"Itu yang terakhir..." Kata Virgo sambil melepaskan nafas lega setelah menamatkan nyawa seekor raksasa.
"Ya... Syabas semua." Balas Ziphoteninx sambil memandang Virgo, Gemini dan Cancer.
Dia menyembuhkan kecederaan mereka semua.
"Kita mesti gerak cari Kairi dan Aries. Entah kat mana dah mereka pergi." Kata Cancer dengan gelisah.
Kali terakhir mereka dengar ialah pesanan daripada Aries. Itupun sudah tiga jam berlalu.
"Tunggu. Hari dah gelap dan hujan masih berterusan. Kita terpaksa cari mereka pada esok hari. Jangan risau, Kairi boleh lindungi mereka. Kuasanya dah kembali perlahan-lahan." Beritahu Ziphoteninx. Dia juga gelisah dengan keadaan Kairi dan Aries tetapi dia percaya dengan kekuatan Kairi untuk melindungi kedua-duanya.
Virgo, Gemini dan Cancer terpaksa mengikut kata-katanya. Mereka tahu ada benarnya dan dengan keadaan gelap, mereka tidak mungkin dapat menjumpai kedua-duanya tanpa membawa bahaya kepada diri mereka. Mereka hanya boleh berdoa untuk kedua-duanya berada dalam keadaan yang selamat. Mereka kembali ke bandar semula kerana mereka berada di luar kawasan bandar untuk menghapuskan semua raksasa tersebut.
Setibanya mereka di bandar mereka dikejutkan dengan orang ramai yang terpinga-pinga akibat bunyi raksasa itu. Dua orang lelaki berpakaian polis menghampiri mereka. Manakala ada beberapa lagi serta robot polis menahan penduduk daripada menjenguk ke luar bandar mahupun mendekati Virgo dan rakan-rakannya.
"Siapa kamu semua dan boleh kami tahu apa sebenarnya bunyi tadi tu? Macam bunyi binatang buas yang besar." Kata salah seorangnya.
Virgo, Gemini dan Cancer memandang satu sama lain sebelum memandang Ziphoteninx.
"Beritahu sahaja kebenarannya. Lambat-laun jika mereka masih tidak mengetahui kehadiran raksasa di sini akan membahayakan nyawa mereka." Suruh Ziphoteninx ke dalam minda mereka.
"Erm... Boleh kita semua berbual di tempat yang tiada orang? Hal ini agak serius sebenarnya." Pinta Virgo kepada dua orang polis itu.
"Baiklah. Sila ikut kami," kata seorang lagi lalu menunjukkan jalan ke balai mereka.
Di balai itu, mereka dipertemukan dengan ketua polis yang mereka ingin jumpa. Pada mulanya, ketua polis mahupun anak-anak buahnya yang mendengarnya tidak percaya dengan cerita mereka tentang kemunculan raksasa-raksasa itu. Akan tetapi, beberapa orang polis yang telah dikerahkan untuk memeriksa luar bandar memberitahu bahawa mereka menemui mayat beberapa makhluk aneh seperti raksasa.
Cerita Virgo dan rakan-rakannya akhirnya dipercayai ketua polis itu. Virgo dan rakan-rakannya diberi tempat duduk dalam bilik mesyuarat dalam balai itu. Manakala Ziphoteninx, duduk di belakang kerusi Virgo seperti anjing yang patuh. Padahal, dialah yang mengarahkan apa-apa yang Virgo dan rakan-rakannya perlu beritahu dan tanya kepada ketua polis itu.
"Jika boleh, saya berharap pihak tuan dapat hubungi pihak diraja. Raja kami, Kairi, telah utuskan surat mengenai raksasa yang mungkin muncul di sini tetapi kami belum mendapat apa-apa berita daripada raja negara ini. Kini, raksasa telah muncul seperti yang dijangkakan. Hal ini sangat serius dan keselamatan penduduk dalam negara ini telah berada dalam bahaya." Terang Cancer.
"Erm... Bagaimana raksasa pelik ni boleh muncul? Kami tidak pernah dengar ada makhluk sebegini muncul sebelum ini," tanya ketua polis itu.
"Sebelum saya menerangkan perkara itu, saya nak tanya. Tuan pernah dengar tak cerita mengenai Permaisuri Syarantonia iaitu baginda Siarah Velenor menjatuhkan kegelapan yang menyelubungi dunia kita pada lima ratus tahun dahulu?" Tanya Virgo semula.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...