BAB 61: LENYAP

2.1K 133 14
                                    

^^>>Dark Gomy<<^^

....................................................................................................................

Kairi, Rafiz dan Dark Hartina tiba di tempat di mana mereka tinggalkan Dark Revier sebelum ini. Mereka terbeliak melihat saiz raksasa Dark Revier yang kini sedang menyerang bukan setakat askar mereka tetapi askar kepunyaannya juga.

"Kita mesti tarik perhatian dia dan jauhkan dia daripada sini! Dark Hartina, Rafiz, aku serahkan tugas ini kepada kamu! Aku akan arahkan askar-askar kita dan musuh kita untuk beredar. Ini bukan lagi peperangan!" beritahu Kairi kepada mereka berdua.

"Baiklah!" Dark Hartina dan Rafiz terus berlari ke tepi kepala Dark Revier.

"Hei!!" panggil Dark Hartina dan Rafiz kepadanya sambil melepaskan serangan anak panah dan juga bebola hitam ke arahnya.

Dark Revier yang terkena serangan tersebut tetapi tidak apa-apa memandang mereka. Anak matanya sangat merah seperti darah dan gelap seperti bayang. Dia memandang mereka dengan marah lalu melibaskan ekornya kepada mereka. Dark Hartina dan Rafiz mengelak serangannya dan berlari ke tempat lain yang tidak mempunyai askar-askar mereka iaitu jauh ke Timur dalam Negara Ukyu. Hal ini disebabkan khemah rawatan musuh mereka berada di Utara manakala khemah rawatan mereka pula berada di Selatan dalam Negara Syarantonia. Peperangan mereka berada diperantaraan dua negara tersebut.

Kairi mengambil peluang ini untuk melepaskan aura cahayanya untuk menarik perhatian semua sambil terbang di atas sudut tempat itu.

"Dengar sini! Kepada semua askar Syarantonia, segera kembali ke Antonia dan kepada askar Dorothia, sila kembali ke negara kamu semula! Ini bukan lagi medan peperangan! Aku tahu korang dah lihat apa yang telah terjadi! Raja korang dah menggila dan menyerang korang juga! Tanpa ketua korang, peperangan ini akan berpihak kepada kami! Sekarang, kami akan cuba pastikan raja korang tidak membunuh kita semua! Ambil peluang ini untuk beredar dari sini!" arah Kairi dengan menyalurkan semua kata-katanya kepada semua orang di tempat peperangan itu.

Aries dan rakan-rakannya serta Dark Amilia, Dark Ceilius dan Dark Kage telah lama berhenti berlawan semenjak mereka mendengar raungan Dark Revier yang memberi seram sejuk kepada mereka. Aries dan rakan-rakannya terselamat kerana replika mereka tiba-tiba lenyap. Walaupun begitu, tubuh mereka semua calar-balar dan sedang berdarah di sini sana. Arahan Kairi didengari mereka.

"Apa maksud dia, raja kita menggila? Dark Amilia, Dark Kage, mari pergi!" ajak Dark Ceilius untuk melihat apa yang telah berlaku.

Mereka berdua mengangguk lalu beredar sambil terbang ke udara. Mereka tidak lagi kisah perlawanan mereka dengan Aries dan rakan-rakannya. Hal ini membuatkan Aries dan rakan-rakannya sedikit lega lalu terduduk letih di situ. Mereka tersentak apabila Agi muncul di situ.

"Akhirnya, aku jumpa korang." Kata Agi yang sedikit lega. Dia telah meninggalkan khemah rawatan setelah mendengar raungan itu. Dia risau dengan keadaan mereka. Dia segera menggunakan kuasanya untuk merawat mereka.

"Apa yang berlaku sebenarnya, Agi? Kamu tahu?" tanya Aries.

"Erm... Aku cuma tahu sikit je bahawa Dark Revier akan bertukar raksasa dan menyerang semua orang."

"Huh? Camna kamu tahu itu pula?" Centaurus berasa hairan.

"... Ziphoteninx datang ke khemah kita dan... membawa Dark Reammut bersamanya. Ah! Dia bukan lagi Dark Reammut tetapi Tucana."

Semua terkejut mendengarnya. "Dark Reammut adalah Bintang Tucana?!"

"Ya." Angguk Agi. "Bukan tu je, dia sebenarnya datang dari masa hadapan. Dia telah menggunakan kuasanya untuk menukar masa. Korang, dia telah lihat apa yang terjadi di masa hadapan! Ziphoteninx lah yang sampaikan pemberitahuan tersebut sebab Tucana telah pengsan kerana dia terlebih gunakan kuasanya untuk menyelamatkan Kairi dan lain-lain tadi." Agi menerangkan kembali apa yang telah diberitahu Ziphoteninx kepadanya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now