^^>>Perkahwinan Kairi dan Aries<<^^
..................................................................................................................
"Hei, kita nak pergi mana lagi ni? Kaki aku dah sakit lah..." rungut Dark Amilia kepada Dark Kage dan Dark Ceilius.
Mereka bertiga baru sahaja terlepas daripada kejaran dan serangan Dark Revier. Semasa berada di Istana Dorothia, mereka sangat terkejut apabila Dark Revier menyerang mereka tiba-tiba. Sememangnya mereka telah tahu Dark Revier berkemungkinan bukan berada di pihak mereka lagi tetapi sedikit sebanyak mereka mahu percaya bahawa raja mereka bukan apa yang mereka jangkakan. Serangan Dark Revier ke Dorothia akhirnya membuka mata mereka bahawa raja mereka itu bukan lagi pemerintah sebaliknya musuh mereka.
Dark Amilia, Dark Kage dan Dark Ceilius serta semua jeneral Bintang Kegelapan tahu Dark Revier mencari mereka kerana serangan Dark Revier hanya ke atas mereka. Mereka terpaksa beredar dari Dorothia untuk memastikan Dark Revier keluar dari Dorothia dan tidak memusnahkan negara mereka. Kini, Dark Amilia, Dark Kage dan Dark Ceilius sedang berada di Eridan untuk mencari tempat menyorok selain menyelamatkan diri daripada ditemui Dark Revier.
"... Berapa lama kita dah tinggalkan Dorothia? Kamu rasa semua orang selamat tak?" sambung Dark Amilia lagi.
"Erm... Kira-kira sebulan lebih. Jangan risau. Aku dapat berita baik daripada orang aku. Dark Undria dah sembuh dan telah selamatkan semua orang yang masih hidup dalam bandar istana," jawab Dark Kage sambil mengerling kepada Dark Ceilius. "Dan Bintang Kecerahan telah menolong mereka juga..."
Dia melihat anak mata Dark Ceilius bertukar kelam tandanya Dark Ceilius tidak menyukai berita tersebut tetapi Dark Ceilius tidak mengatakan apa-apa. Sebaliknya, Dark Amilia...
"Bintang Kecerahan?! Kenapa mereka tolong kita pula?! Kan kita musuh diorang!" Dark Amilia tidak percaya.
"Entah la. Aku pun tak senang bila tahu mereka tolong kita selepas apa yang kita dah lakukan pada mereka. Berkemungkinan mereka nak tangkap kita atau sengaja tunjuk baik sebelum tikam belakang kita. Boleh jadi..." Dark Kage membuat andaian.
Anak-anak buahnya yang berkerja bersamanya untuk membina alat-alatnya boleh menghubungi mindanya yang ada sistem talian dengan alat perhubungan mereka di tempat rahsia mereka berkerja. Hal ini disebabkan otaknya yang bukan otak normal tetapi mesin. Sekali-sekala dia akan menghubungi anak-anak buahnya untuk mengetahui berita keadaan Dorothia.
"Oh, bukan tu je. Nampaknya Dorothia kini sedang diserang raksasa-raksasa pelik. Mengikut maklumat, mereka sangat kuat dan telah membunuh ramai penduduk Dorothia," beritahu Dark Kage kepada rakan-rakannya.
"Apa?!" Dark Amilia dan Dark Ceilius terkejut mendengarnya.
"Kerja Dark Revier juga kah?" Tanya Dark Ceilius.
Dark Kage mengangkat bahunya. "Tak pasti... Tapi boleh jadi. Dia kan raksasa," peringat Dark Kage kepada bentuk sebenar Dark Revier.
"Urgh! Tak guna punya raja! Camna kita boleh tak tahu dia adalah raksasa selama ni?!" Dark Amilia sangat bengang kerana ditipu raja mereka.
Dark Kage melepaskan keluhan sebelum memandang Dark Ceilius yang diam semula. Dia mengahsihani Dark Ceilius kerana Dark Revier adalah bapa angkat Dark Ceilius. Dia tahu Dark Ceilius sangat taat dan hormat kepada Dark Revier selama ini tetapi pengkhianatan Dark Revier telah membuatkan Dark Ceilius keliru dengan ketaatannya kepada raja atau negara mereka.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...