Pindah

614 23 0
                                    

Mata Puan Lee masih tajam merenung Haziq. Perasaan marah masih menguasai mereka berdua. Tapi Puan Lee tahu yang api tidak boleh di lawan dengan api. Jadi dia cuba mententeramkan dirinya sendiri. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu menghembusnya perlahan, apabila terpandang anaknya yang lebam di pukul Haziq sebentar tadi meyebabkan air mata Puan Lee menitik lagi, dalam sebak dia berkata,

"Terima kasih, kerana Haziq telah mengingatkan aunty mengenai siapa kami kepada Haziq. Mungkin Haziq rasa dengan melepaskan marah kepada anak aunty Haziq akan berasa lega." sambil tersenyum Puan Lee menyambung

"Tapi Haziq kena ingat tentang hati seorang ibu, sekali hati itu terluka ia tidak akan mudah sembuh dan malam ni Haziq bukan sahaja telah melukakan hati aunty, malah telah menghancurkan hati aunty. Kenapa Haziq sanggup pukul Shin sampai jadi macam ini. Mungkin ayah Shin pernah melukakan Haziq sekeluarga, tetapi Shin tidak pernah buat dan tahu mengenai perkara yang berlaku 10 tahun lepas. Jadi aunty mohon sangat pada Haziq supaya melupakan dendam yang lama Haziq simpan itu.

"Lupakan? Senang aunty cakap kerana aunty tidak mengalami apa yang saya dan Syira telah alami. Tidak munggkin saya akan melupakan orang yang telah membunuh kedua ibu bapa saya dan membuat Syira buta seperti ini." kata Haziq sambil menunjuk ke arah Syira. Lee Shin dan Jing Hwa saling berpandangan, mereka tidak pernah melihat ibunya jadi seperti itu dan dari percakapan ibu mereka, mereka dapat meneka sesuatu telah berlaku suatu masa dahulu yang menyebabkan Haziq membenci mereka sekelurga.

"Mama what are you saying? Apa papa dah buat kepada Abang Haziq sekeluarga? Please mama cerita pada kami." Tiba-tiba Jing Hwa bersuara ingin mengetahui apa yang telah berlaku 10 tahun lepas. Puan Lee antara mahu dan tidak mahu terus menceritakan apa yang telah berlaku. Lee Shin yang hanya mendengar dari tadi mencelah

"Patutlah saya rasa macam pernah kenal Syira." Kata Lee Shin separuh berbisik. Puan Lee yang terdengar ayat Lee Shin bersuara,

"Mama pernah bawa Shin dan Jing Hwa melawat Syira di hospital, Syira masih belum sedar lagi pada masa itu," Lee Shin mengangguk tanda faham, di kepalanya sekarang berputar balik kenangan ketika dia dan ibunya melawat Syira. Segala bisikan semangat yang diberikan kepada Syira bermain di fikirannya bagai siaran ulangan yang di perdengarkan semula kepadanya. Rupa-rupanya dia telah berjanji akan berkawan dengan Syira semenjak mereka kecil lagi, dan sekarang mereka betul-betul telah menjadi rakan yang sangat rapat.

"Jadi, papa lah yang menyebabkan Kakak Syira buta dan abang Haziq dan Kak Syira kehilangan ibu dan bapa mereka?" Tanya Jing Hwa meminta kepastian.

"Ya, memang ayah kamu berdua yang bunuh ibu bapa kami dan membuat hidup kami menderita selama ini, FAHAM!" Jerit Haziq mepelaskan geram.

"Stop it! Aunty tak nak dengar apa-apa lagi yang memburukkan kami sekeluarga. Sekali lagi aunty minta maaf atas apa yang berlaku. Aunty janji yang kami tidak akan mengganggu keluarga Haziq lagi." Puan Lee terus menarik Jing Hwa dan Lee Shin keluar dari rumah Haziq. Melihat Puan Lee yang sebak menjadikan Jing Hwa turut menangis sambil melangkah keluar.

"Kenapa abang buat macam tu?" Tanya Syira sedikit sebak selepas Puan Lee sekeluarga keluar dari rumah mereka.

"Buat apa? Mereka patut tahu yang selama ni kita dah lama menderita. Biar mereka sedar sikit."

"Abang tolonglah jangan simpan dendam lama sangat. Buruk nanti kesannya. Abang lupakan kisah lama ok? Adik dah lama lupakan kisah lama itu. Adik harap abang pun dapat melupakan kisah itu dan mulakan hidup baru. Selama mereka jadi jiran kita, tidak pernah sekali pun mereka menyakitkan hati atau cuba mencederakan kita bukan?" Kata Syira cuba menenangkan Haziq.

"Adik harap abang dapat maafkan mereka. Bukan kita sahaja yang kehilangan orang yang kita sayang, mereka juga kehilangan orang yang mereka sayang. Mungkin mereka juga menderita seperti kita.Kita tidak tahu apa yang mereka telah alami sepanjang 10 tahun lepas.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now