Kawan Lama

693 27 0
                                    

Sedang Lee Shin bermalas- malasan di rumah, tiba-tiba dia terdengar seseorang memanggil dia dari sebelah rumahnya. Lee Shin keluar untuk melihat orang yang memanggilnya itu. Rupanya Syira memangilnya dari tempat menjemur baju di rumahnya itu. Syira yang dapat merasa Lee Shin sedang menuju ke arahnya bersuara.  

"Shin, boleh tolong Syira tak? Hari ini abang menjemput kawannya datang rumah, jadi saya ingin memasak lebih sikit. Tapi lepas buka peti sejuk sahaja saya perasan yang banyak barang untuk memasak telah habis." Kata Syira sambil tersenyum. 

"Boleh Shin tolong hantarkan Syira ke kedai?" tanya Syira separuh mengharap. Bagi Lee Shin apa sahaja yang di suruh Syira semua akan diturutinya. Di hati Lee Shin ada satu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Dia berasa sangat gembira setiap kali mendengar suara Syira dan setiap kali gadis itu tersenyum, Lee Shin pasti akan tertarik dengan senyuman gadis itu. 

"Boleh je. Saya pun tidak buat apa- sekarang." Kata Lee Shin. 

Sambil tersenyum gembira Syira mengucapkan terima kasih kepada Lee Shin. 

Di kedai, Lee Shin memimpin Syira ke semua tempat untuk memilih barang yang ingin di beli. Sedang mereka sibuk berbual dan memilih barang, Syira di tegur oleh seseorang. 

"Eh, ni Liyana Syahirah kan?" Tanya seorang pemuda melayu yang tinggi lampai. 

"Ermm.. Ya, saya Liyana Syahirah. Maaf jika saya bertanya Encik ni siapa?" tanya Syira yang kebingungan kerana dia tidak pernah mendengar suara lalaki yang mengenalinya itu. 

"Syira, ni Azim. Syira ingat tak yang masa sekolah dulu Azim duduk depan Syira di dalam kelas." Kata Azim. 

"Azim? Azim.. Oo.. Syira baru ingat, maaf Syira tidak berapa kenal suara." kata Syira dengan gembira kerana telah berjumpa dengan kawan yang telah lama tidak jumpa.  

"Semenjak Syira sakit, Syira tidak pernah ingin cakap dengan Azim. Tahu tak yang Azim ni risau sangat dengan Syira. Banyak kali Azim cuba pergi ke rumah Syira. Tetapi abang Haziq selalu bagi tahu yang Syira tidak mahu jumpa sesiapa pun. Azim pindah pun Syira tidak tahu bukan? kata Azim dengan nada merajuk. 

"Maaf, Syira pada masa itu sangat tertekan sangat. Azim pindah ke mana? Kenapa ada dekat sini sekarang?" Tanya Syira. 

"Azim pindah ke Seremban. Ni balik ke KL sebab ayah di pindahkan semula bekerja di KL. Jadi Azim sekarang tinggal di KL. Lepas ni boleh la kita berkawan seperti dulu. Cuma Syira kena janji kat Azim yang Syira tidak akan mengurung diri lagi macam dulu. Azim tidak sanggup lihat Syira macam tu tau. Syira kena ingat yang Azim terima Syira sebagai kawan seadanya," kata Azim. 

Sambil tergelak kecil Syira berkata, 

"Baiklah bos. Saya menurut perintah." Mereka terus berdua tergelak bersama-sama. 

Lee Shin yang hanya memerhati dari tadi cuba mencelah. Di sudut hatinya timbul perasaan cemburu melihat kemesraan dua rakan yang telah lama tidak berjumpa itu. 

"Ehem, ehem. Syira, ada apa-apa lagi ke untuk dibeli?" Tanya Lee Shin mengganggu gelak tawa dua rakan itu. 

"Oh, lupa Syira nak kenalkan, ini Lee Shin jiran baru Syira. Dia tinggal di rumah Mak Jah dan Pak Mat yang telah berpindah ke Pahang dan Lee Shin ini Azim, my best friend I ever had in my school." Kata Syira kepada dua jejaka yang berada berdekatannya itu. 

Azim menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Lee Shin, Lee Shin menyambutnya dengan separuh hati. Perasaan cemburunya membuak-buak apabila Syira memperkenalkan Azim sebagai kawan yang paling rapat di sekolahnya. 

"Rasanya Syira nak cari sedikit sayur." kata Syira menjawab soalan Lee Shin sebentar tadi. 

"Mari Azim bawa Syira ke tempat sayur. Di jamin sayur-sayur dekat situ segar-segar belaka. Boleh di makan begitu sahaja." kata Azim seperti promoter yang ingin menjual produk yang di jualnya.  

Sambil tergelak Syira mengikut gerak langkah Azim yang memimpinnya itu. 

Sekali lagi Lee Shin menarik nafas panjang untuk meredakan perasaan cemburu dengan kemesraan dua rakan itu.  

Selesai membayar barang-barang yang dibeli, Azim mempelawa Syira untuk menghantarnya pulang tetapi telah ditegah Lee Shin. 

"Saya rasa biar saya sahaja yang menghantar Syira pulang. Lagipun saya yang bawa Syira ke sini."Kata Lee Shin sambil memimpin Syira ke motorsikalnya. Lantas dia meletakkan barang yang dibeli di bakul motorsikalnya dan membantu Syira memakai topi keledarnya. Azim hanya memerhati mereka berdua. Apabila Syira ingin bertolak Azim sempat memberitahu Syira yang dia ingin datang ke rumah Syira jika ada masa lapang. Syira dengan berbesar hati mengatakan yang rumahnya sentiasa terbuka untuk Azim. 

Selepas bayangan Lee Shin dan Syira hilang dari pandangan mata Azim, Azim mula bergerak ke menuju ke tempat dia memarkir keretanya itu. Sebagai lelaki, dia sangat tahu bahawa Lee Shin mempunyai perasaan terhadap Syira dengan hanya memandang cara Lee Shin memandang Syira dan pandangan cemburu Lee Shin kepadanya apabila dia berbual mesra dengan Syira. 

"Aku ingin melihat sejauh mana Lee Shin menyukai Syira." Kata Azim sambil tersenyum sendirian. Di fikirannya tebayang satu cara untuk menguji Lee Shin. Dia tidak ingin Syira sedih atau terluka kerana baginya Syira adalah kawannya yang sangat di sayanginya. Dia tidak sanggup melihat Syira bersedih lagi. Cukuplah Syira mengurung diri semasa kematian kedua ibu bapanya. Dia tidak mahu melihat Syira bersedih lagi. Telefon Azim berbunyi menandakan ada pesanan masuk, apabila melihat nama yang tertera di skrin, Azim tersenyum lantas membaca mesej tersebut.  

'Awak kat mne? Kite mkn sama2 tghari ni ok? Dah lama x jumpa. Rindu :) '. 

Selepas membalas mesej tunangnya yang di cintainya itu terus dia menuju ke restoran yang dijanjikan mereka itu.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now