Hilangnya Penglihatan

2.6K 44 0
                                    

Kilat yang berdentum di luar tingkap menggamit Haziq untuk memandang ke luar. Segera jejaka yang berusia 23 tahun itu menuju ke bilik Syira kerana Haziq tahu bahawa Shira pasti akan ketakutan dengan bunyi kilat yang sangat kuat sebentar tadi. Bilik Syira hanya terletak bersebelahan dengan bilik Haziq, jadi dengan hanya tidak sampai satu minit Haziq telah sampai di bilik Syira. Kelihatan Syira sedang duduk di penjuru bilik sambil memeluk kaki.

Jelas kelihatan wajah Syira sedang ketakutan. Haziq segera mandapatkan adiknya yang berusia 19 tahun itu. Semenjak kehilangan kedua orang tuanya Haziqlah yang bertanggugjawab menjaga Syira. Haziq tahu dengan keadaan Syira yang buta itu sangat membataskan adiknya itu untuk melakukan sebarang kerja. Haziq mengusap rambut adiknya itu dengan penuh kasih sayang, dalam hatinya dia berasa sebak kerana Syira bukan sahaja hilang tempat bergantung dan bermanja, malah Syira juga telah kehilangan kedua deria penglihatannya dalam kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya itu.

-Imbas kembali-

Haziq yang sedang lena di atas sofa di ruang tamu rumah segera meluru ke pintu utama rumahnya setelah mendengar ketukan yang bertalu-talu di pintu rumah tersebut. Dia menyangka ibu bapanya baru pulang dari menziarahi keluarga di kampung. Haziq tidak ikut serta menziarahi keluarga kerana dia menghadiri kelas tambahan wajib di sekolah. Bapa Haziq sangat mementingkan pelajaran. Oleh itu, Haziq telah di arahkan menyertai kelas tesebut walaupun dia ingin mengikut ibu bapanya pulang ke kampung.

Ternyata sangkaanya meleset, rupanya Pak Mat dengan isterinya, Mak Jah yang mengetuk pintu sebentar tadi. Raut wajah mereka mengambarkan sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Pak Mat memberi tahu bahawa dia telah mendapat berita bahawa ibu bapa Haziq telah terlibat dengan kemalangan di lebuh raya. Kedua ibu bapa Haziq telah meninggal di tempat kejadian manakala Syira telah cedera parah akibat kemalangan tersebut.

Tiba di hospital yang menempatkan Syira. Pak Mat, Mak Jah dan Haziq dibawa oleh jururawat ke wad kecemasan. Menurut doktor Syira cedera parah di bahagian tangan dan muka. Matanya telah terkena serpihan kaca dan menurut doktor, mata Syira mugkin akan mengalami komplikasi akibat daripada serpihan kaca itu. Seperti yang diberitahu doktor, setelah sebulan kemalangan itu berlaku, penglihatan Syira mula kabur dan dengan perlahan-lahan Syira semakin tidak dapat melihat.

Haziq hanya dapat memberi semangat sahaja kepada adik kesayangannya itu. Semenjak itu, Syira mula memencilkan diri. Dia selalu menyorok dalam bilik kerana tertekan dan sedih dengan nasib yang dihadapi oleh dirinya itu.

-Tamat imbas kembali-

"Dik, jangan takut ye, abang ada kat sini." Haziq cuba memujuk Syira yang ketakutan itu. Syira yang dapat merasa kehadiran abangnya itu segera memeluk pinggang Haziq.

"Adik takut. Bunyi kilat tu sama seperti bunyi yang adik dengar semasa kemalangan dulu. Sangat kuat. Adik tidak suka bunyi tu." kata Syira sambil memeluk erat abangnya.

"Ye. Abang tahu, tapi sayang kena la berani sikit, abang nak tengok adik abang yang berani seperti sebelum kemalangan dulu." sambil mengusap lembut pipi Syira.

Syira mengangkat kepala dan tersenyum ke arah abangnya. Walaupun dia tidak nampak, tetapi dia tahu abangnya memandangnya sambil tersenyum kembali ke arahnya. Setelah satu jam dan setelah hujan berhenti, mereka pun bergerak ke dapur untuk bersarapan.

"Oklah, abang nak pergi kerja ni. Adik duduk rumah baik-baik tau. Kalau ade apa-apa adik tahu kan nak buat apa. Assalamualakum", kata Haziq sambil bangun dan mencium dahi Syira dengan lembut. Syira membalas dengan mencium tangan abangnya. Setelah Haziq pergi kerja. Syira segera mengemas segala mangkuk dan cawan yang telah di gunakan.

Dia sangat arif dengan susun atur perabot dan di dalam rumahnya itu. Hampir, dua tahun masa yang diambil Syira untuk bergerak di dalam rumah tersebut tanpa melanggar sebarang perabot dalam rumah tersebut. Haziq tidak mengubah susun atur perabot di rumah tersebut semenjak Syira hilang penglihatan kerana tidak mahu Syira keliru dan asyik terlanggar perabot di rumah.

Selasai mengemas, Syira mengambil angin di halaman rumahnya yang telah dihias indah oleh Haziq. Syira berasa sangat tenang apabila berada dalam kawasan itu. Ketiadaan deria penglihatan tidak meghalang Syira untuk menghayati keindahan tersebut. Bau segar rumput sangat menyegarkan Syira.

Sedang Syira menghayati keindahan tesebut, dia tidak menyedari dirinya telah diperhatikan oleh sepasang mata dari rumah sebelah. Setiap pergerakannya diperhatikan oleh mata tersebut.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now