Setelah pulang ke rumah Lee Shin terus memikirkan tentang Syira. Gadis buta tersebut telah menarik perhatian Lee Shin.
"Aku macam pernah melihat gadis itu, tapi di mana." kata Lee Shin sambil mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Mungkin hanya pelanduk dua serupa kot, atau pun mungkin gadis itu pernah muncul dalam mimpi indah aku." tambah Lee Shin sambil tersenyum sendirian.
Jing Hwa yang baru turun dari bilik terlihat abangnya tersenyum sendirian terus menegur Lee Shin,
"Abang ni kenapa? sudah buang tabiat ke apa, atau pun abang baru terlanggar pagar rumah tadi sampai dah jadi biul sekejap." kata Jing Hwa sambil memandang abangnya yang terpingga-pingga di tegur olehnya.
"Adik ni. Abang senyum pun nak hairan. Bukan abang buat kerja yang pelik pun." kata Lee Shin sambil cuba menutup malu.
"Apa-apa saja la. Adik nak pergi kelas ni, boleh abang tolong hantarkan. Malaslah nak naik bas." rayu Jing Hwa sambil membuat muka manja ke arah Lee Shin.
"Baiklah tuan puteri. Patik akan menghantar tuan puteri pergi menuntut ilmu ye," kata Lee Shin sambil bangun untuk mengambil kunci motornya.
Apabila sampai di pintu pagar sekolah, Jing Hwa bertanya kepada Lee Shin, "Abang, Jing Hwa perasan yang abang dan kakak yang tinggal di sebelah kanan rumah kita itu seperti tidak mempunyai ibu bapa saja. Tidak pernah adik nampak ibu bapa mereka. "
"Mungkin mereka tidak punya ibu bapa kot atau mungkin ibu bapa mereka tidak tinggal di bandar ni." kata Lee Shin untuk menjawab soalan adiknya itu walaupun dalam fikiran dia juga ingin tahu mengenai ibu bapa jiran baru mereka itu.
"Semalam adik ternampak kakak yang tinggal dengan abang itu. Kakak itu kelihatan seperti orang buta. Kakak itu mempunyai wajah yang sangat cantik. Manis saja wajahnya." tambah Jing Hwa lagi.
"Kakak yang adik cakap itu memang buta. Abang baru berkenalan dengannya tadi." kata Lee Shin.
"Ye ke? Jadi kakak itu memang buta. Adik kasihankan kakak itu. Mungkin dia berasa kesunyian hidup dalam kegelapan. Abang sudah tahu ke nama kakak itu?"
"Mestilah. Nama kakak itu Syira". terang Lee Shin.
" Just Syira saja ke? Selalunya nama melayu panjang." tanya Jing Hwa lagi.
" Itu abang tidak tahu. Mungkin adik boleh tanya dia malam nanti. Kakak Syira telah menjemput kita sekeluarga makam malam bersama. Malam nanti bolehlah adik berkenalan dengan mereka. Adik abang ni kan suka berkenalan dengan orang baru." Kata Lee Shin sambil mencubit pipi gebu adiknya itu.
Jing Hwa yang malu di usik abangnya terus berkata," Hish abang ni. Orang cakap betul- betul dia main-main. Ok lah, adik nak masuk. Kalau bercakap dengan abang ni sampai esok mungkin tidak akan boleh habis." kata Jing Hwa sambil berlalu pergi.
*******************
Syira segera ke dapur untuk menyiapkan makan malam untuk menjamu jiran baru yang baru dikenalinya sebentar tadi.
Terkadang timbul perasaan di hati kecilnya yang dia sangat senang hati berborak dengan jejaka berbangsa Cina yang baru di kenalinya itu.
Syira memulakan aktiviti memasak dengan memasak nasi. Dengan keadaan dirinya yang tidak boleh lihat itu agak menyukarkan dia untuk bergerak dengan bebas. Syira sering kali terlanggar periuk panas yang berada di atas dapur. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya untuk memasak untuk tetamu istimewanya itu.
Pada Syira ini merupakan pertama kali die memasak makanan untuk di jamu orang lain selain abangnya. Abangnya sering memuji masakan Syira. Ini membuatkan dia berasa lebih bersemangat untuk memasak walaupun dengan kekurangan yang dia ada.
Mengenai resepi, abangnya selalu merakamkan program masakan daripada televisyen, dan Syira juga telah di ajar oleh ibunya untuk memasak semenjak umurnya 8 tahun lagi. Jadi ini tidak menjadi masalah kepadanya untuk memasak.
Setelah hampir satu jam setengah di dapur. Syira akhirnya berjaya menyiapkan makanan untuk di makan pada malam nanti. Syira berasa sangat puas hati dengan dirinya sendiri.
Semenjak ibu bapanya meniggal dunia dia tidak merasa sebegini teruja untuk menerima kunjungan orang. Tetapi kali ini dia berasa kelainan pada diri Lee Shin yang membuat dia menerima kehadiran Lee Shin dengan mudah. Selesai mengemas Syira segera mendail nombor telefon abangnya.
"Abang, malam ini abang balik awal ye. Syira ada jemput jiran baru sebelah rumah kita untuk makan malam bersama kita." kata Syira mengharap abangnya dapat pulang awal ke rumah malam ini.
Setelah puas mendengar jawapan abangnya. Syira bergerak ke bilik untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...