^^>>Draco/Dark Kurumi<<^^
......................................................................................................................
Di atas salah satu awan putih yang bergerak dengan perlahan...
"Kamu akan turun ke Bumi ke?" tanya seekor serigala hitam kepada serigala putih yang sedang menjilat bulunya setelah ia mendarat di atas awan putih itu.
Bulu hitamnya mempunyai corak putih berawan dan bergaris yang membentuk keunikan bulunya seperti tatoo. Sayap hitamnya yang berada di belakangnya direndahkan ke tubuhnya. Ia juga dicorak dengan sedikit garis putih mengikut arah pelepah. Selain itu, bahagian atas kepala, tulang belakang, dan kakinya memakai perisai hitam yang dikilatkan sehingga ia bersinar walaupun dalam gelap.
Serigala putih di hadapannya pula tidak memakai perisai kecuali tubuhnya mempunyai corak yang berbentuk bintang berwarna hitam. Telinga kanannya memakai subang, manakala kakinya memakai gelang bersaiz dua puluh centimeter, dan di hujung ekornya tersarung dua gelang kecil bersaiz sepuluh centimeter. Kesemuanya dibuat daripada emas. Sayapnya pula putih bercampur dengan sedikit warna hitam.
"Kironinx, lama tak nampak kamu. Aku dengar kamu pergi ke planet Alothia dan akan berada di sana selama sebulan lagi." Balas serigala putih itu.
"Kamu sedar kan masa berlainan di setiap semesta. Dah sebulan berlalu la. Kamu masih belum jawab pertanyaan aku, Ziphoteninx."
"Ya. Sebab kamu dah pulang, kita boleh kembali kepada mereka. Mereka dah pun dilahirkan semula. Dewi telah benarkan kita membantu mereka tetapi tidak mengubah takdir mereka." beritahu Ziphoteninx lalu bangun dari tempat yang didudukinya.
"Hmph! Akhirnya! Selama lima ratus tahun kita menunggu kelahiran mereka." kata Kironinx.
Ziphoteninx mengangguk. "Kali ni, mereka dilahirkan di tempat yang berbeza dan mempunyai watak yang telah ditakdirkan. Kita perlu memastikan mereka tidak mati dibunuh Revioryx."
"Cis! Tak guna betul ahli pengawal neraka! Mereka sepatutnya mengawasi dan menambah hukuman ketat ke atas Revioryx. Tengok apa dah jadi bila mereka lalai memeriksa rantai yang menggari Revioryx! Dia dah terlepas dan membawa malapetaka di Bumi."
"Benar... Sebab itu lah, Shiroi dan Kiroki dilahirkan... Untuk menamatkan kegelapan yang dibawa Revioryx. Kita tak boleh benarkan Revioryx terlepas kali ini."
"Heh! Ayuh, Ziphoteninx. Baik kita turun ke Bumi sekarang dari melengahkan masa untuk menunggu hari esok." Ajak Kironinx yang tidak sabar.
Ziphoteninx memandang ke langit di atas mereka. "Belum lagi, Kironinx. Bukan masanya lagi. Esok adalah masa yang sesuai."
Kironinx tidak berkata apa-apa lagi. Dia tahu pilihan Ziphoteninx adalah yang terbaik. Sepertinya, Ziphoteninx boleh merasa sesuatu yang akan berlaku kecuali mereka tidak tahu apa-apa mengenainya melainkan mereka berada di lokasi di mana mereka merasa perubahan itu akan berlaku. Disebabkan itu, mereka menunggu sehingga ke hari esok dan menuju ke sebuah negara di Bumi.
Sayap mereka menyusuri langit dan awan dengan tenang dan perlahan-lahan mereka turun hampir ke permukaan kecuali mereka tidak mendarat. Sebaliknya, mereka mencari dua orang manusia yang dikenali mereka.
"Di sana!" tunjuk Ziphoteninx dengan kepalanya ke arah asap-asap hitam yang baru naik ke langit.
Mereka dapat melihat sesuatu sedang terbakar dan apabila mereka tiba, sebuah kampung yang terbakar dilihat mereka. Malah, tubuh-tubuh penduduk yang kehilangan nyawa terdampar di serata kampung.
![](https://img.wattpad.com/cover/50672526-288-k43664.jpg)
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasiKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...