BAB 62: KELEMAHAN

2K 140 0
                                    

^^>>Dark Lusophia<<^^

....................................................................................................................

Kekalahan mereka kepada Dark Revier dan juga kehilangan Dark Reammut memberi kemurungan yang mendalam pada setiap ahli Bintang Kecerahan di Syarantonia. Mereka tidak menjumpainya di mana-mana semenjak peperangan berlaku di negara itu walaupun selepas seminggu. Kemurungan mereka juga bertambah dengan kematian lebih daripada dua puluh ribu orang askar mereka yang terkorban dalam peperangan.

"Aries..." panggil Perseus yang selama ini berada dengan penduduk mereka untuk melindungi mereka. Dia telah kembali ke Antonia sebaik sahaja diberitahu mereka telah kembali tetapi yang menakutkannya pada waktu itu adalah kecederaan semua Bintang Kecerahan.

Mereka dibawa pulang dengan pertolongan Andreit dan para dewa-dewi dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia meraung melihat Leo dengan keadaan yang parah kerana tidak pernah melihatnya cedera seteruk itu. Bukan Leo sahaja tetapi semua Bintang Kecerahan yang berlawan dengan Dark Revier dan Dark Chronos.

Aries memandang Perseus. Dia tersenyum lalu mendekati Perseus yang baru tiba di taman bunga istana itu.

"Kamu tidak sepatutnya berada di sini, Perseus. Nanti apa-apa terjadi kepada kamu, susah kami. Dah lah kamu berbadan dua." Kata Aries dengan marah yang dibuat-buat.

"Aku tak apa-apa lah. Setakat mengandung je bukannya menghalang aku daripada tak boleh guna kuasa aku pun. Bagaimana keadaan kamu? Dah baik?" tanya Perseus sambil memeriksa tubuh Aries dengan matanya. Keadaan Perseus yang mengandung juga menyebabkan Leo tidak mahu dia berperang bersama mereka kerana risaukan Perseus dan anaknya.

"Dah tak apa-apa. Penyembuhan kuasa Aquarius dan Pisces amat berkesan. Cuma kasihan aku kepada mereka kerana pengsan selama dua hari setelah menyembuhkan kami semua. Mereka terpaksa menggunakan terlebih kuasa untuk kami." Aries rasa bersalah membuatkan Aquarius dan Pisces menanggung tekanan pada tubuh mereka.

"Ya, benar tapi kalau bukan sebab diorang, korang semua masih berada di katil sekarang ni. Kairi masih belum terjaga ke?" tanya Perseus kerana Kairi seorang sahaja yang belum terjaga semenjak peperangan itu.

"Malangnya, belum lagi. Aku risau sedikit dengan keadaannya. Agi pun kata ada sesuatu tidak kena pada tubuh Kairi. Kuasa Kairi semakin menghilang katanya. Aku takut, Perseus. Apa akan jadi kalau Kairi kehilangan kuasa sepenuhnya? Mampukah kita untuk menghalang Dark Revier daripada menguasai dunia ni?" tanya Aries yang mula berair matanya.

Perseus memeluk Aries dan mengusap belakangnya. "Jangan risau, Aries. Aku pasti semuanya akan okey. Kita perlu tabah buat masa ini. Apa-apa yang berlaku kemudian kita akan fikirkan kemudian." Pujuk Perseus.

Aries hanya mampu mengangguk kerana jika dia bersuara lagi pastinya akan membuatkannya menangis. Dia telahpun menangis sepanjang hari setelah mengetahui semua orang cedera dengan teruk, kematian askar-askar mereka dan juga kehilangan ahli keluarga mereka, Dark Reammut. Berita tersebut amat menyedihkannya.

Pada masa yang sama, dalam bilik yang gelap, Dark Chronos sedang berdiri di hadapan sebuah katil. Di atas katil tersebut terdapatnya Dark Reammut yang belum sedarkan diri. Lehernya kini mempunyai tanda sumpahan Dark Chronos.

Dark Chronos menyentuh wajah Dark Reammut dan diusapnya lembut. Dia tersentak dengan perbuatannya lalu menjauhkan jaraknya dengan Dark Reammut.

"Apa yang sedang aku buat ni?"

Dia sangat keliru dengan perasaannya. Semenjak Dark Reammut dibawanya ke dimensi tempat tinggalnya, Nefreim, dia asyik mendekati Dark Reammut dan apabila menyedarinya, dia akan beredar secepat mungkin atau menjauhi Dark Reammut beberapa meter daripada katil seperti sekarang.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now