Khianat Menikam Jiwa

48 2 0
                                    

Hadirnya kamu hanya seketika
Memegang hati dengan penuh mesra
Menjanjikan untuk merasa bahagia
Memadamkan segala sengsara

Mencipta pelbagai kenangan bersama
Merancang pelbagai rancangan berdua
Berjanji untuk berkahwin suatu ketika
Ingin hidup semati sampai bila-bila

Dengan kehadiran orang ketiga
Menggugat kebahagiaan yang tercipta
Angan dan rencana musnah sekelip mata
Dalam diam kau bercinta dengannya

Apa yang sudah terjadi?
Aku sendiri sukar untuk mengerti
Hancur luluh dalam sepi
Seolah olah peristiwa ini adalah mimpi

Kejutkan aku dari lena ini
Aku tak mampu hadap mimpi ngeri ini
Rasa sakit menular ke dalam hati
Sesak nafas mula memunculkan diri

Tapi inilah realitinya
Bukan mimpi waktu terlena
Sebuah khianat yang menikam jiwa
Disaat kau sah menjadi isteri dia

Kehadiran kamu hanyalah seketika
Namun mampu mendamaikan jiwa
Aku merelakan semuanya dengan hati terbuka
Mendoakan agar dikau bahagia disampingnya

Puisi AtmakuWhere stories live. Discover now