Air untuk awak

599 21 3
                                    

Syira semakin hampir dengan meja yang diduduki Ariff Zikri. Dari pejabat lagi dia telah diberi tahu bahawa dia akan berurusan dengan Ariff Zikri. Jadi apabila dia ternampak Ariff Zikri di dalam restoran itu, terus dia menuju ke arah Ariff Zikri. Pada mulanya apabila dia diberitahu bahawa dia akan berurusan dengan seorang lelaki yang bernama Ariff Zikri, dia tidak menyangka bahawa dia akan berurusan dengan Ariff Zikri yang dia kenali. Tetapi apabila dia ternampak Ariff Zikri sedang menunggu seseorang, dia pasti bahawa itu adalah Ariff Zikri yang dia perlu jumpa pada pagi itu.

Melalui pandangan mata Syira, dia dapat melihat Ariff Zikri seperti dalam keadaan resah apabila Syira semakin hampir dengannya. Tetapi Syira gagahkan diri dan menolak sebarang spekulasi buruk mengenai perubahan di wajah Ariff Zikri apabila ternampaknya sebentar tadi kerana ini adalah projek besar pertama yang akan di uruskan olehnya. Dia tidak mahu gagal melaksanakan tugas yang telah di pertanggungjawabkan kepadanya.

"Assalamuailaikum Encik Ariff Zikri, kita bertemu lagi." Kata Syira apabila tiba di meja Ariff Zikri sambil tersenyum. Ariff Zikri terus berdiri, raut wajahnya jelas menampakkan bahawa dia cuba memaksa diri untuk tersenyum manis kepada Syira walaupun dia masih resah dengan kehadiran Syira di situ.

"Waalaikumsalam, Cik Syira buat apa di sini?" Tanya Ariff Zikri mengharapkan Syira memberi jawapan bahawa dia datang ke situ hanya untuk makan atau bertemu kawan sahaja.

Dengan tersenyum, Syira menghulurkan tangannya kepada Ariff Zikri dan terus berkata,

"Saya Liyana Syahirah, dan saya pasti orang yang Encik Ariff Zikri tengah tunggu sekarang ini ialah saya." Kata Syira sambil senyuman masih terukir masih dibibirnya. Senyuman itu membuatkan Ariff Zikri terpaku sebentar. Sudah lama dia tidak melihat senyuman Syira yang manis itu. Ingin sekali Ariff Zikri merakam senyuman Syira agar dia dapat melihatnya setiap hari agar hilang rasa rindu di hatinya itu.

Ariff Zikri tersedar dari khayalannya sebentar tadi apabila Syira menyambung sesi memperkenalkan dirinya kepada Ariff Zikri. Syira memberitahu Ariff Zikri bahawa dia telah di wakilkan oleh syarikatnya, The Technology, untuk berjumpa dengan Ariff Zikri untuk membincangkan projek kerjasama mereka mengenai software terbaru yang akan dilancarkan oleh syarikat The Technology.

Tanpa membuang masa, selepas sesi memperkenalkan diri sudah selesai, Ariff Zikri terus memulakan perbincangan mereka. Suasana serius mula menyelebungi mereka.

"Syarikat kami telah melakar beberapa design yang boleh digunakan untuk mempromosikan

sofware itu. Saya sarankan Cik Liyana Syahirah melihat dahulu design-design itu supaya Cik Liyana Syahirah boleh dapat membayangkan konsep yang akan kami sampaikan." Kata Ariff Zikri sambil mengeluarkan beberapa fail dalam begnya dan dan menhidupkan laptopnya lalu menunjukkan segala kepada Syira.

Syira melihat setiap fail-fail itu dengan teliti. Sambil melihat fail-fail itu, mata Syira sekali sekala memandang ke arah Ariff Zikri. Ariff Zikri sudah semakin tenang berada di situ dengannya, tiada lagi riak wajah yang resah apabila bebual dengannya.

"Encik Zikri boleh terangkan konsep ini sekali lagi dan adakah design ini dapat memudahkan pengguna menggunakan software kami?" Tanya Syira sambil menunjukkan lakaran design tersebut. Kemudian Syira menyambung sambil tersenyum,

"Err.. Tapi sebelum mula, Encik Zikri tidak perlulah memanggil saya dengan nama penuh. Cuma panggil saya Syira, saya lagi selesa macam itu. Kita bekerja dalam keadaan santai sahaja, ok?"

"Kalau macam itu Syira pun kena panggil saya Zikri sahaja, Tidak perlu berencik dengan saya" Kata Ariff Zikri sambil tersenyum manis.

Syira terpegun seketika melihat senyuman itu kerana sejak dari tadi dia duduk dengan Ariff Zikri membincangkan projek mereka, ini baru pertama kali Ariff Zikri memberikan senyuman padanya padahal sejak dari sebelum duduk lagi Syira telah cuba tersenyum kepada Ariff Zikri tetapi jejaka di depannya itu tidak akan menghiraukannya, malah Ariff Zikri akan terus dengan perbincangan mereka ataupun Ariff Zikri akan mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Tindakan Ariff Zikri itu kadang-kadang membuatkan Syira terasa hati tetapi Syira kuatkan diri untuk terus tersenyum untuk kejayaan projek pertamannya itu. Perbincangan pertama mereka sudah hampir selesai, segala yang diingini oleh syarikat The Technology telah dicatat oleh Ariff Zikri. Syira juga berpuas hati dengan segala kerjanya hari ini. Sambil mengemas barangnya, Syira memandang keluar. Matahari masih panas terik walaupun hari sudah hampir petang.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now