Hanya Luka

88 1 0
                                    

Biarkan aku disini
Ditemani dengan rasa sepi
Bila kau sudah tiada lagi
Yang akan kekal bila kau pergi

Terang malam ditemani sepi
Lagu rindu sudah tak didengari
Bila kau sudah jauh dari diri
Termenung dan tenggelam dalam memori

Mengapa kau lukakan hati
Disaat aku cuba memberi
Tenang dalam bicara hati
Kau berpaling dan pergi

Rindu ini masih mencengkam
Tapi kerana ego aku abaikan
Air mata gugur tanpa aku sedari
Terluka dan kecewa sendiri

Ku simpan rahsia hati
Biar tiada yang mengetahui
Apa yang aku rasa dihati
Agar tiada yang terluka nanti

Ku melihat keindahan dunia
Bersamamu ku bina memori cinta
Kau membawa terbang lara
Bila kau senyum dan ketawa

Kau binakan aku istana bahagia
Menghiasi dengan memori kita
Kau buat aku tersenyum gembira
Bila aku masih kau cinta dan setia

Kasih sayang yang bersemi
Telah aku sulam dengan cinta ini
Lahirnya dari keikhlasan hati
Hanya untuk kamu nikmati

Telah aku berusaha semuanya
Kau masih tidak nampak segalanya
Yang kau nampak hanya luka
Bukan rasa gembira yang aku usaha

Puisi AtmakuWhere stories live. Discover now