"Argh!"
"Aries!" panggil Kairi dengan panik apabila melihat Aries diserang salah seekor raksasa yang mengejar mereka. Dia juga sedang diserang tiga ekor raksasa.
Walaupun begitu, Kairi telahpun membunuh tiga ekor daripada kumpulan raksasa itu. Dia menepis dan mengelak serangan raksasa yang berlawan dengannya sebelum melompat ke arah Aries dan mendakapnya. Kemudian, dia berlari dengan Aries dalam dukungannya tetapi tidak jauh apabila mereka tiba di jurang yang sangat dalam. Kedua-duanya langsung tidak dapat melihat bawahnya.
"Kairi!" panggil Aries apabila semua raksasa yang tinggal telah sampai ke tempat mereka.
"Urgh... Kalau kita boleh jatuhkan mereka, mungkin tiada masalah tapi dengan senjata mereka, mereka boleh naik ke atas semula..." fikir Kairi sambil memerhatikan pergerakan raksasa-raksasa itu yang bersedia untuk menyerang mereka.
"Aries, pegang aku kuat-kuat, okey?" suruhnya.
"Eh? A-Apa yang kamu nak buat...? Kairi?!" Aries tersentak apabila Kairi menukar posisi tubuhnya yang berada dalam dakapan ke atas bahu pula.
"Urgh... Mungkin ini bukan idea yang baik tapi..." Kairi memandang ke jurang itu sebelum melompat ke tepi apabila salah seekor raksasa menyerang mereka.
Raksasa itu mengejar mereka lagi apabila Kairi berlari di tepi jurang. Dia mahu semua raksasa itu berdekatan dengan jurang itu. Setelah pasti semuanya berada di tepi, dia melepaskan serangan cahaya kuat daripada tangannya ke arah semua raksasa itu. Dia membentuk cahaya itu kepada tali dan melibas semua raksasa ke dalam jurang. Seperti yang diagaknya, beberapa ekor raksasa itu menggunakan senjata mereka untuk naik ke atas. Disebabkan semua senjata mereka digunakan untuk menarik mereka, Kairi mengambil peluangnya.
"Aries, tunggu di sini." Kairi meletakkan Aries di atas tanah semula sebelum berlari dan melompat ke raksasa itu satu persatu.
Dia memotong dan menghancurkan semua senjata mereka serta tangan mereka yang diguna untuk memanjat mahupun menyerang mereka lagi. Malah, sebaik sahaja satu persatu jatuh ke bawah, dia memastikan semuanya mati dibakar dengan api yang dikeluarkannya.
"Hebatnya..." Aries tergamam melihat kebijaksanaan Kairi untuk mengalahkan semua raksasa itu.
Tidak berapa lama kemudian, Kairi pergi kepadanya semula.
"Aries, kaki kamu!" kata Kairi yang baru sedar terdapat luka pada paha kanan Aries.
"Hm? Oh, ringan je. Tak dalam pun..." balas Aries yang melihat kecederaannya.
Kairi menggeleng kepalanya. "Memang tak dalam tetapi mungkin akan dijangkiti kuman." Dia menggunakan kuasa penyembuhan ke atas luka itu.
Aries tersenyum melihat Kairi mengambil berat akannya.
"Kairi, kamu masih ingat jalan ke Bandar Axis?" tanyanya kerana mereka terlalu jauh dan dia tidak mengingati arahnya.
"Erm... Aku tak ingat. Kalau aku boleh terbang, dah lama aku bawa kita ke Bandar Axis tetapi nampaknya..." Kairi mengangkat sebelah tangannya dan mengeluarkan satu medan bebola.
Bebola itu mengeluarkan cahaya yang sedikit malap.
"Kuasa aku tak mencukupi untuk terbang." Balas Kairi. "Nampaknya, kita terpaksa tidur di mana-mana dalam hutan ini sehingga kita jumpa bandar atau kampung berdekatan. Malangnya, kita basah dan mungkin itu petanda tidak baik. Hujan pun masih belum berhenti."
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
Viễn tưởngKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...