"Ah, Ziphoteninx, Kironinx!" Sebut Shiroi dengan tidak percaya bahawa serigala itu sanggup memukul anak-anaknya yang ingin membantunya.
"Kiroki, bawa adik kamu balik ke rumah segera. Abah akan pastikan kamu berdua selamat daripadanya," arah Zagan kepada anak-anaknya.
"O-Okey," angguk Kiroki walaupun terketar-ketar.
Apabila Zagan menurunkan mereka, Kiroki menarik tangan Shiroi untuk beredar dari situ. Shiroi mengikut langkahnya dan gelisah dengan bapa mereka melawan ibu Ziphoteninx dan Kironinx. Dia tidak mahu itu berlaku. Dia juga tidak mahu mereka bergaduh.
"Kiroki, tunggu! Abah dan ibu serigala tu akan cederakan satu sama lain! Shiroi tak sanggup tengok itu berlaku!" Kata Shiroi sambil menarik tangannya daripada genggaman Kiroki.
Kiroki menghambat tangannya sekali lagi.
"Jangan, Shiroi! Serahkan pada abah! Abah tahu camna nak hentikan ibu serigala tu!" Balas Kiroki yang mula resah dengan kedegilan adiknya. Entah apa lagi masalah yang adiknya akan beri kepada mereka pula.
"T-Tapi!"
Kedua-duanya tersentak apabila mendengar jeritan Zagan yang dihentam ke dinding sebuah bangunan dengan serangan ibu serigala itu. Mereka juga melihat serigala itu menghunus kukunya kepada bapa mereka.
"Tidak!!" Jerit Shiroi dengan kuat.
Jeritannya menghentikan serangan ibu serigala itu dan menarik perhatiannya kepadanya.
"Kamu berdua... Yang menculik anak-anak aku, kan?!" Menggeramnya.
"Eh? Huh?!" Shiroi dan Kiroki terkejut dengan tuduhan tersebut.
"Ka-Kami tak-...!" Mereka tidak sempat untuk memberitahu mereka bukan orang yang menculik anak-anaknya kerana serigala itu berlari ke arah mereka.
Ia kemudiannya melompat dan menghunus kuku kaki hadapannya kepada mereka.
"Shiroi!" Kiroki memeluk Shiroi dengan erat sambil kedua-duanya terpejam mata mereka.
Mereka menanti kesakitan tubuh mereka tetapi apabila tiada apa-apa, mereka membuka mata mereka semula dan melihat seseorang melindungi mereka. Mata kedua-duanya terbeliak melihat Zagan memberhentikan serangan kuku serigala itu dengan tubuhnya. Disebabkan itu, kuku itu menembusi tubuhnya. Zagan memuntahkan darah berwarna biru yang hanya dimiliki dewa dewi apabila mereka tercedera.
"Zagan!!" Jerit Ortuix yang melihat kejadian tersebut.
Dia dan pasukan perlindungan haiwan telah tiba di situ lalu mengurung serigala itu dengan penghadang berkali ganda menyebabkan serigala itu mengamuk dan marah lagi. Ia cuba melepaskan diri. Ortuix mendekati Zagan yang disandarkan ke dinding pejalan kaki oleh Kiroki dan Shiroi.
"A-Abah... A-Abah tak apa-apa?" Tanya Kiroki dan Shiroi dalam tangisan kerana bapa mereka cedera.
Zagan memberikan senyuman sambil mengusap kepala kedua-duanya.
"Abah tak apa-apa. Korang okey?" Tanyanya pula sambil perlahan-lahan kecederaannya sembuh semula.
Kiroki dan Shiroi mengangguk sambil mengesat air mata mereka sebelum memeluk tepinya dengan erat. Mereka tahu kecederaan bapa mereka masih dalam proses dan tidak memeluk tempat itu.
"Baguslah, kamu semua selamat. Maaf, lambat datang. Anak-anak kamu okey?" Tanya Ortuix.
"Ya, tuan. Terima kasih kerana datang," balas Zagan.
YOU ARE READING
BLOODY FRIENDSHIP (BAHASA MELAYU) - BUKU 1 [COMPLETE]
FantasyKairi ataupun nama sebenarnya Equiterance Ordany telah kehilangan ingatannya. Rafiz yang menemuinya ingin membunuhnya kerana puak Kairi, Knight Seeyer, adalah dijangka akan memusnahkan kumpulannya, Bintang Kegelapan. Disebabkan itu, kumpulan Rafiz m...