"A-Apa?! Betulkah?!" Tanya Virgo dengan riak terkejut dan mempunyai harapan.
"V-Virgo, kamu okey ke?" Balas Kairi yang tersentak apabila Virgo mencengkam kedua-dua bahunya.
Dia terasa sedikit sakit tetapi tidak mahu membuatkan Virgo rasa bersalah jika dia memberitahunya.
"Ah, maaf!" Balas Virgo apabila menyedari perbuatannya. Dia melepaskan bahu Kairi.
"Erm... Takpe..."
Virgo menenangkan dirinya dahulu sebelum bersuara semula. Dia tidak mahu menakutkan Kairi sekali lagi. "Kairi, boleh kamu bagitau aku bila Pegasus muncul?" Tanyanya tidak lama kemudian.
"Erm... Aku pernah bertemu dengannya tetapi kami tak bertegur sapa. Namanya pun aku tahu daripada Mak Cik Erika yang berkerja di rumah tumpangan semasa makanannya ditempah dari situ. Kalau tak silap, sepuluh hari lepas. Lepas tu, dia dah keluar dari rumah tumpangan tu," jawab Kairi.
"Yakah? Terima kasih kerana memberitahuku, Kairi. Selepas Rafiz pulih nanti, aku akan berhenti."
"Oh... Okey." Kairi rasa sedih bahawa Virgo akan beredar tidak lama lagi. Dia telahpun biasa dengan kehadiran Virgo di situ tetapi tidak mahu menghalang Virgo daripada beredar.
"Kamu akan pergi ke mana lepas ni?" Tanyanya, ingin tahu.
"Aku ingin cari Pegasus. Dia sebenarnya... rakan seperjuangan aku." Suara Virgo perlahan sahaja di hujung ayatnya tetapi dapat ditangkap Kairi. "Okey lah! Aku nak sambung kerja!" Sambungnya lalu beredar ke pelanggan yang baru masuk.
"Apa maksud dia rakan seperjuangan? Ada peperangan atau apa-apa ke?" Fikir Kairi lalu memandang rantai berloket Pegasus.
"Aku mesti pulangkannya! Entah mengapa, aku rasa tak sedap hati sekarang ni... Seperti sesuatu akan berlaku tak lama lagi." Tubuhnya seram sejuk.
Setelah semua pelanggan beredar pulang, Kairi beredar ke bilik Rafiz lalu mengetuk pintu. Tetapi, sebelum sempat dia dapat berbuat demikian, pintu bilik telah dibuka dari dalam.
"Kairi! Rindunya aku!" Rafiz terus menarik lengan Kairi dan memeluknya dengan erat.
"U-Urgh, Ra-Rafiz... Lepaskan... Tak... Boleh... Bernafas..." Wajahnya didakap ke dada Rafiz, membuatkan dia sukar untuk bernafas. Rafiz lebih tinggi daripadanya. Dia mudah sahaja untuk mengangkat Kairi yang lebih rendah daripadanya.
"Oh, maaf." Rafiz melepaskannya semula tetapi tangannya mengusap rambut merah Kairi. Dia suka menyentuhnya kerana rambut Kairi sangat lembut macam sutera.
Kairi menepis tangannya dengan lembut. Dia rimas apabila Rafiz berbuat begitu. "Aku nak minta kebenaran daripada kamu," katanya dengan serius.
Kening Rafiz naik ke atas setelah mendengarnya. Dia membenarkan Kairi masuk ke biliknya yang hanya ada sebuah katil bujang memanjang di hujung kiri bilik, rak buku kecil di tepi katil dan satu tingkap di bahagian atas rak menghala ke hutan. Terdapat juga meja dan kerusi di tepi dinding kanan bilik itu dan pintu lain yang menuju ke bilik air di sebelah kiri pintu masuk.
Kairi duduk di hujung katilnya sementara Rafiz duduk di kerusi. Mereka berdua diam. Rafiz merenung Kairi dan dapat membayangkan sesuatu sedang bermain dalam kepala adiknya. Dia berasa tidak sedap hati melihat wajah Kairi yang kurang keyakinan dan sedikit takut untuk mengatakannya. Kairi juga tidak memandangnya, sebaliknya bermain dengan jari-jemarinya.
"Kairi? Apa dia yang kamu nak minta daripada aku?" Tanya Rafiz sambil menukar posisi duduknya yang mendagu di atas kepala kerusi kepada badan menegak. Dia meletakkan tangannya di atas kepala kerusi sambil memandang Kairi.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...