^^>>Virgo<<^^
................................................................................................................
Kadang-kadang aku teringat memori lama ketika bersama puak aku... Tetapi memori lama takde la segembira memori sekarang. Aku takde rakan dalam puak aku. Kami budak-budak semuanya akan berlatih bersama tetapi kami tidak bermain dalam latihan. Sekali kami tidak tumpu perhatian, masa tu lah nyawa kami berada di hujung tanduk. Pelatih kami, ayah aku dan beberapa orang lain tidak langsung kasihan terhadap yang lemah... Knight Seeyer tak boleh ada kelemahan dan mereka akan menjalankan latihan sehingga mereka tak dapat bergerak lagi...
Tiada apa-apa yang menyeronokan selain mencari budak-budak lain dalam latihan dan menyerang mereka. Jika kamu kuat, kamu dapat melarikan diri tetapi jika kamu lemah, tubuh kamu menjadi mangsa serangan. Hari-hari bersama puakku menghilangkan keceriaan dalam mataku. Perasaan bebas aku juga semakin terhad dan apabila kesemuanya hilang, tiada lagi ketakutan melainkan keinginan kuat untuk hidup. Bertemu dengan Dark Ries membangkitkan keinginan itu tetapi pada masa yang sama... Aku pinta dibunuh...
Aku tak mahu hidup jika tangan aku telah berpuluh mengambil nyawa, ahli puak aku mahupun dalam misi kami yang diupah orang luar. Kadang-kadang pada waktu malam, aku akan terjaga dan melihat tangan aku dengan panik, membayangkan darah yang melekit di tangan aku... walaupun ia bersih. Betapa peritnya apabila memori lama aku sedikit demi sedikit diingati semula. Aku tak beritahu Rafiz tetapi Aries mungkin tahu kerana setiap kali kami berjumpa, wajahnya akan menunjukkan simpati dan sedih tetapi disembunyikan disebalik senyuman riangnya. Jika aku diberi pilihan, aku tidak mahu lagi mengingati apa-apa yang telah berlaku dalam puakku. Aku mahu lupakannya...
"Kairi!!!!" jerit Rafiz dan rakan-rakan mereka apabila Dark Hartina menarik sesuatu keluar dari dahi Kairi.
Asap yang berwarna merah jambu keluar dengan perlahan-lahan sebelum membentuk bebola Kristal di atas tapak tangan kanan Dark Hartina. Dengan perlahan-lahan, mata Kairi tertutup dan tubuhnya jatuh terdampar di bawah Dark Hartina.
"Tidurlah... Kairi. Kamu takkan berasa perit lagi selepas ini..." kata Dark Hartina dalam hati.
Tugasnya untuk menghilangkan memori Kairi selesai akhirnya. Pada masa yang sama, dia menolong Kairi melupakan semua memori peritnya tetapi begitu juga dengan semua memori selepas dia berjumpa Rafiz dan pengguna-pengguna Bintang Kecerahan. Semasa dia ingin beredar jauh daripada Kairi, dia melihat satu titisan air mata Kairi jatuh ke tepi matanya. Hatinya tiba-tiba sakit dan menyentakkannya.
"Huh? Kenapa dengan aku?" fikirnya dengan pelik tetapi diendahkannya apabila Rafiz datang menyerang dengan marah kepadanya.
Sejam yang lalu, Kairi dan Rafiz menolong rakan-rakan mereka untuk membunuh Dark Hartina dan Dark Howlan.
"Kairi, mari!" Rafiz menyuakan tangannya kepada Kairi.
Kairi faham apa yang dimahukan Rafiz lalu menghambat tangan Rafiz dan menyalurkan kuasa matanya. Kedua-duanya memejam mata dan apabila membukanya, anak mata mereka telah bertukar hijau.
"Apa?! Mereka boleh gunakan teknik gelombang serentak!" fikir Dark Hartina yang melihat mata hijau mereka. "Masa bila pula mereka boleh melakukannya dengan serasi?" dia tidak pernah tahu Knight Seeyer boleh menyalurkan kuasa istimewa mata mereka kepada orang lain.
"Hiyargh!!!" Kairi dengan kedua-dua pedangnya dihayunkan ke hadapan serentak dengan serangan kedua-dua pedang Rafiz. Libasan kuasa mereka menuju kepada Dark Howlan yang sedang menepis serangan raksasa Auriga.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...