Ariff Zikri terus memusingkan badannya semula untuk segera beredar dari situ. Tetapi tiba-tiba Ariff Zikri terasa ada tangan memegang bahunya. Rupannya Azim telah menghampirinya.
"Adakah awak seseorang yang saya kenal?" Tanya Azim sambil memandang tepat ke mata Ariff Zikri. Ariff Zikri kaku seketika, dia buntu sama ada ingin mengagguk ataupun menggeleng. Tetapi sebelum dia menjawab soalan Azim itu, Azim terus memeluknya seperti baru berjumpa dengan kenalan lama yang sudah lama terpisah. Syira hanya memerhatikan sahaja perlakuan Azim itu.
"Syira, ini Lee...." Sebelum Azim sempat menghabiskan ayatnya, Ariff Zikri memotong.
"Zikri, Saya Ariff Zikri" Kata Ariff Zikri sambil tersenyum memperkenalkan dirinya kepada Syira. Azim seperti tidak percaya apabila Lee Shin yang dikenalinya itu memperkenalkan namanya dengan nama Ariff Zikri. Dia memandang Ariff Zikri dengan pendangan pelik tetapi Ariff Zikri seperti tidak menghiraukan pandangannya itu.
"Saya kenal awak." Kata Syira tiba-tiba sambil tersenyum dan menunjukkan jarinya ke arah Ariff Zikri. Kata-kata Syira itu membuatkan Ariff Zikri dan Azim tersentak. Degupan jantung Ariff Zikri berdegup pantas apabila ayat itu keluar dari mulut Syira. Dia tidak menyangka bahawa Syira mengenalinya. Kemudian Syira menyambung,
"Kita pernah berlanggar kan? Habis bersepah kertas-kertas awak pada masa itu." Ariff Zikri menarik nafas lega apabila rupanya Syira masih tidak mengenalinya.
"Syira pernah jumpa dengan Lee.. Maksud saya Ariff Zikri ke?" Tanya Azim. Dia cepat-cepat membetulkan nama Ariff Zikri apabila Ariff Zikri seperti memberi isyarat supaya tidak menyebut nama Lee Shin di depan Syira.
Syira terus mengangguk laju.
"Masa itu saya dengan Farisha sedang jalan-jalan selepas menghadiri temuduga. Ini kawan Azim ke, Kenapa Azim tidak pernah kenalkan pada saya?" Tanya Syira sambil membuat muka tidak puas hati kepada Azim.
Ariff Zikri cepat mengiakan sahaja apa yang dikatakan Syira dan menjawabkan untuk Azim bahawa dia merupakan kawan Azim. Dia tidak mahu Azim bersuara lebih kerana takut Azim akan menanyanya mengenai dirinya sepanjang tujuh tahun tidak berjumpa. Kemudian Ariff Zikri meminta diri untuk beredar. Sebelum beredar Azim telah menahan Ariff Zikri dan menariknya jauh dari Syira.
" Awak Lee Shin bukan? Kenapa kenalkan diri dengan nama lain pada Syira. Kenapa perlu menipu?" Bertalu-talu soalan keluar dari mulut Azim.
"Ariff Zikri juga merupakan nama saya."
"Maksud awak?" Tanya Azim.
" Saya sudah memeluk Islam dan sekarang orang lebih mengenali saya dengan Ariff Zikri bukan Lee Shin. Jadi tidak salah pun saya perkenalkan diri saya dengan Syira menggunakan nama itu."
" Tapi kenapa tidak mahu Syira kenal yang awak adalah Lee Shin?" Azim masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Ariff Zikri.
"Belum sampai masanya lagi dan saya harap awak juga dapat faham. Jangan risau, sudah pasti satu hari nanti Syira dapat tahu juga siapa saya. Kalau Azim tidak kisah, boleh saya beredar? Nanti Syira pelik pula kita berbual macam ini dan saya tidak mahu mengganggu kamu berdua." Kata Ariff Zikri sambil memberi senyuman kepada Azim kemudian kepada Syira lalu beredar dari situ.
*********
Raut wajah Azim jelas menujukkan dia sedang memikirkan sesuatu yang merunsingkan hatinya. Lalu Syira cuba untuk berbual dengan Azim.
"Kenapa ni? Tadi bukan main gembira bercakap mengenai perkahwinan awak dengan Farisha. Sekarang ini muka tu dah macam asam jawa dah." Azim masih meneruskan pemanduannya dan tidak menghiraukan soalan Syira sebentar tadi.
"Hish, orang cakap dengan dia, dia buat tidak tahu sahaja." Bebel Syira tidak puas hati dengan Azim kerana tidak menghiraukannya. Lalu Syira juga duduk mendiamkan dirinya di tempat duduknya.
Sampai di tempat letak kereta pejabat mereka, Azim tiba-tiba bersuara menahan Syira dari terus masuk ke pejabat.
"Awak betul-betul baru pertama kali berjumpa dengan Ariff Zikri itu ke? Sebelum ni ada tak jumpa di mana-mana lagi?" Tanya Azim.
Syira tersenyum kepada Azim, akhirnya Azim bersuara juga.
"Perkara ini ke yang mengganggu Encik Azim kita ni sejak daripada tadi. Kalau itu yang merisaukan Encik Azim, Encik tidak perlu risau kerana saya betul-betul baru dua kali berjumpa eh... silap, terserempak secara tidak sengaja dengan Encik Ariff Zikri itu." Kata Syira menekan perkataan terserempak itu.
"Kenapa? Azim tidak suka ke saya berkenalan dengan Encik Ariff Zikri tu?"
Sambil mengeluh sedikit Azim menjawab,
"Bukan tidak suka, Azim suka sangat bila Syira berkawan dengan Ariff Zikri, cuma...." Azim terbehenti seketika apabila teringatkan tindakan Ariff Zikri yang tidak mahu Syira mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Lalu Azim mengeleng kepalanya sedikit.
"Kita dah lambat ni, jom naik. Nanti bos besar marah pula." Terus Azim beredar meninggalkan Syira. Syira hanya dapat memandang sahaja Azim semakin menjauh darinya. Dia tidak dapat mengerti kenapa Azim seperti merahsiakan sesuatu daripada dirinya.
**********
Ariff Zikri menarik nafas panjang lalu menghembus perlahan. Dia berasa sangat lega Syira kerana tidak mengenalinya.
"Hoi, apa yang kau buat tu." Tiba-tiba satu ketukan yang kuat hinggap di mejanya membuatkan Ariff Zikri terkejut sehingga terlepas fail yang dipeluknya semenjak tadi lagi.
" Kau ni Kamil, kalau masuk tu boleh tak bagi salam. Ni main jerkah sahaja macam tu." Marah Ariff Zikri sambil tunduk mengutip kertas yang berterabur di lantai yang terkeluar dari fail yang terjatuh tadi.
Sambil tersenyum Kamil kembali ke pintu bilik Ariff Zikri lalu mengetuknya dengan kuat sambil memberi salam.
Ariff Zikri hanya menggeleng melayan perangai kawannya yang seorang ini.
"Hmm, sahaja la tu kau nak kenakan aku balik. Aku ni bukan apa. Kau buat macam tu dekat aku memang la tidak ada apa-apa. Cuba kau buat dekat bakal bapa mertua kau yang ada sakit jantung tu, comform terus kau kena reject. Mana dia nak menantu yang boleh buat dia kena serangan sakit jantung tiba-tiba." Kata Ariff Zikri sambil tergelak sedikit.
"Apa-apa sahajalah. Ni aku nak bagi tahu kau ni yang kau kena jumpa client kita esok. Bos nak kita berjaya dapat projek tu. So aku datang sini nak ingatkan kau supaya prepare apa-apa yang patut untuk esok." Ariff Zikri mendengar dengan tekun semua maklumat yang diberi Kamil untuk pertemuannya dengan kliennya esok. Apabila datang mengenai kerja, Ariff Zikri seperti menjadi orang lain, ketekunan dia membuatkan dia disenangi oleh semua rakan sepejabatnya.
"Sebelum aku terlupa, client kita tu dari syarikat pengkomputeran, dan tidak silap aku mereka akan menghantar wakil perempuan." Kata Kamil sebelum keluar dari bilik Ariff Zikri.
"So... Kalau perempuan, kenapa?" Tanya Ariff Zikri.
" Kau fahamkan apa maksud aku." Kata Kamil sambil mengenyit mata lalu beredar.
"Ada-ada sahaja la kau ni, dah pergi sana buat kerja." Kata Ariff Zikri yang memahami maksud kawannya itu. Kamil ingin Ariff Zikri berkenalan dengan klien mereka dengan kata lain bukan sekadar berkawan sahaja. Hasrat Kamil yang sentiasa ingin melihat Ariff Zikri mempunyai pasangan dan melupakan Syira sentiasa tidak berhasil kerana Ariff Zikri masih berat untuk membuka hatinya kepada perempuan lain.
**********
Ariff Zikri menunggu kliennya di tempat yang dijanjikan mereka iaitu di satu restoran yang sangat santai dekorasinya. Dia sengaja memilih restoran itu supaya memberi keselesaan kepada dia dan kliennya untuk membincangkan projek mereka. Sambil menunggu, Ariff Zikri menghabiskan masanya dengan membaca surat khabar yang di sediakan di restoran itu.
Beberapa ketika dia memandang ke luar untuk melihat jika orang yang ditunggu sudah tiba atau belum. Tidak beberapa lama kemudian Ariff Zikri terpandang seseorang. Jantung Ariff Zikri berdegup kencang apabila melihat seseorang yang sangat di kenalinya sedang menuju ke mejanya.
"Tidak mungkin saya akan berurusan dengan dia.Tolong jangan dia." Kata Ariff Zikri dalam hatinya ketika orang itu sudah semakin hampir di mejanya.
YOU ARE READING
Sinar Di Mataku- Complete
Teen FictionSyira merupakan seorang gadis buta yang dibesarkan oleh abangnya. Semenjak kematian kedua ibu bapanya Syira menjadi seorang yang sangat pendiam dan sering menyendiri. Kehadiran Lee Shin seorang remaja lelaki yang baru berpindah di sebelah rumahnya...