Adakah kamu ingin kahwin?

637 20 2
                                    

Ariff Zikri temenung sendirian di biliknya.

"Apa yang abang tenung tu?" Tiba-tiba Jing Hwa muncul mengejutkan Ariff Zikri daripada lamunannya sebentar tadi. Sambil mengurut dadanya, Ariff Zikri berkata,

"Hish, adik ni. Nasib baik abang tak ada lemah jantung ke apa. Kalau tak dah lama dah abang adik ni dah masuk ICU sebab terkejut. Cubalah kalau nak masuk bilik abang ni ketuk dulu ke. Ni main jerkah je.."

"Hello... Mr. Lee Shin, saya dah ketuk pintu bilik tu dah sampai nak lebam tau tangan ni. Abang yang tak dengar. Sibuk mengelamun je, mana nak sedar orang dah ketuk pintu tu sampai nak roboh." Bebel Jing Hwa kepada Ariff Zikri. Jing Hwa dan ibunya masih memanggil Ariff Zikri dengan nama Lee Shin kerana telah terbiasa dengan panggilan itu sejak kecil. Bagi mereka walaupun Lee Shin telah menukar nama dan agamanya, dia masih seorang abang dan anak kepada mereka berdua. Pada mulanya mereka agak terkejut apabila mendengar hasrat Lee Shin untuk memeluk Islam, tetapi lama kelamaan, mereka dapat menyesuaikan diri dengan agama yang dianuti oleh Lee Shin itu. Walaupun Puan Lee dan Jing Hwa masih belum memeluk Islam, tetapi mereka telah sikit-sikit mendekatkan diri dengan Islam dengan mempelajarinya dari Lee Shin atau sekarang lebih dikenali sebagai Ariff Zikri.

"Sejak beberapa hari ni adik tengok abang asyik termenung sahaja. Ada masalah ke di pejabat?" Ariff Zikri hanya mengeleng kepala sahaja.

"Dah tu kenapa pula abang asyik termenung sahaja. Risau tau adik. Cuba abang senyum sikit. Senyum tu sedekah tau." Sambil memandang adiknya, Ariff Zikri membuat senyuman yang sangat manis sambil mengelip-ngelipkan matanya banyak kali. Jing Hwa terus tertawa dengan telatah abangnya itu.

"Ingat comellah buat macam tu. Kenapa abang ni asyik sedih je? Adik tak suka la abang macam ni. Hari tu abang dengan gembira telefon adik cakap abang sudah jumpa dengan Kak Syira. Ni kenapa pula abang sedih macam ni. Patutnya abang gembiralah dapat jumpa Kak Syira yang dirindui sangat tu." Kata Jing Hwa cuba menaikkan mood abangnya. Tetapi raut wajah Ariff Zikri terus berubah apabila nama itu disebut oleh Jing Hwa. Pedih hatinya memikirkan bahawa Syira sekarang gembira dengan lelaki lain.

"Dah lah, tak perlu kita cakap mengenai Syira lagi. Dia sekarang pun dah gembira dengan pasanganya." Kata Ariff Zikri sambil cuba untuk beredar dari tempat dia berdiri sebentar tadi. Lalu Jing Hwa menangkap tangan Ariff Zikri.

"Kenapa, Kak Syira dah berkahwin ke?"

"Itu abang tidak tahu, tetapi abang ada ternampak dia dengan Azim di restoran beberapa hari lepas. Mereka sangat mesra." Ariff Zikri mengeluh sedikit selepas menghabiskan ayatnya. Lalu Jing Hwa terus tersenyum mendengar luahan abangnya itu.Reaksi Jing Hwa tidak seperti yang diharapkan Ariff Zikri.

"Dah kenapa pula adik ni tersenyum macam tu. Patutnya itu bukan reaksi yang sesuai tahu untuk menyejukkan hati abang ni."

"Abang ni betul-betul rasa yang Kakak Syira dengan Abang Azim ke? Bagi pendapat adik mereka seratus peratus bukan pasangan kekasih. Mereka kawan rapat sahajalah abang.." Kata Jing Hwa kepada abangnya.

"Mestilah mereka pasangan kekasih. Kalau tidak kenapa mesra sangat macam tu. Mata abang tidak pernah tipu tahu." Kata Ariff Zikri membela pendapatnya.

"But I still believe that they are not a couple" Kata Jing Hwa berlalu pergi sambil tersenyum. Ariff Zikri tidak tahu bahawa Jing Hwa telah mengetahui bahawa Azim sudah ada kekasih dan sudah bertunang. Semua pekara ini Jing Hwa telah ketahui semasa dia cuba menganggu Azim dah Syira di rumah Syira pada tujuh tahun lepas.

*************

Hari-hari Syira berjalan lancar seperti selalunya dan seperti biasa dia akan makan tengahari dengan Azim. Kadang-kadang sahaja Farisha akan turut serta makan bersama mereka kerana tugasnya sebagai pensyarah di sebuah universiti menghalangnya untuk selalu keluar.

Di restoran, Azim tidak lekang daripada senyuman di bibirnya. Syira yang perasan dengan perangai sahabat baiknya itu terus menegur,

"Kenapa senyum-senyum macam tu? Awak dapat bonus ke?" Azim tidak menjawab tapi terus tersenyum lebar kepada Syira. Sambil bertepuk tangan Syira berkata dengan gembira,

"Yeay.. kalau awak dapat bonus, bolehlah awak belanja saya hari ni. Jom kita shopping." Kata Syira sambil berpura-pura mengira-ngira barang apa yang ingin dibelinya.

"Eh mak cik, kalau saya dapat bonus pun buat apa saya belanja awak. Baik saya belanja duit tu pada untuk Farisha ku yang disayangi." Kata Azim sambil tersenyum lagi.

Melihat Azim yang semakin tersenyum lebar apabila menyebut nama Farisha, membuatkan Syira mengagak bahawa ada sesuatu mengenai Farisha yang membuatkan Azim sangat gembira pada hari ini.

"Is it about Farisha? Ceritalah.." Kata Syira seperti merayu kepada Azim.

Senyuman Azim masih tidak lekang dari bibirnya, lalu dia berkata,

"Malam tadi saya melamar Farisha, dan dia telah menerima lamaran saya. Tidak lama lagi, kami akan berkahwin. Tahu tak yang Azim dah lama tunggu jawapan itu keluar dari mulut Farisha." Kata Azim.

Sambil menahan dirinya daripada melompat kegembiraan di restoran itu, Syira terus menjerit kecil. Selepas perasan dirinya diperhati oleh orang yang berada di restoran itu Syira terus menutup mulutnya. Tetapi mukanya masih menunjukkan bahawa dia sangat gembira mendengar berita gembira itu.

"Really? Tahniah. Tak sangka my best friend sudah hendak kahwin." Kata Syira dengan teruja.

"Dah hampir tujuh tahun saya tunggu waktu ini tahu. Banyak halangan yang telah kami lalui.Akhirnya berkahwin juga kami." Kata Azim hampir mengalir air mata kegembiraan mengenang banyak perkara berlaku dalam tujuh tahun hubungannya dan Farisha. Reaksi Syira juga turut menambah kegembiraannya.

"Jadi, dah dapat ke tarikh yang sesuai untuk majlis itu nanti?" Tanya Syira.

"Tarikh yang tetap belum ada lagi, tetapi kami dah bincang dalam tiga bulan terdekat ini. Lagi cepat lagi bagus."

"Wah... dalam tiga bulan ini. Tidak banyak masa lagi ni." Syira semakin teruja dengan berita yang diberitahu Azim itu.

"Eh, Cik Kak.. Kita yang nak kahwin die pulak yang terlebih exited." Kata Azim cuba mengusik Syira.

"Mestilah, my best friend sudah nak kahwin. Saya nak jadi pengapit tahu. Jangan bagi orang lain jadi pengapit."

"Baiklah boss.." Kata Azim. Mereka terus bebual mesra mengenai perkahwinan Azim sambil menikmati makanan tengahari mereka.

*********

Ariff Zikri terus memandang ke arah jeritan yang didengarnya. Apabila dia ternampak yang menjerit itu adalah Syira, terus riak wajahnya berubah. Syira sedang makan dengan Azim di satu sudut di restoran itu. Semua orang yang turut mendengar jeritan turut memadang ke arah yang sama. Tiba-tiba telinga Ariff Zikri menangkap perbualan pelayan di restoran itu mengenai Syira dan Azim. Pelayan itu memberitahu kawannya bahawa Azim berbual mengenai perkahwinan dangan Syira dan dua orang pelayan itu telah membuat andaian mereka masing-masing bahawa Azim dan Syira sedang merancang mengenai perkahwinan mereka. Hati Ariff Zikri bagai di carik-carik apabila mendegar perbualan pelayan itu. Hari ini Kamil tidak mengikut serta untuk makan tengahari, jadi dia tidak perlu mendengar leteran panjang Kamil. Jadi Ariff Zikri terus bangun dari tempatnya untuk beredar.

Pada waktu yang sama, Syira dan Azim juga telah selesai makan. Mereka beiringan berjalan keluar dari restoran itu. Sampai di pintu masuk utama, mata Ariff Zikri bertembung dengan mata Syira. Ada satu kejutan di dada Ariff Zikri apabila mata mereka bertaut. Lalu Ariff Zikri melajukan langkahnya untuk keluar dari restoran itu. Dalam kelam kabut untuk keluar, Ariff Zikri telanggar seorang pemuda di pintu masuk dan pemuda itu terus terjatuh. Selesai menolong orang yang dilanggarnya itu untuk bangun, Ariff Zikri terus cuba beredar, Tetapi Syira dan Azim sudah berada sangat hampir dengan Ariff Zikri dan mereka telah menyaksikan perlanggaran yang berlaku sebentar tadi. Apabila Ariff Zikri memusing belakang untuk melihat mereka berdua, dia ternampak Azim memandang tepat ke arahnya.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now