Haziq tunggu di luar halaman rumah dengan hati yang membara. Baru sekejap tadi selepas dia balik dari tempat kerja dia mendapati Syira tidak berada di dalam rumah. Puas dia mencari, akhirnya Jing Hwa yang baru pulang memberitahu bahawa Syira keluar bersama abangnya Lee Shin.
Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa menyirapnya darahnya apabila mengetahui Syira dan Lee Shin mengingkari arahannya supaya tidak berjumpa atau terlalu rapat antara satu sama lain.
*********************
Lee Shin dari jauh sudah nampak kelibat Haziq di luar rumahnya sendiri yang sedang menunggu Syira. Raut wajah Haziq jelas kelihatan yang dia sedang marah.
"Syira, abang Haziq sudah balik, dia sedang tunggu awak," Jelas Lee Shin kepada Syira. Syira hanya mengganguk sahaja. Dadanya sangat berdebar-debar kerana dia tahu Abang Haziq sangat tidak suka jika dia bersama dengan Lee Shin.
Lee Shin membantu Syira turun dari kereta, sebaik sahaja mereka keluar, Haziq terus meluru ke arah mereka berdua. Satu tumbukan yang amat kuat hinggap di pipi Lee Shin. Syira terjerit sedikit apabila terdengar bunyi tumbukan itu. Pegangan tangannya dengan Lee Shin terlepas dan Lee Shin terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi badannya. Sekali lagi Haziq menarik Lee Shin bangun dan menumbuknya di perut. Kesakitan yang di alami oleh Lee Shin membuatkan dia tidak berdaya untuk mengelak mahupun melawan tumbukan Haziq itu. Kepalanya terasa sangat sakit.
Syira yang berada di tepi cuba menenangkan abangnya yang menggila itu. Dia terus menangis apabila mendengar Lee Shin mengerang kesakitan. Jing Hwa yang mendegar kekecohan di luar terus meninjau untuk melihat apa yang berlaku. Apabila dia melihat abangnya dipukul oleh Haziq dia terus meluru ke arah mereka berdua untuk meleraikan mereka berdua. Usaha meleraikan mereka berdua tidak berhasil, Haziq sudah tidak mahu melepaskan Lee Shin. Lantas Jing Hwa menelefon ibunya.
Puan Lee pulang sebaik sahaja menerima panggilan dari anak perempuannya. Turun dari kereta sahaja dia terus menolak Haziq dengan kudrat wanitanya, Haziq terjatuh dari tolakkan itu. Cepat-cepat Puan Lee mendapatkan anakya yang sudah lemah itu. Sambil memangku kepala anaknya Puan Lee menjerit ke arah Haziq,
"What's wrong with you, dah gila ke apa? kalau marah sekalipun kenapa lepaskan kemarahan kepada kami. Please, just forget about the past." Kata Puan Lee sambil teresak-esak.
Haziq yang macam baru tersedar dengan tindakannya itu terus berlari masuk ke dalam rumah.
Puan Lee yang tidak puas hati dengan tindakan Haziq terus mengejarnya masuk ke dalam rumah. Jing Hwa yang masih di luar memapah abangnya yang cedera itu dan memimpin Syira masuk ke dalam rumah Syira.
-Imbas Kembali-
Haziq, Pak Mat dan Mak Jah di bawa ke bilik mayat untuk proses mengecam mayat. Lemah lutut Haziq apabila dia melihat kedua ibu bapanya terbaring kaku di bilik mayat itu. Hatinya luruh apabila melihat adiknya cedera parah akibat kemalangan yang menimpa mereka itu. Semua ini bagai satu mimpi kerana dia baru berbual dengan ibunya di telefon petang tadi dan sekarang ibunya terbaring kaku di depannya dengan banyak calar di tubuhnya.
Menurut laporan polis, Haziq mengetahui bahawa ibu bapanya terlibat kemalangan dengan seorang pemandu yang mabuk. Semenjak itu Haziq berjanji tidak akan memaafkan orang yang telah membuat keluarganya menjadi seperti ini.
Pada esoknya, sedang Haziq duduk menemani Syira yang masih belum sedar dari pembedahan, tiba-tiba datang seorang Pegawai Polis bersama-sama seorang wanita berbangsa cina. Di sisi wanita itu terdapat dua orang kanak-kanak. Seorang kanak-kanak lelaki yang berumur dalam lingkungan adiknya, Syira dan seorang lagi kanak-kanak perempuan yang masih kecil.
"Adik Haziq macam mana sekarang? Ini Puan Lee, dia ingin sangat nak berjumpa dengan adik," kata pegawai polis itu mengenalkan wanita itu kepada Haziq.
"Saya tidak mahu berjumpa dengan sesiapa pun." nada suara Haziq mendatar sahaja. Dia tidak ingin bercakap dengan sesiapa pada waktu ini. Hatinya sangat sedih.
Puan Lee memberi isyarat kepada pegawai polis itu supaya membiarkan dia dan Haziq sendirian. Lalu pegawai itu beredar dari katil Syira.
"Haziq dah makan?" tanya Puan Lee kepada Haziq. Haziq hanya menggeleng kepalanya sahaja.
"Mari ikut aunty makan di kantin hospital, mesti Haziq lapar bukan. Apa-apa pun Haziq mesti makan untuk kesihatan Haziq juga." Pujuk Puan Lee kepada Haziq. Pada mulanya Haziq tidak mahu ikut, tetapi lepas lama Puan Lee mengajaknya dia pun mengalah kerana sejak malam semalam dia tidak menjamah sesuatu makanan pun.
Sementara Puan Lee dan Haziq pergi makan di kantin hospital, Lee Shin tinggal sendirian di bilik Syira. Dia tidak mahu mengikut ibunya bersarapan. Lee Shin menghampiri Syira, wajah tenang Syira yang masih belum terjaga di tenung lama. Kemudian Lee Shin mendekatkan dirinya dengan Syira lalu berbisik kepada Syira,
"Awak cepat sembuh ok, nanti bila sembuh kita jadi kawan tau." Kata Lee Shin yang tidak tahu apa yang sebenarnya belaku. Dia hanya tahu yang ibunya mendapat telefon mengenai kemalangan yang melibatkan ayahnya. Kehilangan ayahnya tidak memberi kesan sangat kepada Lee Shin kerana ayahnya jarang berada di rumah dan ayahnya jarang berbual dan bermesra dengannya. Semasa proses pengebumian ayahnya juga Lee Shin tidak menangis. Dia seperti tidak merasa apa-apa pada masa ini. Jadi apabila ibunya mengajak melawat seseorang dia hanya mengikut sahaja ibunya. Bagi Lee Shin mungkin sebagai seorang doktor, ibunya hanya ingin melawat pesakit sahaja dan pesakit ibunya itu ialah Syira yang terbaring di atas katil di depannya itu.
Di kantin, Haziq hanya makan sesudu dua nasi goreng sahaja, kemudian dia hanya bermain-main dengan nasi goreng yang berada di depannya itu. Dia tidak berselera untuk makan.
"Puan ni siapa? Kenapa puan sangat perihatin dengan keluarga kami?" Tanya Haziq setelah lama berdiam diri. Puan Lee mengeluh kecil lalu berkata,
"Saya Puan Lee, dan saya seorang doktor." Terang Puan Lee memperkenalkan diri.
"Oo.. Jadi doktor nak cakap apa mengenai adik saya itu?" tanya Haziq.
"Tidak, saya bukan doktor di sini. saya tidak merawat pesakit di sini." Puan Lee menarik nafas dalam-dalam lalu menyambung, "Haziq tahu tak pemandu yang melanggar kereta keluarga Haziq itu.."
"Saya tidak akan memaafkan si pemabuk gila tu" Kata Haziq separuh tinggi memotong kata Puan Lee.
Mendengar sahaja kata-kata Haziq Puan Lee terdiam seketika. Kemudian dia menyambung ayatnya yang tergantung sebentar tadi.
"Saya isteri si pemabuk yang Haziq cakap tadi." Sebaik Puan Lee menghabiskan ayatnya tadi, Haziq terus berdiri ingin beredar dari situ. Puan Lee menahan Haziq,
"Maafkan suami aunty dan keluarga aunty kerana telah meyebabkan Haziq jadi macam ini. Aunty akan tolong Haziq dan Syira, segala kos perubatan dan kos kehidupan Haziq dan adik Haziq akan aunty tanggung. Cuma satu je aunty minta, jangan membenci keluarga kami, Please." kata Puan Lee separuh merayu.
"Tidak, sampai mati pun aku tak akan memaafkan si pemabuk itu dan jangan nak berlakon baik nak tolong kami adik beradik, kami tidak memerlukan pertolongan dari sesiapa pun terutama dari Puan. Pergi jauh dari hidup kami, aku tidak mahu sesiapa pun antara keluarga Puan muncul dalam hidup kami adik beradik. I hate you and your family !" Marah Haziq lalu berlari pergi dari Puan Lee.
Sampai di bilik Syira, Haziq ternampak Lee Shin sedang duduk di tepi katil Syira sambil menenung Syira. Kepala Lee Shin betul-betul terletak di atas batal kepala Syira. Lee Shin sedang berbisik sesuatu dengan Syira yang Haziq tidak tahu apa butir bicaranya. Lalu Haziq menghampiri Lee Shin lalu menarik tangan Lee Shin jauh dari Syira. Memandang Lee Shin yang seperti tidak mengetahui apa yang berlaku terus membuatkan Haziq tidak jadi ingin memarahi Lee Shin. Lantas Haziq menyuruh Lee Shin keluar dengan memberi alasan Syira ingin berehat. Lee Shin yang mengerti keadaan pesakit terus keluar dari bilik. Ibunya juga selalu berpesan supaya jangan terlau mengganggu pesakit.
Lee Shin nampak ibunya sedang menuju ke arahnya lalu ibunya mengajaknya pulang. Muka ibunya sangat murung tetapi dia tidak ingin bertanya apa-apa kerana mungkin ibunya masih bersedih dengan kematian ayahnya itu.
-Tamat imbas kembali-
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...