Sementara itu di Kampung Ryam...
Seorang lelaki berpakaian hitam sedang mengejar dua anak buah Bintang Kegelapan di bawah keredupan senja.
"Ke mana kamu berdua nak pergi ni?" tanyanya lalu menghilangkan diri.
Kedua-duanya memandang ke belakang.
"Agaknya... Dia dah tak kejar kita dah kot, Roy?" tanya salah seorang daripada mereka.
"Shh!" Roy mendiamkan rakannya sambil mendengar sekeliling. "Kamu ingat dia akan lepaskan kita, Don? Bongok! Tuan Dark Lordany bukan sebarangan orang. Malah, ada khabar mengatakan dia mengkhianati kumpulan kita. Mengapa kamu rasa dia mengejar kita? Dia nak bunuh kita lah! Sebab tahu di mana lokasi dia berada. Sekarang ini, semua general kita sedang mencarinya dan malangnya, kita yang terjumpanya!"
"Ta-Tapi kenapa dia nak bunuh kita?" tanya Don, mula resah. Dia juga asyik memandang sekeliling.
"Itu..." belum sempat dia hendak bercakap, lelaki yang mengejar mereka muncul di hadapan mereka. Larian mereka terpaksa diberhentikan. Wajah kedua-duanya berpeluh memandangnya.
"Kamu berdua dah nak pergi? Jom lah main dengan aku dulu..." kata lelaki itu.
"Tu-Tuan Dark Lordany!" sebut mereka berdua dengan terkejut.
"To-Tolong lepaskan kami!" pinta Don yang mula takut dengan senyuman sinis lelaki di hadapan mereka.
"Oh? Kalau aku lepaskan kamu, mesti kamu akan beritahu yang lain di mana aku berada kan? Tak boleh la macam tu..." Dia maksudkan jeneral-jeneral Bintang Kegelapan yang mencarinya.
"Tak! Tak! Kitorang takkan beritahu sesiapa! Percayalah, tuan! Kami janji dengan nyawa kami!" kata Roy yang telah panik.
"Heh! Kamu ingat aku tak berotak ke? Salah seorang general kamu, Dark Hartina boleh membaca memori sama dengan Aries dari Bintang Kecerahan. Sebaik sahaja kamu berada di kawasan kuasanya, dia akan tahu aku berada di mana. Aku tak boleh benarkan perkara itu berlaku. Jadi... Selamat tinggal!" Lelaki itu tidak memberikan masa untuk mereka berdua melarikan diri.
Dengan sekelip mata, jantung mereka berdua ditusuk pedangnya. Kedua-duanya ternganga melihatnya sebelum kedua-duanya jatuh ke tanah. Darah mengalir keluar dari luka pada jantung mereka.
"Kamu tak seksa mereka. Kamu dah banyak berubah... Rafiz," kata seseorang yang muncul di bawah sebatang pokok di belakang lelaki itu.
"Ayah! Terkejut saya... Boleh tak jangan muncul tiba-tiba..." kata Rafiz, yang tidak langsung sedar Rafael berada di belakangnya.
Rafael mengeluh. "Dah berapa ramai kamu bunuh, Rafiz... Kamu akan menarik perhatian mereka ke sini."
"Biarkan mereka datang. Lagipun, bukan salah saya mereka berdua ni datang ke sini. Mereka yang jumpa saya dulu. Salah mereka lah." sengih Rafiz dan langsung tidak merasa bersalah membunuh Roy dan Don. Ia telah menjadi rutinnya membunuh sesiapa daripada Bintang Kegelapan yang tiba di kawasan Ryam.
"Apa-apa je lah. Jangan menyesal kalau jeneral mereka yang ketuk pintu rumah kita nanti. Ayah takkan campur tangan selagi mereka tak apa-apakan penduduk." Mata Rafael menjadi tajam.
"Dengan kata lain, mereka akan merasai bagaimana perasaannya berada di neraka kalau mereka sentuh salah seorang penduduk Ryam..." fikir Rafiz sambil tersenyum.
Rafael walaupun bukan lagi pengguna Bintang Kegelapan, dia masih ada saki baki kuasa Dark Lordany yang diperolehi Rafiz sekarang. Bukan itu sahaja, Rafael mempunyai dendam yang mendalam terhadap Bintang Kegelapan kecuali dia tidak menyerang mereka kerana dia berseorangan.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...