BAB 45: KALAH

2.2K 141 14
                                    

^^>>Cancer<<^^

.......................................................................................................................

Ziphoteninx memunculkan mereka di padang colloseum, tempat perlawanan mereka tiga tahun dulu.

"Cis! Kita berada di Antonia." Kata Dark Hartina setelah melihat sekeliling mereka.

"Ini Antonia?" fikir Rafiz dalam diam. Dia rasa dia pernah berada di situ tetapi tidak mempunyai ingatan mengenainya.

"Rasa déjà vu, kan?"

Dia memandang Kairi yang mengatakannya sebelum sedar sesuatu. Keinginannya yang dipendamnya setelah tiga tahun, memberitahunya orang yang dicarinya berdekatan.

"Hm? Kenapa aku rasa... Eh, dia ke orang yang aku nak cari tu?" Dia tersentak setelah menyedari ia datang daripada Kairi.

Dia memandang ke gelang pada pergelangan tangan kirinya. Kemudian, memandang Kairi.

"Kamu cari ini ke?" Pertanyaan Kairi dalam mindanya mengejutkannya. Bukan itu sahaja, matanya sedikit terbuka luas melihat Kairi menunjukkan pergelangan kirinya yang memakai gelang yang sama kecuali ia berlainan warna.

"Kamu ke...?" katanya perlahan.

"Dark Lordany...?" panggil Dark Hartina apabila terdengar suara kecil Rafiz. Dia mula perasan Rafiz memandang Kairi dengan air muka tidak percaya. "Huh? Kenapa dengannya? Dia kenal Kairi ke? Tapi dia tidak sepatutnya mengenali Kairi sebab aku dah hapuskan memori dia..." Dark Hartina hairan melihatnya.

Kairi dilihatnya mengangguk sambil memberikan senyuman kecil kepada Rafiz. Rafiz memandang ke bawah. Wajahnya berubah terkejut pula. Kini, Dark Hartina pasti ada sesuatu di antara mereka berdua dan cuba melihat apa yang difikirkan Rafiz. Malangnya, tiada langsung klu yang memberikan dia jawapan tentang pemikiran Rafiz.

"Pelik... Aku tak dapat baca fikiran dia seperti selalu. Ah, adakah disebabkan dia ni?" Dia merenung Kairi.

Kairi terperasan aura ingin membunuhnya daripada Dark Hartina. Dia tidak langsung terjejas dengan aura tersebut sebaliknya hanya senyum sahaja kepada Dark Hartina. Dark Hartina berasa meluat melihat senyuman Kairi lalu menghalakan anak panahnya ke jantung Kairi.

"Dark Lordany, tumpukan perhatian! Kita berada dalam kawasan musuh sekarang ni!" katanya dengan nada bengang.

Rafiz tersentak lalu melihat sekeliling mereka yang kini diserbu askar Istana Antonia. Pemanah berada di tempat penonton dengan anak panah yang dihalakan ke arah mereka manalaka pemain pedang berada di belakang pengguna Bintang Kecerahan yang telah berada di situ. Mereka semua sedar akan kemunculan Bintang Kegelapan dan bergegas ke colloseum itu.

"Kairi, serahkan Ini kepada saya." Kata Aries sambil mengambil Ini dalam dakapan Kairi.

"Kak Aries..." Ini tersenyum memandang Aries.

"Hai, Ini. Maaf ye. Kita kena pergi ke tempat selamat. Sini bahaya sikit." Beritahu Aries melalui perhubungan minda dengan Ini.

Ini memahaminya dan mengikut Aries beredar dari situ. Kairi lega Aries membawa Ini pergi. Dia tidak pasti dia boleh berlawan sambil memegang Ini.

"Kamu nak suruh kami menyerah? Jangan harap lah..." kata Dark Hartina kepadanya.

"Hm? Oh, tak pun..." Kairi sedar Agi, Virgo dan Pegasus berada di belakangnya.

BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]Where stories live. Discover now