Kemesraan terjalin

622 22 0
                                    

"Hai Kak Syira. Dah lama tak nampak. Kak Syira sihat?" sapa Jing Hwa sebaik sahaja dia masuk ke perkarangan halaman rumah Syira.

"Jing Hwa ke tu? Marilah ke sini." ajak Syira. Lalu Jing Hwa menuju ke tempat Syira dan Azim duduk sambil tersenyum.

"Kak Syira sihat je, macam yang adik tengok sekarang ni lah. Eh, lupa Kak Syira nak perkenalkan, ni Azim kawan rapat Kak Syira masa sekolah dulu" tambah Syira sambil memperkenalkan kawannya itu. Jing Hwa dan Azim masing- masing bertukar senyuman apabila mata masing-masing bertemu.

"Ni Jing Hwa adik Shin. Azim dah kenal dengan Lee Shin kan? " tanya Syira sekadar mengingatkan Azim.

" Mestilah ingat. Rupanya Shin ada seorang adik yang sangat cantik, nice to meet you," kata Azim.

Lee Shin yang tadi cuba mengejar adiknya terus membatalkan niatnya kerana kemunculan adiknya di situ disambut baik oleh Syira dan Azim. Hampir satu jam mereka berbual-bual dan bergelak ketawa Azim meminta diri untuk pulang. Selepas Azim pulang Jing Hwa membantu Syira mengemas apa yang patut.

"Kak Syira, saya nak tanya sesuatu boleh tak? " Jing Hwa bertanya memecah kesunyian di dapur.

" Boleh. Tanya la apa sahaja, kalau akak boleh jawab akak akan cuba jawab." jawab Syira.

"Abang Azim dan Kak Syira sangat rapat ke? " tanya Jing Hwa.

"Kami sudah kenal sejak sekolah rendah lagi. Jadi boleh dikatakan sangat rapat jugalah." Jawab Syira.

"Kalau kawan tu bertukar jadi perasaan lain akak rasa macam mana? I mean, kalau tiba-tiba abang Azim cakap dia suka Kak Syira. Kak Syira nak buat apa?"

Sambil tergelak Syira menjawab,

"Tak akan terjadi, Azim dengan kakak dah macam adik beradik. Akak pun dah anggap dia macam abang yang sangat protective dengan adiknya. Dalam mimpi pun tak mungkin akan terjadi." kata Syira sambil tergelak lagi.

"Betul ni? Kak Syira tak tipu kan?"

Jing Hwa mula tersenyum.

"Kenapa dengan adik akak ni. Mestilah betul." Kata Syira mengukuhkan kata-katanya sebentar tadi.

Jing Hwa pulang dengan perasaan yang gembira kerana dia dapat menghalang kemesraan antara Azim dan Syira serta dapat mengorek rahsia perasaan Syira terhadap Azim.

*************************

Pada petang itu Jing Hwa beria-ia mengajak Lee Shin keluar untuk membeli-belah sambil mencuci mata. Lee Shin terpaksa ikut kerana jika duduk di rumah pun dia tidak akan buat apa-apa pun. Tiba-tiba Jing Hwa memberi cadangan supaya mengajak Syira sekali. Pada Lee Shin cadangan itu lebih seperti arahan dari cadangan kerana Jing Hwa telah terus menyuruh Lee Shin mengajak Syira dan menyuruh Syira bersiap dengan segera.

Di dalam kereta Jing Hwa sibuk berbalas mesej dengan seseorang. Apabila sampai Jing Hwa terus meminta diri untuk berjalan bersama kawannya. Dia memberitahu dia telah berjanji dengan kawannya untuk berjumpa di food court dan meniggalkan Lee Shin dan Syira sendirian.

Lee Shin yang tidak biasa keluar bersama gadis di tempat seperti ini merasa buntu untuk bergerak ke mana-mana. Di kampungnya bukan tidak ada gadis yang selalu mengajaknya keluar tetapi dia menolak setiap permintaan mereka. Dengan Syira, Lee Shin seperti ingin menghabiskan setiap masanya bersama gadis itu. Selepas mendapat panggilan dari Jing Hwa mengatakan bahawa dia akan pulang bersama rakannya, Syira dan Lee Shin memutuskan supaya tidak berjalan di shoping compleks kerana mereka tidak ingin membeli apa-apa.

Syira telah mencadangakan supaya berjalan-jalan di luar. Jadi Lee Shin telah membawa Syira berjalan-jalan di taman yang tidak berapa jauh dari bandar.

Suasana di taman itu sangat nyaman dengan keadaan cuaca yang tidak panas pada petang itu membuatkan mereka menikmati suasana itu dengan gembiranya terutamanya Syira. Lee Shin memimpin Syira ke setiap tempat di taman itu. Sekali pandang, pergerakan mereka berdua seperti sepasang kekasih yang sedang bergembira di taman itu.

Semua benda yang diberi tahu Lee Shin ingin di pegang Syira. Dari bunga-bunga hinggalah ke air di tasik yang terdapat di taman itu.

Syira mengocak-ngocak air di tasik itu dengan gembiranya. Lee Shin yang sejak tadi memerhati Syira tersenyum gembira. Belum pernah dia melihat Syira berperangai sebegitu. Perangai keanak-anakan Syira terserlah sepanjang mereka berjalan di taman itu. Lee Shin sangat senang dengan sifat manja dan keanak-anakan Syira itu.

Syira yang leka mengocak air di tasik itu terkejut apabila merasa ada sesuatu yang sejuk melekat di pipinya. Rupa-rupanya Lee Shin meletakkan tin minuman yang sejuk di pipinya. Selepas membukanya, Lee Shin memberikan minuman itu kepada Syira. Jelas terpancar kegembiraan di wajah Syira, dia mengambil dan minum minuman itu dengan gembiranya.

Kemudian Lee Shin membawa Syira ke taman permainan yang terdapat di tasik itu. Mereka duduk di buaian sambil berborak-borak.

"Shin, terima kasih sangat. Syira rasa sangat gembira hari ini. Sudah lama Syira tak keluar macam ini. Abang Haziq asyik sibuk je." Kata Syira dan memberi senyuman yang paling manis kepada Lee Shin sambil berbuai-buai.

Lee Shin terpegun seketika melihat senyuman Syira itu. Seperti ada kejutan elektrik di dalam diri Lee Shin membuatkan Lee Shin kelu untuk berkata-kata.

"Shin? Awak ada kat situ ke? Kenapa tak cakap apa-apa? tidak suka ke keluar macam ni? Shin.?"

kata Syira apabila Lee Shin tidak berkata apa-apa.

"Erm.. oh, tak.. tak ada apa-apa. Shin pun seronok keluar bersama Syira." Lee Shin gugup menjawab apabila tersedar dari lamunannya. Mereka terus berbuai sambil melayan perasaan.

"Syira ingin sangat nak tahu wajah Shin macam mana. Boleh Syira pegang muka Shin?" tanya Syira memecah kesunyian.

"Macam mana? Eh ,I mean ok. " Sekali lagi Lee Shin menjadi gugup untuk berbicara. Lantas Syira bagun dari buaiannya dan cuba menghampiri Lee Shin. Jantung Lee Shin berdegup kencang apabila Syira semakin hampir. Apabila tangan Syira sudah hampir ke mukanya, Syira tiba-tiba tergelak. Lee Shin yang pelik bertanya.

"Kenapa?"

"Tidak apa-apa, cuma Syira rasa kelakar sebab Mr Lee Shin sangat diam. Jangan risau. Syira nak bayangkan muka Shin je. Dengan Azim pun Syira pernah buat macam ini." Kata Syira.

Dengar sahaja nama Azim Lee Shin terus meletakkan tangan Syira di mukanya. Dia memejamkan mata bagi membuang rasa berdebar di dadanya itu. Syira yang sedikit tersentak dengan tindakan Lee Shin terus menarik tangannya dari muka Lee Shin.

"Rasanya kita perlu pulang sekarang, mungkin abang Haziq sudah pulang," Kata Syira sedikit gugup. Apabila kulitnya bertemu kulit Lee Shin sebentar tadi dia merasa ada satu debaran di dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Syira cuba tersenyum mengelak Lee Shin perasan debaran di hatinya itu.Mendengar sahaja nama Haziq, Lee Shin seperti tersedar. Segera dia memimpin Syira untuk pulang.

Sepanjang perjalanan di dalam kereta mereka hanya melayan perasaan masing-masing sahaja. Kemudian Syira bersuara.

"Shin, Syira nak tanya boleh tak?"

"Tanya lah apa sahaja, Shin tak kisah pun."Jawab Shin yang khusyuk dengan pemanduannya.

"Ermm.. Ni jawab berdasarkan pendapat Shin sendiri tau, mesti jujur." Kata Syira.

"Ok, apa dia soalannya?" kata Lee Shin tidak sabar ingin mengetahui soalan Syira.

"Kenapa seseorang tu boleh benci seseorang walaupun dia baru kenal?"

"Hmm.. Mungkin ada sejarah lama yang orang tu tak dapat lupakan kot," Kata Lee Shin. Lee Shin tahu siapa yang disebut oleh Syira itu. Tetapi dia sendiri tidak tahu sebab Abang Haziq sangat membenci dirinya. Jadi dia menjawab apa yang terlintas di fikirannya itu sahaja. Dia sendiri ingin mengetahui cerita sebenarnya.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now