Ariff Zikri resah menuggu Syira. Mengikut perancangan mereka, Syira akan bertemunya pada jam 5 petang. Tetapi Syira telah lewat 15 minit dan dia semakin resah menunggu. Satu minit menunggu bagaikan satu waktu yang amat panjang bagi Ariff Zikri. Beberapa kali dia akan meneguk airnya bagi menghilangkan perasaan resahnya. Hampir separuh airnya habis sementara menunggu Syira.
"Sorry saya terlambat sikit." Kata Syira selepas mengambil tempat duduk di depan Ariff Zikri. Ariff Zikri yang agak terkejut dengan kedatangan Syira secara tiba-tiba terus berdiri. Tindakan spontan Ariff Zikri yang tiba-tiba berdiri menyebabkan Syira ketawa kecil.
"Kenapa berdiri? Saya dah duduk pun. Duduklah." Kata Syira. Sisa gelaknya masih ada.
"Syira masuk dari mana tadi. Kenapa saya tak nampak awak masuk?" Kata Ariff Zikri sambil duduk di kerusinya.
"Dari pintu tu. Dari mana lagi saya nak masuk?" Kata Syira sambil menunjuk pintu utama restoran itu. Ariff Zikri turut memandang ke arah pintu yang di tunjuk Syira. Kemudian Ariff Zikri tertunduk malu. Ariff Zikri mengutuk dirinya sendiri.
'Hish, memanglah dia akan masuk ikut pintu tu. Kenapalah aku ni tanya soalan bodoh ni? Tulah.. Berangan je lebih' Kata Ariff Zikri dalam hatinya sambil mengetuk kepalanya dengan perlahan.
Syira tersenyum melihat telatah Ariff Zikri yang tidak perasan dirinya di tenung oleh Syira. Beberapa ketika suasana di sekeliling mereka terasa sunyi walaupun ramai orang di sekeliling mereka. Ariff Zikri dan Syira masing-masing tidak tahu bagaimana mahu memulakan bicara.
Syira menarik nafasnya dalam-dalam dan menghembusnya perlahan-lahan, dia memandang Ariff Zikri yang masih tidak berkata-kata sejak dari tadi.
"Saya sudah fikirkan mengenai lamaran awak itu." Kata Syira selepas dia dapat menenangkan dirinya. Ariff Zikri terus memandang tepat ke arah Syira. Dia ingin mendengar jawapan yang akan diberikan oleh Syira.
"Well.. awak tahu tak yang saya ni jadi tak cukup tidur tau malam tadi memikirkan tentang lamaran awak itu." Tambah Syira. Kini nada suaranya tidak seserius sebentar tadi.
'Saya pun tak cukup tidur fikirkan jawapan yang akan awak berikan.' Jawab Ariff Zikri dalam hatinya. Dia masih memandang tepat ke arah Syira.
"Hmmm... Sebenarnya saya..." Syira tiba-tiba berhenti seketika. Ariff Zikri yang sudah tidak sedap hati dengan jawapan yang akan diberi Syira menjadi semakin resah di tempat duduknya.
"Awak tahukan mengenai kisah saya dengan Lee Shin?" Tanya Syira kepada Ariff Zikri. Ariff Zikri hanya mengangguk lemah. Dia bagai dapat mengagak yang Syira akan memberikan jawapan yang tidak mengembirakan dirinya.
"Kalau macam itu awak mesti tahu bahawa perasaan saya kepada Lee Shin masih ada. Saya tak tahu apa perasaan saya terhadapnya. Tetapi perasaan itu membuatkan saya sentiasa teringat tentang Lee Shin dan setiap hari saya harap saya dapat berjumpa dengannya. Awak tak kisah ke jika isteri awak nanti asyik ingat orang lain sahaja nanti?"
Dengar sahaja bahawa Syira masih mengingati Lee Shin walaupun pada waktu penting seperti ini, membuatkan jantung Ariff Zikri berdegup kencang dan apabila Syira menanyakan soalannya kepada Ariff Zikri, Ariff Zikri terus menjawab dengan pantas.
"Saya tak kisah jika awak masih ingatkan dia." Kata Ariff Zikri sambil tersenyum.
'Buat apa aku nak cemburu, sebab Lee Shin juga adalah aku.' Tambah Ariff Zikri dalam hatinya.
Kemudian Ariff Zikri seperti tersedar dengan ayat Syira sebentar tadi, lalu mendekatkan mukanya kepada Syira. Jarak muka mereka agak dekat. Hanya meja di tengah sahaja yang menjadi pemisah antara mereka.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...