Hari temujanji untuk rawatan mata telah tiba. Haziq membawa Syira ke wad yang telah dijanjikan. Di situ mereka diperkenalkan dengan seorang doktor perempuan Melayu yang sangat lembut tutur kataya yang bernama Doktor Suhaila. Doktor itu menyatakan bahawa dia merupakan kawan Puan Lee dan tahu kisah mereka berdua kerana berdasarkan cerita doktor itu Puan Lee selalu bertanya pendapatnya mengenai cara untuk membantu Haziq dan Syira dan cadangan untuk rawatan itu telah di cadangkan oleh Doktor Suhaila sendiri.
Haziq cuba bertanya di mana Puan Lee tinggal sekarang tetapi Doktor Suhaila juga tidak mengetahui kedudukan Puan Lee sekeluarga sekarang. Selepas melakukan pemeriksaan, Haziq dan Syira diminta untuk datang semula dalam seminggu untuk mengambil keputusan.
Seminggu telah berlalu, Haziq sangat berdebar menuggu keputusan mengenai mata adiknya. Dia tidak pasti bahawa mata Syira dapat di sembuhkan atau tidak. Jika Haziq berdebar-debar, apatah lagi Syira, dia amat berharap agar matanya dapat disembuhkan. Dia ingin melihat semula dunia ini setelah 10 tahun di hidup dalam gelap.
Masuk sahaja di dalam bilik Doktor Suhaila, mereka di sambut dengan senyuman manis doktor itu. Bagi Haziq itu merupakan satu petanda yang baik. Doktor Suhaila menyuruh mereka duduk di kerusi setentang dengan kedudukannya.
"Baiklah Haziq, Syira, saya sudah melihat hasil pemeriksaan dan saya pasti berita ini akan menggembirakan kamu berdua." Sambil menarik nafas Doktor Suhaila menyambung, " Mata Syira akan dapat di pulihkan dengan pembedahan. Pihak kami akan mengaturkan tarikh untuk pembedahan itu." Habis sahaja ayat itu disebut bercucuran air mata Haziq dan Syira keluar. Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya mereka mendengar berita ini.
********************
Syira hanya duduk dan terbaring sahaja selepas pembedahan. Haziq dan Azim selalu melawat Syira di hospital. Haziq selalu melawat Syira selepas dia pulang dari kerja. Pada satu hari sedang Syira duduk melayan perasaan dikatilnya, dia merasa ada orang mendekati katilnya dan memandangnya. Syira cuba memanggil orang tersebut tetapi tiada sebarang reaksi. Jadi dia menggangap itu hanyalah perasaanya sahaja.
Selepas dua minggu pembedahan, doktor telah membuka balutan mata Syira. Pada mulanya Syira merasa sakit apabila terlampau banyak cahaya masuk terus ke anak matanya. Tetapi setelah lama menyesuaikan diri dengan cahaya sekeliling Syira dapat melihat seperti biasa. Dia sangat gembira dapat melihat semula lalu memeluk Doktor Suhaila kerana doktor itu telah banyak membantunya sepanjang proses rawatan matanya itu.
"Gembira, gembira juga, tapi Syira mesti ingat tau yang mata Syira masih belum sihat sepenuhnya, jadi Syira kena selalu datang untuk pemeriksaan lagi sampai doktor cakap yang Syira tidak perlu datang lagi." sambil mengusap kepala Syira lembut.
"Yes madam," kata Syira kepada doktor itu sambil tersenyum.
************************
Doktor Suhaila masuk ke biliknya. Apabila menyedari tetamu yang ditunggunya itu sudah sampai dia terus mengajak tetamunya ke dalam bilik.
"Semenjak Syira mendapat pembedahan di sini, awak tidak pernah jemu melawat dia. Sangat beruntung Syira kerana dapat berkenalan dengan awak, tapi kenapa awak ingin berahsia tentang kedatangan awak daripada dua adik beradik itu" Kata Doktor Suhaila kepada tetamunya, Puan Lee.
"Asalkan saya dapat melihat perkembangan mereka dari jauh sudah memadai oleh saya. Mereka tidak perlu tahu tentang kedatangan saya. Selepas Syira sembuh sepenuhnya saya akan berasa lega sikit. " Kata Puan Lee sambil tersenyum. Mereka berdua berbual-bual tentang pelbagai benda kemudian Puan Lee meminta diri untuk pulang.
Dalam perjalanan pulang Puan Lee terlanggar seseorang. Lantas orang yang di langgarnya meminta maaf. Mendengar sahaja suara orang itu Puan Lee terus memandang wajah orang yang melanggarnya tadi. Sedar yang dilanggarnya sebentar tadi adalah Syira, segera dia beredar. Syira yang tidak pernah melihat Puan Lee sebelum ini, dan dia merasa pelik dengan kelakuan wanita yang baru dilanggarnya tadi.
"Adik pandang apa?" tanya Haziq
"Tadi adik terlanggar orang, tetapi bila dia pandang adik dia terus beredar dengan cepat." Cerita Syira. Kemudian Haziq menjawab,
"Mungkin dia nak cepat kot." Syira hanya menggangguk sahaja mendengar pendapat abangnya itu.
Di kereta Puan Lee menarik nafas lega apabila dapat mengelak dari bercakap dengan Syira. Dia masih baru berpindah, jadi dia tidak boleh bersuara kepada Syira kerana lumrah orang buta, dia lebih mudah kenal orang melalui suaranya dan Syira mungkin masih ingat nada suaranya. Puan Lee berharap agar Syira akan lupa suaranya suatu hari nanti supaya apabila terjumpa seperti sebentar tadi dia tidak akan kekok bersuara.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...