^^>>Dark Chronos<<^^
.................................................................................................................
"Draco, perlu ke kita berlawan?" tanya Pegasus sambil menepis libasan senjata Dark Kurumi.
"Untuk masa ini, ya." Balas Dark Kurumi lalu menghentak pedang yang bukan senjata bintangnya ke pedang Pegasus.
"Oh... Kamu nak cabar aku, ya?" Pegasus mengecilkan matanya kepada Dark Kurumi.
Dark Kurumi tersengih. "Kamu boleh ke kalahkan aku?"
Pegasus tidak membalas sebaliknya menukar senjatanya ke tahap kedua. Selepas itu dia menyerang Dark Kurumi bertubi-tubi. Dark Kurumi hanya melayannya sahaja walaupun sepatutnya dia ada hal penting iaitu mengenalpasti mana satu ahli Bintang Kecerahan dalam ahli Bintang Kegelapan. Sedang mereka berlawan, Libra, Cygnus dan Eridanus menentang Dark Spincer dan dua orang lagi yang baru muncul entah dari mana. Mereka baru sahaja pasti mereka boleh mengalahkan Dark Spincer tetapi kemunculan Dark Gomy dan Dark Howlan memberi kesukaran kepada mereka.
"Cis! Argh!" Dark Howlan dalam kemarahan kerana dikalahkan Orion dan Cetus dengan senang. Dia nampaknya memandang rendah kepada mereka berdua. Bukan dia sahaja, Dark Gomy juga sedang menahan marah.
"Huh? Kenapa dengan korang?" tanya Dark Spincer dengan hairan.
"Aku nak bunuh mereka! Aku akan bunuh mereka! Argh!" ulang Dark Howlan, menghiraukan pertanyaan Dark Spincer.
"Hoi!"
"Apa?!"
"Urgh... Tumpukan perhatian pada diorang ni. Aku tak tahu dengan siapa korang sedang marah tapi lebih baik korang bertenang." Ngeluh Dark Spincer.
"Bertenang? Bertenang?! Kamu lawanlah diorang sendiri! Aku nak cari kedua-dua makhluk yang menjatuhkan maruah aku tu!" Dark Howlan beredar dari situ manakala Dark Gomy mengeleng-geleng kepalanya.
Dark Spincer membiarkan sahaja Dark Howlan meninggalkan mereka berdua. Dia tidak kisah jika mereka ada di situ atau tidak. Manakala Libra, Cygnus dan Eridanus memandang mereka bertiga dengan hairan dan juga pelik selepas melihat Dark Howlan berlari ke tempat lain dengan wajah bengis.
"Apa tak kena dengan dia tu?" tanya Cygnus.
"Urgh! Mungkin dia rasa Dark Spincer dan Dark Gomy dah cukup untuk melawan kita! Ayuh, Cygnus, Libra! Mari kita tunjukkan pada mereka siapa yang lemah sebenarnya!" radang Eridanus yang sebenarnya tidak tahu perkara sebenar. Sebaliknya membuat andaian sendiri.
"Aku tahu lah." balas Libra.
"Okey!" balas Cygnus pula.
Mereka menggabungkan senjata mereka bersama lantas menyalurkan kuasa mereka ke senjata mereka. Di hadapan senjata mereka muncul bulatan cahaya kecil tetapi apabila dilepaskan ke arah Dark Spincer dan Dark Gomy, cahaya tersebut bertukar kepada laser. Letupan yang berlaku akibat serangan mereka bukan sahaja mencederakan alam yang terkena tetapi juga askar-askar yang tidak sengaja berada di situ. Dan tidak mengena langsung kepada Dark Spincer dan Dark Gomy kerana mereka telah mengelak.
"Erk! Alamak! Askar kita juga cedera lah!" kata Cygnus dengan panik.
"Cis! Tu la aku tak mahu lawan berdekatan diorang." Kata Libra lalu mengeluarkan kad kosong dari kocek bajunya sebelum dibalingnya ke arah askar-askar mereka yang tercedera.
Kad tersebut menyedut askar-askar tersebut sebelum Libra mengawalnya untuk dibawa ke tempat rawatan askar-askar mereka. Tempat tersebut berada jauh beberapa kilometer daripada tempat peperangan. Di situ, kad tersebut mengeluarkan askar-askar yang tercedera itu sebelum kembali kepada Libra semula.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...