Azim yang duduk di satu penjuru di dalam restoran itu tersenyum apabila terlihat orang yang di tunggunya itu muncul di pintu masuk restoran itu. Azim melambai tangan ke arah orang itu.
" Asalamuaikum, lama tunggu?" Tanya Farisha, tunang Azim.
"Lama la juga. Dah kematu dah punggung ni." Gurau Azim. Mereka berdua tergelak bersama-sama.
"Isha, tadi Azim terjumpa dengan kawan Azim yang Azim cerita dulu. Ingat tak, Azim pernah cerita yang Azim ada seorang kawan yang menjadi buta kerana kemalangan."
"Ya Isha ingat. Jadi, Azim jumpa kawan Azim itu di mana? Mesti awak seronok sangat kan. Setahu Isha sudah lama awak cuba untuk menghubungi Syira."
" Mestilah. seronok sangat, Azim terjumpa dia di kedai tadi." kata Azim dengan gembira.
Farisha juga turut gembira dengan berita yang baru di sampaikan tunangnya itu. Setiap cerita yang diberitahu Azim didengarnya dengan teliti. Azim juga turut bercerita mengenai Lee Shin.
"Isha, Azim rasa Azim ingin menguji Lee Shin lah. Azim nak tahu sejauh mana perasaan Lee Shin kepada Syira." Perkara yang bermain-main di kotak fikiran Azim diluahkan kepada tunangnya.
"Awak nak buat apa? Jangan buat perkara- perkara pelik sudahlah. Lagi satu saya tidak suka awak memainkan perasaan orang tahu." Kata Farisha memberi amaran kepada Azim.
"Saya berjanji tidak akan ada hati yang akan terguris atau terluka," sambil mengangkat tangan tanda bersumpah.
***********************
Lee Shin tidak senang duduk apabila dapat tahu bahawa Azim datang melawat di rumah Syira. Dari pandangan Lee Shin dia dapat melihat yang abang Haziq sangat gembira dengan kedatangan Azim. Timbul perasaan cemburu di hati Lee Shin kerana waktu dia datang untuk makan malam, abang Haziq menyambutnya dengan wajah terkejut dan tidak segembira ketika Haziq menjemput Azim masuk.
Tiba-tiba Lee Shin terlihat Azim keluar dari rumah. Azim bercakap sesuatu lantas menuju ke arah rumahnya.
"Apa khabar Lee Shin?, saya ada bawa makanan lebih pemberian ibu dari rumah. Jomlah kita makan bersama-sama. Makanan itu banyak untuk di kongsi dengan tiga orang sahaja." Pelawa Azim.
"Tidak mengapalah, nanti saya menganggu pula."Lee Shin menolak dengan lembut.
"Tidak mengganggu langsung. Lagipun saya yang mengajak awak. Jadi ini tidak dikira menyibuk." kata Azim meyakinkan Lee Shin untuk turut serta bersamanya.
"Ok. Baiklah saya ikut." Kata Lee Shin. Azim tersenyum dengan jawapan Lee Shin itu.
Suasana agak tegang di rumah Syira kerana Haziq tidak menyenangi kedatangan Lee Shin. Kalau tidak kerana Azim yang mengajak Lee Shin, sudah tentu dia tidak mahu pemuda itu menjejak kaki ke rumahnya. Lee Shin dan Syira yang masih ingat mengenai amaran Haziq tidak banyak bercakap kerana perasan dengan perubahan Haziq.
"Kenapa semua orang ini. Macam berada di tempat pengebumian sahaja. Cerialah sedikit. Syira ingin tambah lauk lagi? Biar Azim tolong ambilkan." Kata Azim sambil mencedok lauk ke pinggan Syira. Azim turut menolong Syira mengasingkan tulang ayam. Perlakuan Azim diperhati Lee Shin, Jantung Lee Shin berdegup kencang apabila melihat kemesraan mereka. Perit hatinya apabila Syira dengan gembirannya menerima pertolongan Azim. Lee Shin tahu yang dia hanya baru beberapa hari sahaja berkenalan dengan Syira jadi tidak logik untuk dia cemburu kerana Azim dengan Syira sudah lama berkenalan dan sudah semestinya Syira selesa berada di sisi Azim. Tetapi dia tidak dapat menolak perasaan hatinya itu. Azim yang melihat Lee Shin dari ekor matanya kemudiannya tersenyum, dalam hatinya berkata "Rancangan pertama membuahkan hasil. Sangat ketara Lee Shin cemburu apabila Syira di layan lelaki lain."
Tidak tahan dengan perasaan cemburunya itu Lee Shin cepat-cepat menghabiskan makanannya itu lantas meminta diri untuk pulang.
Haziq perasan dengan senyuman Azim itu lantas apabila Syira sedang sibuk mengemas di dapur dia terus bertanya Azim. Perasaan marahnya membuak-buak apabila Azim memberi tahu bahawa Lee Shin mungkin ada perasaan pada Syira. Pada Haziq, Lee Shin tidak boleh berkawan dengan Syira apatah lagi bercinta.
*********************
Pada esoknya sedang Lee Shin bersantai-santai di luar rumah selepas menghantar Jing Hwa ke sekolah, Haziq tiba-tiba meluru masuk lantas menumbuk muka Lee Shin. Lee Shin yang tidak dapat menjangka perbuatan Haziq itu terus hilang imbangan dan tersungkur ke lantai.
"Ini balasan yang kau dapat sebab tak dengar cakap. Kan aku sudah bagi tahu, jangan sesekali tunjukkan muka di rumah aku dan jangan cuba mendekati Syira. kau degil kenapa?" tengking Haziq.
"Saya hanya ingin berkawan. Itu pun salah ke?" Tanya Lee Shin sambil mengusap pipinya yang sakit itu.
"Banyak lagi orang yang kau boleh berkawan, tetapi tidak dengan Syira. Pergi cari kawan lain yang sama dengan kau." Marah Haziq.
"Adakah sebab saya berlainan bangsa dengan keluarga abang, abang tidak membenarkan kami berkawan?" Tanya Lee Shin lagi.
"Ini tidak ada kena mengena dengan bangsa. Aku sudah lama benci dengan kau dan keluarga kau. Jadi jangan cuba dekati Syira lagi." kata Haziq memberi amaran untuk kesekian kalinya dan terus beredar dari rumah Lee Shin. Sebelum beredar tiba-tiba Puan Lee masuk ke perkarangan rumah dan terlihat pergaduhan itu. Mata Puan Lee dan Haziq bertemu. Jelas terpancar di muka Puan Lee yang dia terkejut apabila dia melihat Haziq. Haziq yang masih marah terus berlalu keluar sambil berkata kepada Puan Lee,
"Jaga anak Puan, saya tidak suka dia berkawan dengan adik saya." kata Haziq dan terus beredar.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
أدب المراهقينSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...