Ariff Zikri masih bersenang-senang di biliknya. Tidak sabar dia ingin bertemu Syira pada esok hari. Selesai solat isyak dia menyemak pula kerjanya yang akan dibentangkan kepada Syira esok. Dia tidak mahu ada apa-apa kesalahan yang boleh menyebabkan Syira menolak hasil kerjanya. Syarikatnya sangat bergantung kepada projek kerjasama ini untuk menaikkan lagi nama Syarikat di mata dunia.
*******
Sedang Syira leka menonton televisyen, tiba-tiba telinganya menangkap satu melodi yang sangat dikenalinya. Telefon bimbit Haziq sedang berbunyi. Melodi daripada Beethoven yang bertajuk Fur Elise itu menggamit Syira untuk mendekati abangnya.
"Sejak bila abang tukar ringtone abang? Mana abang dapat muzik ni."Tanya Syira sebaik sahaja Haziq selesai bercakap dengan pemanggil tadi.
Haziq tersenyum apabila Syira masih berterusan memandangnya kerana tidak memberikan jawapan kepada soalannya.
"Abang download lagu ni tadi. Tiba-tiba nak tukar ringing tone ni. So abang tukarlah. Remember something?" Kata Haziq sambil tersenyum lalu mengusap kepala adiknya lembut.
"Ini... kejap, adik nak cari sesuatu" Syira segera berlari ke biliknya. Kakinya yang sedikit sakit kesan daripada terseliuh petang tadi tidak menghalangnya untuk berlari ke biliknya. Segera dia meggeledah almarinya. Apabila terjumpa benda yang dicari, dia tersenyum lalu membawanya turun.
Kotak muzik yang berbentuk hati itu diletakkan di atas meja berhadapan abangnya.
"Dah lama abang tak nampak Syira pegang benda ni." Kata Haziq. Syira tersenyum kepada abangnya lalu membuka kotak muzik itu. Seorang patung balerina yang sedang menari keluar dengan perlahan dari kotak musik itu kemudian alunan muzik piano daripada beethoven kedengaran di sekeliling tempat mereka duduk. Syira meletakkan kepalanya dibahu Haziq. Alunan muzik itu membuatkan dia terbuai seketika. Dia bagai terbayang-bayang ibu bapanya berada di situ dengan mereka. Lalu beberapa titisan air mata mengalir dari matanya. Haziq yang ternampak perlakuan Syira hanya memerhati adiknya melayan perasaan. Tiba-tiba matanya terpandang kesan pecah yang pernah diberitahu adiknya itu. Dia mengangkat kotak itu. Pergerakan Haziq menyebabkan Syira tersedar dari lamunanya.
Syira juga turut memerhati kotak muzik itu, jelas kelihatan kesan pecahan di tepinya. Kotak muzik itulah yang menjadi permulaan dia dapat berkenalan dengan Lee Shin.
"Abang tahu tak, petang tadi masa Syira keluar dengan Azim, Syira terjumpa Jing Hwa." Kata Syira sambil jarinya menyentuh kesan pecah di kotak muzik itu.
Haziq memandang Syira dengan wajah tidak percaya.
"Betul ke? Kenapa tidak ajak dia singgah di rumah kita" Tanya Haziq. Dia juga ingin berjumpa dengan seluruh keluarga Lee. Dendamnya dengan keluarga itu telah lama hilang setelah dia menerima bantuan daripada Puan Lee. Haziq ingin meminta maaf atas segala kekasaran yang pernah dilakukanya sehingga mengguris hati keluarga Lee itu terutama kepada Puan Lee dan Lee Shin.
"Tak teringat pula Syira untuk mengajak mereka." Kekesalan jelas terpancar di wajahnya.
"Lagipun, tadi Syira hanya berjumpa Jing Hwa sahaja, Lee Shin dan Puan Lee tidak ada di situ." Tambah Syira lagi.
Haziq mengusap kepala adiknya lalu tersenyum.
"Abang tahu adik mesti rindu mereka bukan? Terutama Lee Shin." Kata Haziq cuba mengusik Syira dengan menguatkan sebutan Lee Shin.
"Abang..." Syira terus mencubit lengan abangnya.
"What? Betulkan apa abang kata."Haziq tergelak sedikit dengan kata-katanya lalu Haziq mengangkat muka adiknya supaya memandang mukanya.
"It's ok if you fall in love with that boy. Abang tak akan halang lagi adik berkawan dengan mereka. Nanti bila ada masa jemputlah mereka datang rumah. Abang pun teringin sangat bertemu mereka." Kata Haziq lalu mencium dahi adiknya. Syira tersenyum mendengar ayat Haziq.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...