Amaran

717 29 0
                                    

Di meja makan Syira dan tetamu yang hadir rancak berborak tentang pelbagai perkara, tetapi Haziq lebih banyak mendiamkan diri daripada bercakap. Pandangan mata Haziq asyik tertumpu ke arah adik- beradik berketurunan Cina itu.

Lee Shin yang perasan dengan renungan Haziq itu terus menoleh ke arah Haziq dan memberi senyuman kepada Haziq.

"Kak Syira saya suka nama kakak. Masa di kampung dulu saya ada kawan bernama Syira juga", kata Jing Hwa.

"Ye ke ? Terima Kasih. nama kakak ni biasa-biasa sahaja." Kata Syira merendah diri.

" Nama penuh akak apa ye? Mesti akak ada nama penuhkan? tanya Jing Hwa sambil menyua makanan ke dalam mulutnya.

"Oh ya.. Kita masih tidak berkenalan secara rasmi lagi." sambil tersenyum Syira menyambung, " Nama penuh akak Liyana Syahirah, boleh panggil Syira dan berumur 19 tahun manakala nama penuh abang Haziq ialah Aliff Haziq."

Terang Syira.

"Jadi kakak sama umurlah dengan abang Shin. Wah! bunyi nama pun sudah hampir sama, Shin dan Syira. Abang Shin dan kak Syira memang ada chemistry la." Kata Jing Hwa dengan penuh teruja. Syira yang mendengar terus tersenyum malu. Lee Shin memberi isyarat mata kepada Jing Hwa supaya tidak bercakap yang bukan-bukan. Tetapi Jing Hwa hanya menjelirkan lidah sedikit dan tersenyum manja ke arah Lee Shin. Haziq yang mendengar perbualan tersebut berasa tidak senang dengan usikkan adik jiran barunya itu.

"Kak Syira, abang Haziq, boleh saya tanya sesuatu?," tanya Jing Hwa.

"Tanyalah." kata Syira sambil mengubah posisi ke arah suara Jing Hwa. Haziq juga membetulkan kedudukan duduk untuk mendengar soalan Jing Hwa kerana Jing Hwa kedengaran sangat serius. Lee Shin turut menumpukan perhatian kepada adiknya.

"Maaf kalau saya bertanya, ibu bapa kakak dan abang di mana? Kenapa saya tidak pernah nampak mereka di rumah ini." tanya Jing Hwa." Tapi soalan ini tidak wajib jawab pun kalau tidak mahu," tambah Jing Hwa kerana perasan ada perubahan pada wajah tiga orang yang memandangnya itu.Haziq mengeluh panjang sebelum memberi jawapan.

"Ibu bapa kami telah meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa pulang dari kampung." kata Haziq dengan nada sedih.

"Maaf, saya tidak tahu." kata Jing Hwa dengan penuh simpati.

"Abang tidak akan memaafkan si pemabuk yang telah melanggar kereta kereta ibu bapa kami. Di sebabkan dia jugalah telah Syira jadi macam ini sekarang. Memang tidak boleh dimaafkan langsung." tambah Haziq lagi.

Dua orang tetamu itu saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka tidak tahu bahawa Syira telah menjadi buta di sebabkan kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa mereka itu.

Selesai makan Jing Hwa menolong Syira membasuh pingan mangkuk di dapur sambil berborak-borak ringan. Manakala Lee Shin dan Haziq duduk di halaman luar rumah mengambil udara.

Lee Shin perasan yang Haziq tidak banyak bercakap semasa makan. Jadi untuk menaikkan mood Haziq untuk bercakap, Lee Shin cuba membuka topik untuk berbicara dengan Haziq.

"Cantik laman rumah abang ni. Abang ke yang menghias dan menyusun atur segala susunan pokok-pokok dan hiasan di sini?," tanya Lee Shin.

"Hmm. Siapa lagi yang boleh melihat, menanam dan menyusun pokok-pokok di sini selain abang." Jawab Haziq acuh tidak acuh.

Lee Shin yang perasan perubahan suara Haziq terus hilang idea untuk berkata-kata. Mujur Jing Hwa telah siap membantu Syira di dapur keluar dan mengajak abangnya pulang. Sebelum Lee Shin ingin melangkah untuk pulang, Haziq menahannya.

"Aku tidak tahu kau datang sini untuk apa. Mungkin kau tidak ingat aku. Tapi aku tidak akan lupa. Kalau boleh aku tidak mahu nampak muka kau selalu dengan Syira. Faham."kata Haziq separuh berbisik sambil menekankan bunyi perkataan faham. Lee Shin terkejut dengan amaran yang diterima oleh Haziq terus berlalu dari laman itu. Selepas mengucapkan terima kasih, dua adik beradik itu pun pulang ke rumah mereka.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now