BAB 6: IDENTITI KAIRI

2.7K 182 2
                                    

"A-Agi?!" sebut Virgo.

"Agi?" kata Pegasus hairan lalu terperasan topi tinggi yang amat dikenalinya. "Camna dia ada kat sini?" fikirnya dengan hairan kerana tempat tinggal mereka lebih jauh dari situ.

"Woi! Kalau ya pun jangan la lelebih lak." Gelak Agi ataupun nama penuhnya Sagittarius.

"Kenapa kamu berada di sini? Menyemak je lah..." kata Pegasus, selamba.

Agi menjelir lidahnya kepadanya. "Tsk! Aku ada kerja lah kat sini. Kalau tak, takde pasal aku nak jumpa korang."

"Kecik." Sebut Pegasus perlahan.

"Hei, aku dengar tu!"

Dia sememangnya tidak boleh tahan dengan Pegasus. Ada sahaja yang akan keluar dari mulut Pegasus kepadanya. Memanglah dia cuma 156 cm sahaja, tambahan pula berbadan kecil. Tetapi jangan pandang rendah, dia boleh memusnahkan sebuah bandar dengan magiknya sahaja. Malangnya, susah orang seperti Pegasus, tinggi dan tegap takut dengannya. Dia mengeluh terhadap takdir kehidupannya.

"Urgh... Korang berdua ni kalau tak jumpa dan bertengkar, tak sah. Malah, kalau korang tak bertengkar pula rasa macam dunia dah nak kiamat." Kata Virgo dengan keluhan.

Kemudian, dia tersenyum kecil. Dia tahu Pegasus dan Agi mempunyai hubungan kawan yang pelik.

"Ada apa-apa berita kamu bawa untuk kami dari Syarantonia?" tanyanya untuk menghentikan perbalahan kedua-duanya.

Agi berdehem sebelum berkata, "Sebelum tu, ada tak korang lihat cahaya datang dari hutan bergunung tu? Aku tak tahu mengapa aku tertarik oleh cahaya tu tapi tiba-tiba loket bintang aku bercahaya. Aku perasan kehadiran aura korang menuju ke kampung ni dan ekori korang."

"Cahaya kah?" Virgo memandang Pegasus sebelum dia memandang Kairi.

Agi memandang riaksinya dan sedar Virgo dan Pegasus seperti mengetahui sesuatu. Malah bukan itu sahaja, sebelum dia sampai ke kawasan tempat itu, dia dapat merasai kehilangan aura Pegasus. Dia tahu Pegasus dah mati tetapi semasa tiba di situ dia seakan-akan tidak percaya melihat Pegasus masih hidup dan dalam keadaan yang baik. Jika begitu apa yang dirasainya sebelum ini?

"Pegasus, kamu ada kehilangan kuasa kamu kah?" tanyanya.

"Pegasus..." Virgo memandangnya.

"Tak, aku dah mati."

"Huh? Heh! Kalau kamu dah mati camna kamu ada di sini, sihat dan pelbagainya pula?" Agi tersengih.

"Entah."

Mata Agi terkedil-kedil. "Virgo, boleh terangkan? Cakap dengan si dungu memang susah nak faham," pinta Agi.

Pegasus merenungnya dengan tajam.

"Erm... Haa... Susah juga nak terang tapi..." Virgo menerangkan apa yang berlaku. Sepanjang penerangannya, mata Agi terbeliak besar sehinggalah dia memandang Kairi di atas katil di sebelah hujung kanannya.

Kini, dia faham. Dia dapat merasa aura daripada Kairi tetapi tidaklah sekuat mana kecuali dia fikir Kairi ada kemungkinan ialah...

"Maksud korang, Kairi yang menyebabkan loket kita bercahaya?" tanyanya dengan tenang.

"Itu... Kami sendiri pun tak pasti... Dia pengsan sewaktu aku sampai dan Pegasus membuka matanya."

"Memiliki kuasa untuk menghidupkan orang... Siapa sebenarnya dia dan dari mana dia memiliki kuasa tu adalah misteri..." kata Pegasus.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now