BAB 58: SEKALI LAGI

1.9K 124 1
                                    

^^>>Binatang Bintang Tucana<<^^

...............................................................................................................

"Aku adalah salah seorang daripada pengguna Bintang Kecerahan, pengguna sebenar kuasa Bintang Tucana! Aku bersumpah dengan nyawaku untuk mengikut raja sebenarku, Kairi! Dengan ini, aku membuang nama lamaku, Dark Reammut dan kini akan dipanggil dengan nama bintangku, Tucana! Mulai sekarang sehinggalah nyawaku tamat, aku adalah Tucana, pengguna Bintang Kecerahan!"

"A-Apa?!" Dark Amilia dan Dark Ceilius serta beberapa orang daripada Bintang Kecerahan terkejut dan sedikit ternganga melihat Dark Reammut yang kini bukan sahaja mempunyai sayap tetapi rantai berloket bintang yang telah bertukar putih, menunjukkan dia adalah pengguna Bintang Kecerahan sekarang.

Para dewa dewi sedikit tergamam melihatnya. Mereka juga tidak tahu apa-apa yang berlaku di bumi tetapi merasakan perubahan tersebut serta ayat bersumpah Dark Reammut sangat mengagumkan. Dark Reammut yang terpejam matanya ketika proses persumpahannya membuka matanya semula lalu menghalakan tangannya kepada Dark Revier. Sejurus itu, semua pedang bintang yang berada pada tulang utama yang seperti pedang itu tersangkut padanya berpecah daripada tulang tersebut lalu bergerak ke hadapannya.

Pedang-pedang tersebut terapung sambil bergerak seperti bulatan sebelum terbang ke udara dengan pantas dan kemudiannya jatuh ke arah sekeliling Dark Revier. Bukan itu sahaja, saiz pedang kecil itu telah bertukar besar dan kini tertanam di dalam tanah mengelilingi Dark Revier sebelum munculnya medan besar berukir Tucana yang memegang jam dengan sayapnya menyentuh sekeliling tepi jam itu di bawah tubuh Dark Revier. Dark Revier yang merasakan ia perangkap menukar tempat tetapi ke mana dia pergi, medan tersebut dan pedang bintang itu juga mengikutnya.

"Jangan harap kamu boleh larikan diri, Dark Revier... Masa berhenti!" Sebaik sahaja keluar arahannya, medan tersebut terus mengeluarkan cahaya kuning sementara pedang yang tertanam itu bersinar sebelum semua orang di situ melihat Dark Revier kaku di dalam medan itu. Anak mata mereka terbeliak dan tidak percaya bahawa Dark Reammut mempunyai kuasa sekuat itu untuk menghentikan pergerakan Dark Revier. Walaupun begitu, mereka pula boleh bergerak.

Dark Reammut melepaskan nafas lega lalu turun berdekatan semua orang yang cuba memotong akar tadi. Dark Amilia menghampirinya dengan wajah kerunsingan dan sedikit gementar melihat perubahan padanya.

"Dark Reammut?" panggilnya.

"... Aku adalah Tucana." Balas Dark Reammut sambil mengerling ke bawah tetapi kemudian memandang kakaknya dengan lembut. "Tetapi masih Dark Reammut juga."

Dark Ceilius menggeleng kepalanya. "Apa...? Camna kamu... Kamu adalah pengguna Bintang Kecerahan? Apa makna semua ni? Aku pasti kamu boleh mengeluarkan kuasa kegelapan selama ini. Dan... Bukankah pengguna bintang Tucana telah lama tiada di muka bumi ni semenjak lima ratus dahulu?" tanyanya.

"Tak. Tucana dan pengguna-pengguna bintang lain masih hidup. Keturunannya lah." sampuk Cygnus dengan riak letih sambil memandang sekeliling mereka yang musnah dan pembunuhan rakan-rakan mereka di situ.

Hanya dia, Leo, Auriga, Eridanus dan Orion yang masih tinggal manakala yang lain telah mati dibunuh Dark Revier. Anak matanya tiba-tiba mengalirkan air mata ke pipinya, menyentakkan beberapa orang di situ.

"Maaf..." ucap Cygnus sambil menutup matanya dengan lengannya untuk menghalang wajahnya yang sangat pilu itu.

Eridanus menghampirinya dan menolak bahunya untuk didakap ke tubuhnya. Perbuatan itu menyebabkan Cygnus tersedu-sedan di bahu Eridanus. Semua orang di situ dapat merasakan kesedihannya. Dia kehilangan sahabat baiknya, Libra. Eridanus juga merasai kehilangan itu tetapi dia lebih tabah daripada Cygnus. Dia membiarkan Cygnus yang menunjukkan perasaan untuknya sedangkan hatinya juga sangat sengsara seperti Cygnus.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now