Yeah, bab seterusnya bagi kalangan pembaca yang tak sabar-sabar. Haha XD
.........................................................................................................................
"Kairi... Kairi..." Panggil Rafiz sambil menggerakkan Kairi.
Dia baru sahaja terjaga daripada pengsannya, akibat daripada memorinya yang kembali. Kini, dia mengingati semua yang berlaku pada masa lepas. Pertemuan dia dan Kairi buat kali pertama diingatinya semula. Dia juga sedar akan Rafael, ayah mereka yang ditinggalkan mereka di Ryam.
"Erm..." Kairi membuka matanya dan terkebil-kebil.
"Hei, abang..." Sebutnya sambil menguap. "Nampaknya, memori kita dah kembali semula." Kairi menyedarinya juga.
"Ya, dan aku teringat kita tak jumpa ayah selepas tiga tahun!"
Rafiz mula risaukan keadaan Rafael di Ryam.
"Betul juga. Kamu nak pergi lawat dia sekarang?" Tanya Kairi sambil bangun duduk dengan mengejut.
"Erm... Bukan kita nak bincang pasal raksasa di Saix ke?"
"Korang boleh bincang dalam tiga hari lagi," sampuk Ziphoteninx yang bangun mengeliat di atas sofa.
"Ziphoteninx..." Sebut mereka yang baru sedar dia ada dalam bilik itu juga.
"Pergi lah. Aku akan beritahu yang lain korang pergi lawat ayah korang," suruh Ziphoteninx.
Dia tidak mahu pisahkan mereka berdua dengan Rafael yang kini diingati mereka semula. Kairi dan Rafiz mengangguk lalu bersiap untuk melawat Ryam. Setelah siap, Kairi menghilangkan mereka dan muncul berdekatan Aries dahulu. Aries terkejut dengan kehadiran mereka. Sebenarnya, dia kini sedang beristirehat di tasik istana seorang diri.
"Kairi, Rafiz, korang nak pergi mana?" Tanyanya dengan hairan apabila melihat perubahan pakaian mereka.
"Kami nak pergi lawat ayah kami. Aku nak kamu ikut kami, Aries," beritahu Kairi.
Rafiz tidak faham mengapa Kairi ingin membawa Aries bersama tetapi dia tidak membantah. Dia meneka untuk keselamatan mereka memerlukan Aries juga.
"Oh... Eh, kamu ingat ayah kamu?!" Aries terkejut.
Kairi dan Rafiz mengangguk.
"Kami dah dapatkan memori kami semula daripada gelang kami. Kamu kan tahu gelang kami istimewa. Erm... Cuma kamu dan lain-lain je lah tak dapat lihatnya," balas Kairi.
Aries tersenyum gembira. "Baguslah! Okey, aku akan ikut kamu berdua," angguknya selepas itu.
Kairi memegang tangan Aries dan hal itu menyedarkan Rafiz bahawa Kairi ada perasaan pada Aries. Dia tersenyum kecil bahawa Kairi akhirnya menjumpai seseorang yang dia hargai selainnya. Kairi memunculkan mereka di Ryam.
"Dah lama tak datang ke sini..." Kata Aries sambil memandang sekeliling kampung yang sedikit berubah tetapi masih sama.
Kairi dan Rafiz bersetuju dengannya sebelum mereka beredar ke restoran Rafael. Disebabkan mereka tiba telahpun malam, mereka melihat restoran ayah mereka masih berjalan. Kairi dan Rafiz menelan air liur masing-masing sebelum melangkah masuk ke dalam restoran itu. Aries tersenyum kecil kerana melihat Kairi dan Rafiz seperti tidak bersedia untuk bertemu Rafael setelah tidak melawat selama tiga tahun.

YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasiaKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...