Benar aku yang lemah dalam menahan rasa ini sehingga aku jatuh tersungkur walau kau pergi dengan dia setelah kita pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhirnya. Aku hanya mampu memejamkan mata dalam merelakan segala yang terjadi walau aku terluka dicengkam janji khianat yang pernah kau ucapkan dulu.
Hanya mampu reda dengan segala yang ditetapkan olehNya biarpun ini bukanlah pengakhiran yang aku pinta diantara kita berdua. Biarpun aku merasa sakit dan perit, aku tetap merelakan segala yang tersurat dan tersirat. Aku kan paksa menelan segala rasa pahit, dendam dan amarah kerana ku tahu ini adalah jalan cerita kita yang telah ditentukanNya.
Kita yang pernah melafazkan janji untuk setia hingga ke saat terakhir, akhirnya terputus ditengah jalan kerana pada dasarnya kau bukanlah tertulis untuk diriku miski pun aku terlalu menyinta. Siapalah aku untuk aku terus merasakan rasa yang tidak sepatutnya aku rasakan.
Mungkin ini adalah salahku yang terlalu terlanjur mencintai diri mu disaat kau menjadi kepunyaan ku sehingga aku rasa berdosa terlalu menyintai walau kau bersama dengan yang lain. Maafkan aku yang tidak mengerti untuk berhenti merindu kenangan lalu antara kau dan aku walaupun kini kau bersama dia, kenangan antara kita takkan pernah terpadam biarpun kini aku sudah berhenti menahan dan memadamkan rasa ini terhadapmu.
Warkah ini adalah untuk kamu yang pernah aku berikan hati aku suatu ketika dulu. Maafkan aku kerana masih merindui kenangan kita berdua yang tak mampu aku padamkan biarpun khianat yang telah kau tunjukkan kepadaku. Maaf kerana masih tak mampu padam segala kenangan biarpun aku mampu memadam rasa yang pernah hadir diatas namamu.
Benar kata orang, kenangan itu susah untuk dihapuskan disaat segala yang terjadi aku abadikan dalam kotak memori untuk dikunci rapi. Kenangan yang hanya aku dan dia yang faham apa yang terjadi disebalik cerita yang ditulis oleh warkah dariNya tentang cerita yang tidak sempat dihabiskan.
Ya maafkan aku sekali lagi wahai jiwa yang kekalutan dan tidak pernah mampu berlari dari kenangan lalu meski pun rasa itu sudah terpadam.
YOU ARE READING
Puisi Atmaku
PoetryKadang kala aku hanya ingin bersuara melalui aksara tanpa perlu berkata apa-apa. Nafas keretakan Hati