Jangan Dekat

729 31 0
                                    

Sepanjang berada di rumah, Jing Hwa asyik bercerita kepada ibunya mengenai makan malam mereka di rumah Haziq dan Syira sahaja.

"Mama nak tahu tak yang kakak Syira dengan abang Haziq rupanya anak yatim. Ibu bapa mereka telah lama meninggal dunia akibat kemalangan semasa kakak Syira berumur 10 tahun lagi." kata Jing Hwa dengan penuh bersemangat.

"Ye ke?. Kalau macam itu Shin dan Jing Hwa kenalah berbaik dengan mereka. Jangan sesekali menyakitkan hati mereka kerana merekalah yang akan membantu kita nanti apabila kita susah." nasihat Puan Lee kepada anak-anaknya. Lee Shin dan Jing Hwa mengangguk tanda memahami nasihat ibunya itu.

"Ok, sudah semestinya saya akan berbaik dengan kakak Syira itu. Dia sungguh baik." tambah Jing Hwa. Lee Shin yang mendengar hanya tersenyum sahaja.

Di bilik, Lee Shin tidak senang duduk. Sekejap berbaring, sekejap berdiri, sekejap duduk di meja belajarnya, kemudian berbaring semula di atas katil. Dia rungsing mengingatkan amaran yang di ucapkan oleh Haziq sebentar tadi.

Setahu Lee Shin dia tidak pernah kenal dengan keluarga jiran barunya itu. Tetapi amaran Haziq masih terngiang-ngiang di kepalanya. Lee Shin terasa seperti ingin bercerita dan bertanya ibunya tetapi dia tidak mahu persahabatan yang baru tercipta musnah hanya kerana amaran kecil. Lee Shin cuba berfikir dari sudut positif,

"mungkin abang Haziq hanya mahu menjaga keselamatan Syira sahaja. Jadi dia menghalang Syira terlampau baik dengan orang yang baru dikenalinya." Kata Lee Shin menyedapkan hatinya.

************************

Haziq juga tidak dapat duduk diam di rumahnya. Kemudian dia ke bilik Syira untuk melihat adiknya sebelum masuk ke biliknya untuk beristirehat. Kelihatan Syira sedang berbaring di atas katil. Di tangannya terdapat kotak muzik yang diberi ibu mereka kepada Syira. Haziq sangat kenal dengan kotak tersebut kerana ia kotak yang sangat disayangi oleh Syira.

Tiba-tiba pandangan Haziq tertumpu kepada kotak tersebut yang terdapat sedikit pecah. Lantas dia meluru ke arah Syira.

"Kenapa kotak ini boleh pecah? Adik jatuh ke? Kan abang sudah bagi tahu supaya berhati- hati semasa berjalan. " Kata Haziq dengan penuh bimbang.

" Abang ni risau sangat la. Adik tidak apa- apa. " kata Syira sambil tertawa kecil.

" Kalau tidak ada apa-apa kenapa kotak itu boleh pecah macam itu? Abang tahu adik sangat sayang kotak itu. Adik tidak akan sesekali memecahkan kotak itu." Kata Haziq lagi.

" Adik terleka sedikit sebentar tadi sampai berjalan ke tengah jalan. Mujur Lee Shin ada, dia yang menyelamatkan adik dari dilanggar kereta tadi. Di situlah kami berkenalan."Kata Syira dengan senyuman di bibir.

"What !! Adik.. kan abang sudah cakap berhati-hati semasa jalan. Adik sahaja yang abang ada di dunia ni. Kalau sesuatu terjadi pada adik abang tidak akan memaafkan diri abang sampai abang mati."

" Abang ni.. baiklah. adik berjanji akan lebih berhati-hati semasa berjalan," kata Syira sambil mengangkat tangan seperti mengangkat sumpah.

"Nasib baik Lee Shin ada. Syira terhutang budi pada dia." Tambah Syira lagi. Tidak semena-mena Haziq menjadi berang apabila Syira asyik memuji pemuda yang dia tidak suka itu.

"Asyik-asyik Lee Shin, selepas ini abang tidak mahu Syira rapat dengan Lee Shin lagi. Abang tidak suka. Ingat." marah Haziq.

" Tapi kenapa? Apa yang Lee Shin buat sampai abang tidak mahu dia berkawan dengan Syira?" Tanya Syira, nada suaranya mulai bergetar dan dia berasa sebak kerana sepanjang dia hidup, inilah kali pertama abangnya meninggikan suara kepadanya.

*******************

Keesokan paginya Puan Lee telah pergi ke kerja seperti biasa. Setelah menghantar Jing Hwa ke ke sekolah Lee Shin terus pulang ke rumah. Itulah rutin hariannya sepanjang masa percutianya itu. Dia seharusnya mendaftar di kolej pada bulan 9. Jadi dia mempunyai masa dalam lebih kurang 2 bulan lagi untuk bermalas-malas di rumah sebelum sesi pembelajaran bermula.

Ketika dia hendak masuk ke dalam rumah dia ternampak Syira sedang menjemur baju di rumahnya. Dia sungguh kagum dengan gadis itu.Walaupun buta Syira membuat segala kerja rumah dengan sendiri. Lantas dia menuju ke tepi halaman rumahnya kerana kedudukan di situ amat dekat dengan tempat Syira menjemur pakaian.

"Selamat pagi." Tegur Lee Shin.

Sambil tersenyum Syira menjawab panggilan Lee Shin.

"Selamat pagi Lee Shin." Kata Syira.

"Just call me Shin je. Lebih senangkan macam itu. Saya pulak akan panggil awak Syira daripada Syahirah. Ok?" kata Lee Shin memberi cadangan.

"Baiklah Shin. Awak tidak bekerja atau buat apa-apa ke sekarang ini. Kenapa masih berada di rumah? " tanya Syira.

Lee Shin tergelak kecil sambil menjawab,

"Saya sekarang ni suri rumah sepenuh masa tetapi dua bulan lagi saya akan mendaftar di kolej dan menjadi pelajar sepenuh masa. Masa tu susah la awak hendak tegur saya lagi tau." Kata Lee Shin.

"Ooh. Patutlah duduk rumah je sekarang. Mesti seronokkan belajar di kolej." Ada nada sebak di dalam percakapan Syira itu. Lee Shin yang perasan dengan perubahan itu terus berkata

"Apa kata setiap hari lepas saya habis kelas saya jumpa awak. Saya akan ceritakan setiap benda yang berlaku di kolej dan kalau awak hendak, saya sanggup jadi tutor peribadi awak." kata Lee Shin yang bangga dengan cadangannya itu.

"Ini semua free of charge, tidak ada bayaran yang akan di kenakan untuk murid pertama saya. "Tambah Lee Shin lagi.

"Wah.. Terima kasih sangat-sangat, saya teringin sangat untuk belajar. Semenjak buta ni proses pembelajaran saya sangat lambat. Akhirnya abang memutuskan supaya dia sahaja yang mengajar saya di rumah." kata Syira.

"Ok cikgu Lee Shin sedia berkhidmat untuk Syira. Awak sudah mengenal huruf dan angka bukan, jadi lagi senang la saya mengajar awak." Kata Lee shin.

Sinar Di Mataku- CompleteWhere stories live. Discover now