Kita berdua berbeza dunia
Berbeza pada latar belakang
Berbeza juga dari segi bicara
Namun itu yang lengkapkan kitaPerbezaan yang sangat ketara
Menyatukan dua jiwa yang berbeza
Aku pandang ke langit untuk tenang
Kau mendengar ombak untuk tenangKita punyai pendapat yang berbeda
Namun kita berdua ada perkara yang sama
Menyusun aksara untuk berbicara
Berkongsi rasa atas kertas dengan penaTidak perlu banyak persamaan kau dan aku
Cukup walau sedikit untuk kita bersama
Kerana persamaan yang kecil itu melengkapkan kita
Berbicara atas kertas yang dikongsi bersama
YOU ARE READING
Puisi Atmaku
PoetryKadang kala aku hanya ingin bersuara melalui aksara tanpa perlu berkata apa-apa. Nafas keretakan Hati