^^>>Libra<<^^
.................................................................................................................
"Hei, Dark Hartina..." panggil Dark Howlan semasa mereka menuju ke colloseum.
"Apa dia?" balas Dark Hartina.
"Kenapa kamu cium Aries? Kamu bukan ke benci semua Bintang Kecerahan?"
Dark Hartina memandang Dark Howlan lalu tersenyum. "Dan kamu tak?"
"Aku benci diorang juga! Hei, jawab soalan aku!"
"Aku jumpa sesuatu yang menarik dalam memori Aries. Dia suka pewaris Siarah. Aku saja je musnahkan harapan dia tu. Harapan dia yang mengatakan dia masih suci... Takde apa yang lebih menarik melihat seseorang kehilangan sesuatu yang berharga, kan?" Sengih Dark Hartina.
"Heh! Aku suka tindakan kejam kamu, Dark Hartina... Tapi aku tak suka lihat bila anak mata kamu mengatakan sebaliknya..."
"Cis! Nasib baik kamu jeneral, kalau tidak dah lama aku bina kubur kamu..." kata Dark Hartina, perlahan.
"Aku dengar tu..." Dark Howlan mengangkat sebelah kening. "Tapi betul apa... Kamu orang yang pelik aku pernah jumpa."
"Kamu ada masalah dengan personaliti aku, Dark Howlan?"
"Tak juga... Tapi jangan nangis. Nanti Bintang Kecerahan nampak, mereka akan fikir kamu lemah..."
Dark Howlan tidak memandang wajah Dark Hartina tetapi dia sedar titisan air mata yang keluar daripada mata Dark Hartina semenjak mereka beredar dari bangunan askar.
"Dark Howlan, sekali kamu heboh pada semua jeneral lain, aku akan pastikan kamu takkan lihat hari esok." Gertak Dark Hartina sambil mengelap matanya dengan tangannya. "Cis! Tak guna betul. Sekali lagi air mata aku keluar tanpa aku sedar!" fikirnya dalam diam.
"Aku takkan beritahu... Kita dah tiba." Beritahu Dark Howlan lalu berhenti di atas bangunan colloseum.
Dua puluh minit yang lalu...
"Kairi, kuatkan keinginan kamu. Kalau tidak nanti kamu jatuh." Kata Virgo sambil memberitahu Kairi yang kini sedang terapung di udara.
Medan berbentuk bintang mengelilingi tubuh Kairi dan membuatkannya melawan graviti. Dia terapung tujuh meter di udara.
"Oh... Aku suka kuasa ni..." fikir Kairi dengan gembira lalu cuba bergerak kecuali tidak berjaya melakukannya. Disebabkan itu dia cuba membuat pelbagai gaya untuk bergerak seperti berenang, mengibas lengannya macam sayap burung mahupun berlari.
"Kairi... Apa yang kamu buat tu?" tanya Virgo dengan hairan.
"Err... Aku cuba bergerak dari sini tapi... camna ya?" balas Kairi dengan segan.
Virgo tergelak kecil. "Guna minda kamu je, Kairi. Fikir mana kamu nak pergi dan kuasa kamu akan ikut kemahuan kamu..."
"La, ye ke?!" balas Kairi. "Urgh... Malunya aku... Nasib baik Virgo dan Agi je ada di sini..."
Kemudian, dia melakukan tips yang diberi Virgo. Dia gembira apabila dia berjaya terbang ke tempat lain. Tiba-tiba dia terberhenti lalu memandang sekelilingnya. Virgo juga melakukan perkara yang sama.
"Kairi, turun segera!" arah Virgo kerana dia rasa tekanan yang menakutkan dari sekeliling mereka.
Kairi patuh tanpa merungut.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...