Kita Selalu Jumpa Macam ini

549 19 2
                                    

"Lelaki ke perempuan?" Tanya Haziq. 

"Perlu ke adik bagi tahu abang orang itu lelaki ke perempuan?" Kata Syira sambil mengalihkan kedudukannya. Dia cuba berahsia daripada abangnya supaya Haziq tidak bertanya lagi. 

"Hmm.. Tak nak bagi tahu abang, tak apa.. abang bukan nak tahu sangat pun.." Haziq berpura-pura merajuk sambil keluar dari bilik.  

Syira menjadi serba salah apabila Haziq berterusan merajuk lalu mengeluh sedikit dan berkata, 

"Orang itu lelaki" Mendegar sahaja perkataan Syira, langkah Haziq terberhenti di pintu bilik. Senyuman terukir di bibirnya kerana lakonan dia menjadi. Terus dia berpaling menghadap Syira. 

"Jadi adik nak ceritakan dekat abang atau tidak." Haziq tidak menghampiri Syira, dia hanya bersandar di pintu bilik bagi menunjukkan bahawa sisa-sisa merajuk masih ada dalam dirinya supaya Syira berterusan berasa bersalah agar dia menceritakan semua yang berlaku. Ini kerana bagi Haziq perkara sangat menarik untuk didengar kerana Syira tidak pernah bercakap mengenai sebarang lelaki selain daripada Azim, lebih-lebih lagi apabila Syira tiba-tiba mengambil berat tentang raut wajahnya.  

"Apa-apa pun duduklah kat sini. Tak kan abang nak berdiri kat situ sampai habis cerita kot." Kata Syira sambil menepuk katilnya menunjukkan supaya Haziq duduk di tempat itu. 

Haziq terus tersenyum apabila usahanya berhasil. Dia melangkah laju dan terus duduk di tempat yang ditunjukkan oleh Syira sebentar tadi. Sambil memandang tepat ke arah Syira Haziq berkata, 

"Ok, I'm ready. Ceritalah."  

Syira tergelak sedikit dengan telatah Haziq, dia menolak sedikit abangnya supaya tidak memandang tepat ke arahnya. 

"Abang ni kalau ya pun, tak payahlah tenung Syira macam ni. tak jadilah nak cerita kat abang." 

"La.. janganlah macam tu.. Ok, I'm ready.. Start the story now." Kata Haziq selepas beralih kedudukannya ke tengah katil. Sekarang Haziq duduk bersila betul-betul di tengah katil. Lagi sekali Syira tergelak kerana kedudukan Haziq jauh dari kedudukanya sebentar tadi. 

Melihat Haziq yang bersedia memasang telinga di tengah katil, Syira turut serta memanjat katil dan duduk di sebelah abangnya. Dia menceritakan segalanya kepada Haziq daripada pertemuan pertamanya dengan Ariff Zikri ketika kejadian perlanggaran hinggalah pertemuan terbarunya dengan Ariff Zikri mengenai kerjanya. Haziq tidak mencelah sedikit pun sepanjang Syira bercerita. Tetapi sepanjang Syira bercerita, Syira tidak pernah menyebut nama lelaki tersebut. Rasa ingin tahu Haziq membuatkan dia menyampuk cerita Syira sebentar. 

"Siapa nama lelaki itu? Adik ni asyik cerita je. Tapi tak bagi tahu nama orangnya. Tak akan dia tidak ada nama." 

Syira tersengih malu dengan kealpaanya sendiri. 

"Nama dia Ariff Zikri dan dia merupakan bangsa Cina yang telah memeluk islam." 

Sambil menarik nafas, Syira menyambung. 

"Dalam beberapa hari lagi kami akan bertemu lagi untuk perbincangan lebih terperinci mengenai kerja kami. Adik tak nak sebab wajah adik, dia takut nak dekat dengan adik." 

"Kenapa dia nak takut dengan adik. Adik abang ni cantiklah. Mungkin dia memang ada penyakit gugup kot bila nampak perempuan cantik seperti adik." Kata Haziq. Dia tidak puas hati apabila ada orang berkelakuan begitu pada adiknya. Bagi Haziq adiknya sangat cantik dan tidak ada benda yang perlu ditakutkan mengenai wajah Syira. 

Syira tergelak besar apabila ayat terakhir itu keluar daripada mulut Haziq.  

"Pandai-pandai sahaja abang ni meneka penyakit orang." Mereka berdua terus tergelak bersama.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now