Pertemuan Pertama

920 34 3
                                    

Lee Shin menolong ibunya memunggah barang- barang daripada perut lori. Tidak banyak barang yang dibawa oleh keluarga Lee dari kampung kerana keluarga mereka tidaklah besar. Keluarga Lee terdiri daripada Puan Lee, seorang anak lelaki, Lee Shin, dan seorang anak perempuan yang bernama Lee Jing Hwa. Lee Shin telah kehilangan bapanya kerana telibat dalam kemalangan.

Keluarga tersebut berpindah ke bandar kerana ingin memulakan hidup baru. Lee Shin banyak memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga semenjak ketiadaan bapanya. Sedang memindahkan barang-barang dari lori. Tiba-tiba seorang pekerja yang tolong memunggah barang terlihat Syira yang sedang leka malayan perasaan di halaman rumahnya. Lee Shin yang ternampak perlakuan pekerja tersebut turut memandang ke arah yang sama.

"Gadis itu sangat cantikkan."kata pekerja tersebut kepada Lee Shin. "Tetapi cara dia jalan macam pelik sedikit, gadis tu nampak seperti tidak nampak jalan yang dilaluinya. Tetapi dia tak pula terlanggar perhiasan di dalam taman tersebut"; tambah pekerja itu lagi. Lee Shin terus memandang ke arah gadis tersebut. Gerak geri gadis tersebut menarik perhatiannya.

Keesokkannya, Lee Shin keluar untuk mengambil angin pagi. Sekali lagi dia ternampak gadis dari rumah sebelah. Kali ini gadis tersebut dengan seorang lelaki. Lee Shin menganggap mungkin lelaki tersebut abangnya kerana lelaki tersabut terlalu muda.

*************************

Seperti tiap pagi yang sebelumnya, Syira akan duduk di luar halaman rumah untuk menikmati keindahan pagi. Tiba-tiba Syira teringat sesuatu, lastas dia bingkas bergerak ke dalam rumah. Dia meraba di dalam almari pakaiannya. Setelah tersentuh sesuatu dia terus tersenyum dan mengeluarkan benda tersebut. Syira mengusap kotak tersebut lembut. Kotak tersebut merupakan kotak muzik yang telah diterima daripada ibu bapanya semasa majlis hari jadinya yang ke 9 iaitu setahun sebelum kemalangan.

Kotak tersebut berbentuk hati dan keseluruhannya diperbuat oleh kaca yang berwarna unggu iaitu warna kegemaran Syira. Apabila kotak tersebut dibuka, seorang balerina akan bergerak-gerak menari di atas pentas kecil di dalam kotak tersebut mengikut alunan muzik yang merdu. Menurut bapanya kotak tersebut telah direka khas untuk Syira. Oleh itu, Syira sangat menyayangi kotak tersebut.

Sambil bergerak menuju ke halaman, Syira terus mamainkan muzik di kotak muzik tersebut. Hari ini merupakan hari lahir ibunya, dengan memainkan muzik tersebut dia merasakan yang ibunya berada di sisinya.

Kelekaan Syira menyebabkan dia tidak sedar yang dia telah begerak sampai hampir ke tengah jalan yang berada di kawasan rumahnya itu. Tiba-tiba Syira terdengar bunyi hon yang sangat kuat. Sebelum sempat dia berbuat apa-apa, dia terasa badannya di tarik ke tepi jalan.

"Awak ni buta ke, ke nak sangat mati cepat. Kalau nak mati cepat bagi tahu saya. Nanti saya pinjamkan awak pisau potong daging kat rumah saya tu", kedengaran satu suara lelaki yang tidak pernah didengar oleh Syira. Cara bercakap lelaki tersebut jelas menunjukkan bahawa lelaki tersebut merupakan bangsa Cina.

"Maafkan saya encik, saya terleka seketika", kata Syira sambil meraba-raba mencari kotak muzik yang terlepas dari tangannya tadi.Dia sangat terkejut dengan kejadian tersebut. Kerana terlampau terkejut Syira yang tidak dapat menjumpai kotak muzik tersebut terus bergerak dengan meraba-raba kawasan sekeliling untuk menuju ke rumah.

************************

Lee Shin sangat terkejut melihat gadis tersebut meraba-raba mencari sesuatu. Setelah memerhati setiap pergerakannya barulah Lee Shin dapat mengagak bahawa gadis tersebut buta. Timbul rasa bersalah di dalam hatinya kerana telah memarahi gadis tersebut dengan menyatakan bahawa dia buta.

Gadis tersebut telah masuk ke dalam rumah, tetapi Lee Shin masih lagi di atas jalan. Tiba-tiba dia terlihat sesuatu yang bersinar di celah-celah rumput yang berdekatan dengan tempat dia dan gadis tersebut jatuh sebentar tadi. Benda tersebut merupakan kotak muzik yang telah sedikit pecah di tepinya. Serpihan kotak yang pecah dan kotak tersebut telah dikutip oleh Lee Shin.

"Mungkin kotak ini yang dicari oleh gadis tadi, adakah patut saya memulangkannya", fikir Lee Shin.

*************************

Tangan Syira bergigil, dia sangat terkejut lalu terus mengunci diri di dalam bilik. Kemalangan yang meragut nyawa kedua orang tuanya itu terbayang- bayang di mindanya. Ketukan di pintu utama membuatkan Syira tersentak seketika. Lantas dia bergerak ke luar bilik untuk mengetahui siapa yang mengetuk pintu.

"Cik, saya terjumpa ini di atas jalan. Mungkin ini kepunyaan cik." kata suara yang telah menyelamatkanya tadi. Pemilik suara tersebut terus bersuara. "Cik, kotak muzik ni sudah pecah sedikit di tepi. Mungkin terhentak dekat batu kot.", Syira yang masih tidak tahu apa-apa terus membisu.

"Ok, cik mungkin terkejut sebab saya tiba-tiba muncul", kata suara tersebut sambil melambai tangannya di muka Syira untuk memastikan penglihatan Syira. " Saya Lee Shin, baru pindah di sebelah rumah cik semalam. Maafkan saya jika terkasar bahasa tadi."

Sambil teragak-agak Syira menyambut kotak yang di hulur ke tangannya,"Tidak mengapa, saya yang leka tadi. Saya Syira dan seperti yang encik nampak saya ni tidak boleh melihat."Kata Syira sambil tersenyum.

Lee Shin terpegun sebentar dengan kemanisan senyuman Syira, "Cik Syira ok tak? Ada cedera dekat mana-mana"

"Saya ok, terima kasih sebab menyelamatkan saya tadi. Nanti malam datanglah ke rumah saya. Kita makan malam bersama.Bawalah keluarga sekali dapatlah kita berkenalan." pelawa Syira kepada Lee Shin.

"Oh.. terima kasih. Saya akan beri tahu ibu saya mengenai makan malam ni. Saya harap awak betul-betul ok. Saya sangat risau jika awak cedera.

Sambil ketawa Syira menyatakan sekali lagi bahawa dia baik- baik sahaja."Awak tidak perlu risau ok, sebab bak kata abang, saya ni di perbuat daripada besi "

Mereka berdua tergelak bersama-sama. Setelah beberapa ketika Lee Shin meminta diri untuk pulang.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now