Kalau Orang Dah Benci

128 1 0
                                    

Jika orang sudah benci
Pergilah kita dari sini
Nak tunggu apa lagi
Tunggu untuk dicaci?

Orang dah tak sudi
Kita perlu la sedar diri
Jangan kita lupa diri
Bukan nak minta simpati

Jangan kau cari aku lagi
Disaat kau buang aku dari sini
Aku dah tak akan kembali lagi
Kerana kau tak pernah menghargai

Biarkan aku terbang bebas sendiri
Bebas dari cacian yang dimaki
Terhindar dari sakit hati sendiri
Maka lebih baik aku berdiri seorang diri

Aku hanya sebuah perhentian
Yang kau singgah untuk melepaskan kepenatan
Aku bukanlah persinggahan pilihan
Kerana kau beransur pergi perlahan-lahan

Puisi AtmakuWhere stories live. Discover now