Makan Malam

771 39 0
                                    

Malam telah muncul tiba. Haziq telah pun pulang daripada tempat kerja semenjak jam tujuh petang tadi. Ketika Haziq sampai di rumah, Syira telah pun siap menyelesaikan segala kerja rumah. Haziq telah menerima panggilan daripada Syira memberitahu bahawa ada tetamu dari rumah sebelah yang baru berpindah akan turut makan malam bersama-sama mereka malam nanti.  

Melihat Syira yang sangat gembira untuk menerima tetamu membuatkan Haziq turut gembira kerana agak lama juga Haziq tidak melihat Syira segembira itu. Bagi Haziq, jiran barunya itu mungkin akan dapat membawa balik Syira yang periang yang telah lama hilang semenjak kejadian kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya itu.

*******************

Sejurus sahaja Puan Lee selesai memarkir kereta di halaman rumah, Jing Hwa terus meluru mendapatkan ibunya.  

"Mama, mama, abang bagi tahu yang kakak sebelah rumah menjemput kita untuk makan malam di rumah mereka", kata Jing Hwa dengan penuh riang.  

"Oh.. ye ke? Mesti anak kesayangan mama ni suka kan. Sudah lama kita tidak makan ramai-ramai macam ini kan." Sambil mengusap lembut rambut anaknya itu. 

"Jom la mama kita bersiap sedia, sudah hampir malam ni." kata Jing Hwa selepas menarik tangan ibunya masuk ke dalam rumah. Lee Shin yang melihat telatah adiknya dari dalam rumah hanya tersenyum sahaja. Tiba- tiba telefon Puan Lee berbunyi.  

"Ya. saya sudah sampai di rumah." kata Puan Lee kemudian si pemanggil berkata-kata sesuatu dan Puan Lee hanya mengangguk lemah. Selesai bercakap, Puan Lee memandang anaknya dengan pandangan yang tidak segembira tadi.  

"Mama baru dapat panggilan dari hospital yang mama perlu segera ke hospital kerana ada pesakit baru di masukkan ke dalam wad kecemasan dan pihak hospital sangat memerlukan doktor kerana kekurangan doktor pada masa ini," terang Puan Lee kepada anak- anaknya sambil tergesa - gesa mengambil kunci kereta yang telah di gantung di tempat kunci sebentar tadi. 

Lee Shin dan Jing Hwa terpaksa melihat sahaja ibu mereka keluar untuk menunaikan tugas. Mereka tahu bahawa tanggungjawab ibunya sebagai seorang doktor di sebuah hospital memerlukan pengorbanan yang banyak daripada mereka dan ibu mereka sendiri. 

"Terpaksalah kita pergi ke rumah jiran kita tanpa ditemani mama." kata Lee Shin kepada adiknya. 

"Hmm. Kenapalah mama perlu bekerja juga pada waktu macam ini? Mama baru pulang, tidak sempat lagi untuk menghilangkan penat. Tidak adillah macam ini," bentak Jing Hwa. 

"Adik, ada orang lagi memerlukan mama waktu sekarang ini. Mama pergi untuk menyelamatkan nyawa orang, jadi adik tidak perlulah marah-marah macam ini," pujuk Lee Shin. Jing Hwa mencebik bibir apabila Lee Shin berkata sedemikian.

**************************** 

Tepat jam 8.30 Lee Shin dan Jing Hwa sudah berada di depan rumah jirannya, Haziq dan Syira. Mereka membawa buah tangan yang di pesan ibu mereka sebelum ibu mereka bertolak ke hospital. Sampai sahaja di pintu utama rumah tersebut Jing Hwa terus mengetuk pintu.  

Di dalam rumah Haziq dan Syira telah lama siap menghidangkan makanan di atas meja makan. Semua juadah yang tersedia nampak sangat menarik dan menyelerakan. Ketukan di pintu membuatkan Haziq terus ke pintu utama rumah untuk menyambut tetamu yang datang. 

Sejurus sahaja membuka pintu raut wajah Haziq yang tadi ceria terus berubah.  

Ada sesuatu pada wajah jiran barunya itu membuatkan dia separuh hati menerima tetamu yang baru sampai itu. 

Syira yang perasan bahawa abangnya masih belum menjemput tetamu itu masuk terus menuju ke arah pintu utama. 

"Lee Shin, awak ke tu? Masuklah. Abang ni kenapa tidak ajak tetamu kita masuk?" kata Syira sambil mengajak tetamunya masuk.  

Lee Shin dan Jing Hwa yang tidak perasan apa-apa perubahan terus masuk selepas di pelawa Syira. Lee Shin menghulurkan buah-buahan yang di beri oleh ibunya kepada Haziq. 

"Mama tidak dapat datang. Dia hanya mengirimkan buah ini sahaja dan berterima kasih kepada abang.. "  

"Haziq, " kata Haziq menyambung ayat Lee Shin. 

" Mama berterima kasih kepada abang Haziq dan Syira kerana telah menjemput kami sekeluarga untuk makan malam di rumah abang. Menyusahkan kamu sahaja malam-malam ini, " kata Lee Shin. 

"Tidak susah pun," jawab Syira. 

Kemudian Syira mengajak mereka ke meja makan untuk makan malam.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now