Tunggu Saya

539 23 5
                                    

"You such a coward. I hate you." Kemunculan Jing Hwa secara tiba-tiba mengejutkan Ariff Zikri yang sedang leka bermain dengan telefon bimbitnya.

"Kenapa? Apa pasal adik marah-marah ni?" Tanya Ariff Zikri yang pelik dengan mood adiknya yang tiba-tiba berubah. Baru sebentar tadi Jing Hwa sangat gembira keluar dengannya. Tetapi sekarang Jing Hwa sedang memandang dirinya dengan pandangan yang sangat tajam.

Beberapa saat mereka berdiam dan saling berpandangan, Jing Hwa mengalih mukanya dan menjeling Ariff Zikri. Jing Hwa terus masuk ke dalam kereta dengan kasar sehingga kereta itu bergoyang sedikit dan menghempas pintu kereta dengan kuat.

"Jomlah balik. Tak kan abang nak berdiri dekat situ je." Kata Jing Hwa kasar. Selepas bercakap Jing Hwa menutup kembali tingkap dan membatukan diri di dalam kereta. Ariff Zikri yang masih pelik dengan perangai adiknya itu terus masuk ke dalam kereta. Dia memandang adiknya seketika lalu menghidupkan enjin kereta.

Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Ariff Zikri masih tidak tahu apa yang ingin dikatakan, jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Jing Hwa pula masih dalam keadaan marah, dia langsung tidak memandang Ariff Zikri.

-Imbas kembali-

Jing Hwa menolong Farisha memapah Syira ke kereta Azim yang terletak di tempat letak kenderaan yang tersedia di pusat membeli belah itu. Mujur kereta Azim tidak jauh dari pintu masuk. Jadi Syira terus dipapah masuk ke dalam kereta.

"I'm sorry Kak Syira. Saya buat kaki kakak jadi macam ni." Jing Hwa masih rasa bersalah dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

"Dah la.. Kakak tidak apa-apa pun, dari tadi Jing Hwa asyik minta maaf sahaja, janganlah rasa bersalah." Kata Syira apabila Jing Hwa masih berterusan meminta maaf kepadanya.

"Tapi..." Belum sempat Jing Hwa berkata apa-apa lagi, tanganya terus ditarik Syira lalu Syira memeluknya.

"Tahu tak, kalau kita tak berlanggar tadi, kita mungkin tak akan berjumpa. Rasa gembira akak ni dah menutup rasa sakit kaki ni. Kakak sangat gembira jumpa Jing Hwa semula." Kata Syira sambil mengeratkan pelukannya. Sambil memeluk, dia mengusap-ngusap kepala Jing Hwa dengan lembut.

Tindakan dan kata-kata Syira itu membuatkan Jing Hwa sebak. Dia turut memeluk Syira.

"Saya rindu Kakak. Kalau abang ada, mesti dia pun turut gembira dapat jumpa kakak." Kata Jing Hwa dalam sedunya. Azim tiba-tiba teringatkan Ariff Zikri yang tidak ingin memberitahu perkara sebenar kepada Syira apabila Jing Hwa menyebut tentang abangnya.

"Jing Hwa datang seorang ke? Abang tak ikut sekali?" Tanya Azim. Syira juga ingin bertanya perkara yang sama kerana dia pun ingin berjumpa dengan orang yang sangat dirinduinya itu.

"Abang ada tadi, tapi bila perlanggaran tadi abang dah hilang. Tak tahu mana dia pergi." Kata Jing Hwa sambil mencari-cari telefon bimbitnya untuk menelefon abangnya. Jelas kelihatan wajah Syira bertukar menjadi hampa apabila mendengar jawapan Jing Hwa itu.

"Eh, tu Jing Hwa nak buat apa dengan telefon itu?" Tanya Azim apabila Jing Hwa mengeluarkan telefonnya.

"Nak call abang, nak bagi tahu yang Kak Syira ada di sini." Jawab Jing Hwa lalu terus menghubungi abangnya.

Teringatkan Ariff Zikri yang tidak mahu memperkenalkan dirinya sebagai Lee Shin membuatkan Azim terus menahan Jing Hwa dari menelefon abangnya itu. Dia dapat rasa bahawa Ariff Zikri ada sebab-sebab tertentu kenapa dia merahsiakan dirinya yang sebenar.

"Tak perlulah, kami pun dah nak balik. Kaki Syira ni pun perlu dirawat cepat. Adik cuma bagi tahu kepada abang yang adik jumpa kami. Nanti kalau ada masa kita jumpa lagi."

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now