan hati mereka
Tapi dilayan dengan sebegitu rupa

Aku masih naif tentang semua perkara
Aku hanya ingin melihat gembira
Mendengar gelak dan tawa mereka
Menghiasi dunia yang indah belaka

Aku masih naif tentang semua perkara
Mungkin aku masih belum mengerti
Selok belok didalam dunia ini
Hingga aku terlalu naif dalam semua perkara

Puisi AtmakuWhere stories live. Discover now