Ariff Zikri masih tersenyum semasa dia tiba di pejabatnya.
" Hai, tersenyum lebar je Encik Zikri kita ni. Jumpa bidadari dari kayangan ke?" Sapa Kamil, rakan Ariff Zikri.
"Tak ada lah. Yang ni lagi baik dari bidadari kayangan." Kata Ariff Zikri sambil masih tersenyum.
"Hmm.. Apa-apa je lah. Ni aku nak tanya ko dah siapkan fail yang bos besar nak tu ke belum?" Sambil menyerahkan fail yang diingini, Ariff Zikri berkata,
"Mestilah siap, pernah ke aku ni tidak siapkan kerja?" Kamil hanya mencebik bibir lalu beredar dengan fail yang di berikan Ariff Zikri.
Selepas Kamil beredar, Ariff Zikri terus mencapai telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang.
"I think I have found her." Kata Ariff Zikri kepada orang dalam telefon itu.
****************
Syira berlari kecil apabila telefon rumahnya berdering meminta untuk diangkat. Selesai bercakap di telefon, Syira terus menjerit
" Abang, Syira dapat kerja!" Haziq yang sedang bersantai-santai di luar rumah terkejut mendengar jeritan Syira lalu berlari masuk mendapatkan adiknya.
" Kenapa dik?"
"Adik dapat kerja itu, esok adik dah boleh mula kerja." Kata Syira dengan gembira lalu memeluk abangnya. Haziq turut gembira dengan berita yang baru didengarnya lalu memeluk balik adiknya.
" Jadi lepas ni abang secara rasminya jadi driver Syira la ni untuk ulang alik ke kerja?" Tanya Haziq sambil membuat muka tidak puas hati kepada Syira.
Syira tergelak sedikit lalu berkata
"Ok driver, esok saya ingin ke kerja pada pukul lapan, jadi make sure kereta sudah sedia pada masa itu." Kata Syira sambil membuat gaya seperti seorang bos yang sedang mengarahkan orang. Haziq terus mencubit pipi Syira.
" Dah pandai ye adik abang sekarang ni. Ada lesen tapi tak nak drive sendiri." Bebel Haziq. Tetapi bebelan Haziq tidak bermaksud apa-apa kerana dia sendiri tahu yang Syira tidak berani membawa kereta sendirian walaupun sudah ada lesen. Trauma kemalangan masih segar diingatan Syira, jadi Haziq tidak ingin memaksa Syira untuk memandu. Haziq teringat suatu hari Syira pernah hampir melanggar tembok di selekoh jalan kerana terkejut apabila ada kanak-kanak melintas di depan keretanya dengan tiba-tiba. Semenjak itu, Syira sentiasa teringat semula kemalangan yang dialaminya setiap kali dia memandu. Perkara ini menyebabkan Syira semakin takut untuk memandu. Lalu Haziq memutuskan supaya dia yang menghantar Syira ke semua tempat yang ingin di tuju Syira untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
Selepas itu, Syira terus menelefon Azim untuk memberitahu berita gembira itu.
" Assalamualaikum Azim?"
"Ye Syira, kenapa telefon Azim petang-petang ni?" Tanya Azim.
"Well, nampaknya kita akan jadi rakan sekerja." Kata Syira dengan gembira.
"Maksud Syira, Syira di terima di syarikat yang Azim kerja?" Tanya Azim meminta kepastian lalu menyambung
" Hehehe... Bersiap sedialah Syira, lepas ini Syira akan sentiasa di buli oleh bos Syira yang kacak ni." Kata Azim sambil gelak dengan kuatnya. Sangat jelas yang gelaknya dibuat-buat.
"Wait, apa yang Azim cakap? Azim bos Syira?"
"Kenapa? Azim ni tak sesuai jadi bos ke?" Tanya Azim dengan nada merajuk. Syira tergelak dengan perangai keanak-anakkan Azim itu.
"Memang tak sesuai pun." Usik Syira.
"Sampai hati Syira cakap macam tu. Saya ni dah baik hati tau rekomen Syira kepada bos besar." Kata Azim lagi. Syira tergelak lagi,
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...