Puan Lee dan Lee Shin hanya memerhati sahaja langkah Haziq keluar dari pintu pagar rumah mereka. Jelas kemarahan Haziq itu masih belum surut.
"Mama, there's something that you didn't tell me about abang Haziq and their family right?" tanya Lee Shin apabila Puan Lee tidak berkata apa-apa walaupun dia ternampak Lee Shin ditumbuk Haziq sebentar tadi. Selalunya Puan Lee amat pantang jika anaknya dipukul tanpa sebab yang munasabah. Tetapi Puan Lee hanya menunjukkan muka bingung sahaja apabila terlihat Haziq.
"Mama say something. Mama kenal abang Haziq ke? Kenapa abang Haziq cukup benci pada Shin, apa yang kita dah buat menyebabkan abang benci pada kita? Soal Lee Shin bertubi-tubi.
Puan Lee mengeluh sedikit lalu berkata,
"Mama kenal keluarga Haziq," sambil mengeluh lagi, kemudian Puan Lee mengeleng-gelengkan kepalanya.
" No, actually mereka adalah anak kawan papa." kata Puan Lee menukar kenyataanya sebentar tadi.
"Jadi kenapa abang Haziq benci kita? Tanya Lee Shin lagi.
"Sudahlah Shin, mama penat la. Mama masuk bilik rehat dulu." kata Puan Lee mengelak menjawab soalan Lee Shin tadi lantas menuju ke bilik.
"Mama please answer my question." rayu Lee Shin separuh menjerit kerana Puan Lee sudah berada di tingkat atas rumah mereka tetapi tidah disahut Puan Lee.
"Ini mesti ada sesuatu yang berlaku antara keluarga kami." fikir Lee Shin.
"Tapi kalau mereka anak kawan papa kenapa saya tidak pernah jumpa mereka? dan kenapa mama mengelak nak menjawab soalan saya." tambah Lee Shin lagi. Jauh di sudut hati Lee Shin dia merasakan mamanya ada menyorokkan sesuatu darinya. Kadang-kadang timbul fikiran di kepalanya bahawa yang mamanya berbohong untuk menutup sesuatu yang berlaku.
*********************
Puan Lee mengurut-ngurut kepalanya yang berdenyut-denyut itu. Fikiranya rungsing, soalan Lee Shin bermain-main di fikirannya. Dia serba salah kerana telah menipu anaknya itu.
"Saya pindah di sini untuk melupakan kenangan lama, kenapa kenangan itu masih mahu mengikut saya." Kata Puan Lee sambil mengeluh kecil.
Puan Lee masih ingat lagi bahawa dia akan dan ingin melupakan segala peristiwa pahit yang melanda keluarganya, jadi dia telah berjanji tidak akan membuka cerita pahit itu kepada sesiapa pun termasuk anak-anaknya sendiri. Tetapi desakan Lee Shin sebentar tadi membuatkan dia runsing.
Bagi Puan Lee, dia belum bersedia untuk memberitahu rahsia yang telah lama disimpannya itu kepada anak-anaknya dan dia tidak tahu dan takut untuk melihat reaksi anaknya itu jika rahsia itu terbongkar.
"Kenapa awak buat macam itu, kalau awak berfikir secara waras tentu keluarga kita dan anak-anak kita tidak mengalami nasib sebegini." kata Puan Lee sendirian sambil memandang gambar suaminya yang telah lama meninggalkan mereka itu. Ada titisan air mata mengalir pada wajah ibu tunggal itu. Dia merasa perit menanggung beban yang di pikulnya selama ini.
*********************
Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut Syira terbang di tiup angin. Syira suka membiarkan rambutnya sebegitu. Ada satu ketenangan apabila angin menyentuh lembut pipinya. Sambil duduk-duduk itu, Syira terfikirkan Lee Shin. Hari ini Lee Shin tidak menegurnya langsung. Timbul perasaan rindu di hatinya untuk berborak bersama Lee Shin.
Syira kemudian bergerak ke ampaian bajunya kerana di situ sahaja dia rasa dekat dengan rumah Lee Shin.
Lee Shin memerhati sahaja Syira yang seperti mencari sesuatu. Di dalam hatinya terasa ingin menegur gadis itu tetapi teringatkan tumbukkan dan amaran yang diberikan Haziq pagi tadi membuatkan Lee Shin membatalkan niatnya itu.
Sedang Lee Shin melayan perasaan sambil memerhati Syira, Azim masuk ke perkarangan rumah Syira. Dari jauh Lee Shin dapat mendengar perbualan Azim dengan Syira.
"Assalamualaikum kakak manis, tengah buat apa tu?" Tanya Azim kepada Syira.
"Eh, Azim buat apa di sini. Syira tak perasan pun Azim datang."Kata Syira terkejut dengan kedatangan Azim yang tidak disanggkanya itu.
"Memanglah tak perasan kalau orang tu asyik rindukan orang lain je." kata Azim pura-pura merajuk.
"Mana ada rindu sesiapa pun, Azim ni kalau tak usik Syira bila jumpa mesti tak sah kan." Kata Syira sambil tergelak kecil sambil mengajak Azim bergerak ke kerusi di halaman rumahnya. Haziq tidak berada di rumah jadi tidak manis jika Azim dan Syira berada di dalam rumah, jadi Syira telah membawa air dan sedikit biskut di luar rumah. Dua sahabat itu beborak dan bergelak ketawa dengan rancaknya. Lee Shin sekali lagi merasa sakit hati dengan kemesraan dua sahabat itu.
"Abang tengok apa itu?" tanya Jing Hwa yang baru lepas selesai membersihkan diri.
"Tidak ada apa-apa, abang saja ambil angin di luar ni." jawab Lee Shin.
"Eh kak Syira ada dekat luar la." kata Jing Hwa dengan teruja apabila ternampak Syira kerana agak lama dia tidak berborak dengan Syira.
"Tapi siapa lelaki yang bersama kak Syira itu. Macam rapat saja." tambah Jing Hwa lagi.
"Itu Azim, kawan lama kak Syira," terang Lee Shin.
"Boyfriend kak Syira ke? Tidak. adik tidak suka kak Syira dengan lelaki itu. Kak Syira lagi sesuai dengan abang Shin," kata Jing Hwa.
Sambil ketawa Lee Shin menjawab,
" Apa la adik ni merepek je. There are no such thing like that. Mengarut je."
Jing Hwa menenung wajah abangnya dalam-dalam kemudian berkata,
"Really? Muka abang tak nampak macam abang rasa yang benda yang adik cakap itu mengarut je. Come on abang, adik dah lama hidup dengan abang, adik tahu apa yang abang fikir sekarang. Abang cemburukan lelaki itu?" kata Jing Hwa sambil menunding jari ke arah Azim dan Syira. Jing Hwa memandang lama mereka berdua lalu memandang abangnya.
"Adik nak kacau la mereka," kata Jing Hwa lalu bergerak menuju ke rumah Syira. Lee Shin hanya terpingga-pingga kerana terkejut dengan tindakan berani adiknya itu.
"Adik tunggu dulu, jangan pergi. Tak baik ganggu orang." Kata Lee Shin sambil cuba mengejar adiknya yang sudah berada di pagar rumahnya itu. Jing Hwa hanya tersenyum menandakan dia akan meneruskan juga ideanya itu.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...