7 tahun kemudian.

599 25 4
                                    

-Tujuh Tahun Kemudian-

Syira membetul-betulkan tudungnya di cermin pandang belakang kereta abangnya. Haziq hanya tersenyum melihat telatah adiknya itu

"Dah cantik dah adik abang ni." Kata Haziq apabila melihat Syira masih sibuk mengusik itu ini di tudungnya.

"Hish abang ni, hari ni temuduga pertama adik tau. Mestilah kemas pakaian supaya mereka mengambil adik kerja."

"Baiklah Cik Liyana Syahirah. Saya faham." Kata Haziq sambil tergelak kecil.

Hari ini merupakan hari yang sangat mendebarkan bagi Syira, selepas dia berjaya mendapat segulung ijazah dalam bidang perkomputeran, dia telah menghantar resume ke banyak syarikat perkomputeran di sekitar Kuala Lumpur dan sekarang dia dalam perjalanan untuk temuduga di salah sebuah syarikat itu. Kejayaannya yang memperolehi segulung ijazah itu atas usaha keras dia dengan bantuan Haziq dan Azim yang tidak jemu mengajar segala benda yang telah Syira tertinggal sepanjang 10 tahun lalu. Syira seorang cepat menangkap apa yang diajar kepadanya, jadi senang baginya untuk menuntut pelajaran.

**********

Azim tersenyum dari jauh apabila terlihat Syira sedang tercari-cari sesuatu, lantas dia menghampiri Syira.

"Cik sedang mencari apa? Boleh saya bantu cik?" Tegur Azim, tetapi Syira tidak memandang dan masih mencari-cari jalan ke bilik temuduga yang telah di janjikan. Syira terkejut apabila perasan yang menegurnya itu rupanya adalah Azim.

" La... Azim rupanya. Syira ingat siapa tadi. Azim buat apa kat sini?" Tanya Syira.

"Eh, Cik Syira, saya bekerja di sini tau. Saya yang patut tanya awak. Apa yang Cik Syira kita buat di sini? "

Syira tergelak kecil, "Saya nak hadiri temuduga di sini, tapi masih tak jumpa lagi bilik temuduga itu."

Azim gelak lagi,

"La.. ape pasal tak bagi tahu awal-awal. Mari tuanku, patik tunjukkan jalannya. Kebetulan patik pun ingin ke sana." Kata Azim sambil berlagak seperti penunjuk jalan kepada Syira.

Ada dalam lima orang sedang menunggu di luar bilik temuduga itu untuk di temuduga, ini membuatkan Syira semakin berdebar-debar.

"Ok, saya hantar awak sampai sini je. Nanti habis interview kita lunch sama-sama. Farisha pun ada, dia ingin sangat nak jumpa awak. Sudah lama awak tak jumpa dia, Sudah dekat sebulan kan awak tak berjumpa dengan Isha?" Tanya Azim.

" Isha pun ada? Seronoknya, Syira rindu sangat dengan Isha. Ok sekarang juga Syira bagi tahu abang Haziq supaya tidak payah jemput Syira lepas temuduga nanti." Kata Syira dengan gembira.

" Hei, jangan gembira sangat. Ingat yang awak tu nak temuduga. Dah, pergi melapor diri kat meja sana." Kata Azim sambil menunjuk ke arah meja yang berdekatan dengan bilik temuduga itu.

************

Syira menunggu Haziq di luar pejabat. Temuduga sebentar tadi berjalan lancar, cuma keputusan temuduga itu tidak di ketahui Syira lagi. Jika dia dapat, pihak syarikat akan menelefonnya nanti.

"Lama tunggu?" Sergah Azim membuatkan Syira terkejut.

"Hish, nasib baik la ni tak ada lemah jantung, kalau tak dah masuk ICU dah kawan awak yang seorang tahu." Kata Syira sambil memukul lengan Azim.

"Baiklah tuanku, patik akan lebih berhati-hati selepas ini." Azim membuat gaya seperti meminta ampun. Sekali lagi lengannya di pukul Syira. Kemudian mereka menuju ke kereta Azim.

Farisha sudah pun duduk di salah sebuah meja yang terdapat di restoran yang telah dijanjikan mereka sebentar tadi. Dia terus meluru ke arah Syira apabila gadis itu masuk ke dalam restoran. Rasa rindu kepada kawannya itu di lepaskan dengan pelukan yang sangat erat.

"Hello girls, I'm here. Sudah-sudah la tu berpeluk, bukan bertahun-tahun pun tidak berjumpa. Baru sebulan sahaja." Kata Azim dari tempat Farisha duduk sebentar tadi. Mereka melepaskan pelukan dan tergelak bersama-sama apabila melihat Azim sudah bercekak pinggang gaya perempuan gedik ketika memanggil mereka.

Sambil makan, mereka berbual mesra. Sesekali terdengar gelak ketawa mereka apabila topik yang yang dibincangkan mencuit hati mereka.

Azim meminta diri awal kerana waktu rehatnya sudah hampir habis. Jadi Syira dan Farisha hanya berdua sahaja menghabiskan masa bersama-sama berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Sedang mereka sibuk berborak-borak sambil berjalan, tiba-tiba Syira terlanggar seorang pemuda. Kebetulan orang yang dilanggar Syira sedang memegang sebuah fail yang mengandungi banyak kertas, jadi banyak kertas bertaburan keluar dari fail itu apabila fail tersebut jatuh ke lantai. Cepat-cepat Syira mengutip kertas yang bertaburan itu. Rasa bersalah menyelebungi dia kerana terlampau leka berborak sehingga tidak nampak orang lain. Farisha turut menolong mengutip kertas itu. Pemuda tersebut turut mengutip kertas yang bertebangan agak jauh dari tempat failnya yang terjatuh. Selesai mengutip, Syira menyerahkan kertas-kertas itu kepada pemuda itu.

"Maaf, saya tidak perasan awak tadi. Harap tidak ada yang tercicir." Kata Syira kepada pemuda itu yang masih membongkok mengutip kertas yang masih belum dikutip.

"Tidak apa-apa, saya pun..." Ayat pemuda itu terhenti seketika apabila melihat Syira kemudian dia menyambung. "Saya pun salah juga kerana tidak berhati-hati ketika jalan tadi." Kata pemuda itu sambil tersenyum.

"Sekali lagi saya ingin meminta maaf kepada encik. Kawan saya ni bila jalan memang asyik langgar benda je. Dari dulu lagi, perangainya tidak pernah berubah." Celah Farisha. Syira menyiku kawannya membuatkan pemuda itu tergelak.

"Tidak payah berencik dengan saya. Panggil saya Zikri. Ariff Zikri." Kata pemuda itu.

"La.. Melayu ke? Muka macam Cina." Kata Farisha.

"Saya berbangsa cina dan baru memeluk islam tiga tahun lepas." Terang Ariff Zikri.

Syira dan Farisha hanya mengangguk sahaja.

" Ok lah, saya nak jumpa klien ni. Harap kita berjumpa lagi satu hari nanti." Kata Ariff Zikri meminta diri.

Apabila dua gadis itu telah beredar, Ariff Zikri memusing lagi sekali untuk melihat mereka. Satu senyuman terukir di wajahnya.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now